CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Budak 11 Tahun Gantung Diri Tak Tahan Nenek Berleter Suruh Mandi

30-6-2021 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18489| Komen: 134

Description: Budak perempuan berusia 11 tahun ditemui mati tergantung pada besi katil di biliknya tidurnya selepas dipercayai tidak berpuas hati kerana disuruh mandi oleh neneknya di Taman Tupai Mas, Taiping semal ...
Budak perempuan berusia 11 tahun ditemui mati tergantung pada besi katil di biliknya tidurnya selepas dipercayai tidak berpuas hati kerana disuruh mandi oleh neneknya di Taman Tupai Mas, Taiping semalam.


Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7.52 malam semalam.


Gambar hiasan

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kanak-kanak itu dipercayai mengantung diri dalam bilik tidurnya kerana tidak berpuas hati dengan leteran neneknya yang menyuruh dia mandi.

“Mangsa menggunakan kain sari yang diikat pada besi katil dua tingkat untuk menggantung diri.

“Mangsa dibawa ke Hospital Taiping namun disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Menurut beliau, berdasarkan temu bual dengan nenek mangsa, ibu bapa kanak-kanak itu telah bercerai dan dia dipelihara oleh neneknya.


Katanya, kanak-kanak itu dipercayai seorang yang hiperaktif dan suka mencuba sesuatu perkara berdasarkan pengamatannya.

“Keputusan bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu disebabkan patah leher akibat gantung diri.

“Tiada unsur  jenayah dalam kes ini dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut ” katanya. 


Sumber: UTUSAN
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Claudia_Lestat 30-6-2021 02:53 PM
11 tahun... 11 tahun sebaya anak aku.
Quote Kitty_catz 30-6-2021 02:57 PM
that's y citer gantung2 or bunuh diri ni media taknak warwar sangat

ni la akibat nya.. takut bebudak folow

salam takziah
Quote miszclassique 30-6-2021 03:00 PM
Kitty_catz replied at 30-6-2021 02:57 PM
that's y citer gantung2 or bunuh diri ni media taknak warwar sangat

ni la akibat nya.. takut bebu ...

Tapi budak2 now dah maju kehadapan, sorok macammana pun dia akan jumpa jugak kat internet... Kita kena educate dia sedari awal untuk ada mental yg kuat hmmmm i belum ada anak sendiri tapi scary baca berita2 camni... Teringat anak2 buah yg masih kecik
Quote Artemesiaa 30-6-2021 03:03 PM
Tekanan dah lama ler tu tak kan sebab suruh mandi je boleh terus nak gantung diri.  Budak menumpang rumah nenek pasti dah selalu jadi tempat lepas kemarahan si nenek atas perbuatan mak paknya.
Quote sardintin 30-6-2021 03:03 PM
Mentally damaged dah tu.  X boleh salahkan dia..  Most probably she's been living in toxic environment. Dah la parents cerai, nenek pulak kuat bebel.   xpayah la nk ckp budak tu hyperactive ke ape.   
Quote KBW2 30-6-2021 03:03 PM
Aduhai bodohnya, budak tu makpak tak bela, bercerai-berai, sekarang pula sekolah serba tutup, belajar online semata. Dah berapa lama tak jumpa rakan sekolah, terperuk dengan nenek jah hagaknya.

Takkanlah pasal nenek bletiaq suruh mandi jadi puncanya? Cubalah fikir sejenak. Takkanlah otak reputz hanya boleh berfikir sekadar di permukaan saja? Perenggan akhir pun kau tulis budak tu hyperaktif, suka mencuba. Kau fikir dah berapa lama sekolah tutup? Kau pikirlah baik-baik berapa ramai budak sekolah serba tak tentu sekarang ni? Heklehai.

Dahlah budak sekolah rendah pula tu, kematian dia jadi modal tajuk sensasi reputz jah. Mohon meninggal, cirit birit ke apalah kau.
Quote Kitty_catz 30-6-2021 03:07 PM
miszclassique replied at 30-6-2021 03:00 PM
Tapi budak2 now dah maju kehadapan, sorok macammana pun dia akan jumpa jugak kat internet... Kita  ...

yg tu pun betul jugak... umo 11 yo skang tak sama zaman kita dulu takde gadjet2 bagai ni

haiihhh...


Quote glump 30-6-2021 03:09 PM
Kalau main game .boleh mati banyak kali ..tapi realiti..tau ke bezakan
Quote mclaren 30-6-2021 03:13 PM
Sedihnya muda lagi dah tekanan perasaan.

Teringat kisah one member bukak kat PP board yang nenek dia dari dia kecil sampai now asyik menghina dia
Quote dua_chzy 30-6-2021 03:14 PM
Kitty_catz replied at 30-6-2021 02:57 PM
that's y citer gantung2 or bunuh diri ni media taknak warwar sangat

ni la akibat nya.. takut bebu ...

Suicidal tendency ni genetik. Ada kaitan dengan mental illness. Bebudak normal / manusia normal takkan pernah terlintas mahu bunuh diri. Only those with mental illness do. Adik lelaki aku, umo 8 tahun pernah nak terjun dari tingkat 2 sebab aku marah dia (pasal house chores tapi tak ingat kenapa). Masa tu adik aku ni memang mangsa buli di sekolah. Sepupu aku, lelaki juga, masa umur 10 tahun pernah kata bagus dia mati bunuh diri sebab dia different dari orang lain dan selalu dibuli di sekolah (dia kacukan yenna kadazan so budak2 sekolah dia jakun jarang nampak anak yenna selalu ejek dia anak keling).

Aku tak ghasa bebudak suicidal ni boleh simply influenced dengan media cetak. Dah memang 'it' is in them.

Dan budak ni bunuh diri bukan kerana leteran nenek dia ja. There are more to this story.
Quote aderaderker 30-6-2021 03:23 PM
Takkan la pasal suruh mandi je,  mesti ada lebih dari tu ni..
Quote lurve82 30-6-2021 03:23 PM
Ke sambil bebel tu ada ckp benda xelok mcm “baik ko pegi bunuh diri je..menyusahkan aku”…kadg2 kan bila bebel2 tu xigt apa yg dickp…tp budak2 mkn dlm tau..tgi plak imaginasi aku ni…kesian budak ni…dah la parents bercerai…damage betul…
Quote alieyrina 30-6-2021 03:25 PM
Kesiannya. Tah2 ada masalah tp x dpt nk luahkan ke sapa2
Quote helicornia 30-6-2021 03:26 PM
advance le bdk2 skrg. tau plak tu cara nk gantung diri.iols 11 tahun cari nasi kt dapur pun terkial2
Quote Cyempaka 30-6-2021 03:26 PM
Nenek suka membebel cakap pedih2 kot..
Org dewasa kdg2 suka ckp mcm budak2 xde hati perasaan
Quote Guccibamboo 30-6-2021 03:30 PM
Nenek kalau membebel mmg pedih kot...kot terkeluar perkataan yg guriskan hati bdk tu...mcm " ko ni menyusahkan akulah"...bdk kecik ni mungkin dah xnak menyusahkan sesape
Quote Skuau 30-6-2021 03:47 PM
"...and you wished death upon me 'cause I don't buy you a piano.Did you mean that?we say things all the time we don't mean"-Uncle Frank(Gifted).
Quote Kitty_catz 30-6-2021 03:54 PM
dua_chzy replied at 30-6-2021 03:14 PM
Suicidal tendency ni genetik. Ada kaitan dengan mental illness. Bebudak normal / manusia normal ta ...


ic .. ic


dats y anak meols nak jd child psychiatrist, agak ehh nengok kekangkawan sekeliling yg banyak issues with their mental health
Quote 3chanceno 30-6-2021 03:56 PM
Ada banyak sebab tapi tidak dikupaskan oleh reporter..kesian anak yg jadi mangsa penceraian..kalau mak bapak bertanggungjawab, mungkin nasib dia berbeza

Lihat semua komen(134)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.069251 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top