CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Anak Aku Pandai Weh” – Kak KM Bangga Anak Dapat Tawaran Ke UM

30-6-2021 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4701| Komen: 14

Description: Usahawan, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM menzahirkan rasa syukur dan bangga apabila memaklumkan anak perempuannya, Nabila Razman menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Malaya ...
Usahawan, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM menzahirkan rasa syukur dan bangga apabila memaklumkan anak perempuannya, Nabila Razman menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.




Jelas Kak KM, segala penat lelahnya dalam membesarkan anak-anak dianggap berbaloi meskipun seringkali dikritik.

“Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah. Tahniah anak mama @nabilamalu. UNIVERSITI MALAYA anak aku. Hanya Allah je tau apa rasa perasaan ni bangganyaaa rasa berbaloi. Hilang penat lelah ni.


Kredit foto: IG Kak KM

“Anak mama memang pandai sejak kecik lagi, 3 tahun lebih dah pandai membaca. Dapat BEST STUDENT KAT SEKOLAH… ya Allah happynya,” tulisnya.


Kenyataan tersebut dikongsikan anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu menerusi satu hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.

Nabila bakal membuat pendaftaran secara dalam talian di dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan bermula 17-30 Jun ini.

“Tahniah anak mama, UM call. Nampak anak aku pandai. Korang dok mengata aku. Kak KM tergelek-gelek… Anak aku pandai weh dapat masuk Universiti Malaya. I love you anak mama,” katanya menerusi video yang dikongsikan.

Turut dimuatnaik ialah tangkap layar surat tawaran dari universiti awam terbabit.




Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala urusan anak gadisnya itu dipermudahkan.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Budakmomok 30-6-2021 04:14 PM
Tahniah. 1st diplome then degree
Quote opie5662 30-6-2021 06:21 PM
Pandai je tapi takde moral nk buat ape
Quote Ciktiekus 30-6-2021 06:40 PM
Baju  harap jumpa bakal suami yg boleh bimbing
Quote nakkomenjugak 30-6-2021 06:50 PM
anak kau memang pandai, yang ekau mak nyaa tak reti stop gelek2? anak tu pun ada maruahnya jugak
Quote nakkomenjugak 30-6-2021 06:50 PM
anak kau memang pandai, yang ekau mak nyaa tak reti stop gelek2? anak tu pun ada maruahnya jugak
Quote LostStar 30-6-2021 10:22 PM
Errr Umcced tu ipts kan..
Quote MFR_IN 30-6-2021 11:22 PM
Aku pun dpt gak UM ni dulu masa lepas SPM. Kos bahasa inggeris. Aku pelik BI aku fail kot. Tapi dpt..haha
Kira aku pun pandai la juga kan?
Quote angelawoosh 1-7-2021 12:32 AM
Pelajar yang gagal ditawarkan melalui UPU tetapi memenuhi syarat kelayakan masih berpeluang untuk menyambung pengajian ke UMCCed dan UTMSPACE.
Quote angelawoosh 1-7-2021 12:34 AM
LostStar replied at 30-6-2021 10:22 PM
Errr Umcced tu ipts kan..

Entiti di bawah UM.. Sama mcm utmspace under utm
Quote Rogue98 1-7-2021 09:38 AM
Hahaha...over nye celebrate...
Tahniah lah....

Quote doubleharmonic 1-7-2021 10:39 AM
benang dah ada lah cari-malaun? dah berbakul2 forumer kecam yang ko ulang2 balik berita sama cam asteruk ni dah kenapa? tau la sekarang asteruk tengah bagi channel free sebab siaran tergendala hari tu?

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1257750
Quote doubleharmonic 1-7-2021 10:42 AM
eh hello? pandai celah mana? takat diploma perniagaan tu dia nak lulus spm dengan 3 kepujian jah? lepas tu ko apply online direct jah kat umcced tu bukan nya bersaing placement dengan calon pelajar program arus perdana ikut UPU semua tu?

Quote doubleharmonic 1-7-2021 10:43 AM
over ya hamat siap celebrate kek bagai walaupun nampak murahan jah? siap gigih pacak logo UM tu walaupon cuma diploma UMceced yang bunyi dah rupa UMcacat jah? lepas tu nak jugak menayang tarik duit berkepuk2 motip? dah patut tukar kot nama ig nabilamalu tu jadi nabilatakmalu?
Quote Kampungpeoplesz 1-7-2021 11:21 AM
Ekau punye canang mcm kan masuk harvard~~apa2 pun belajar rajin2 ye dikkkk dah tamat belajar esok jgn dok pi gelek2 macam mak ekau tuuuuuu pulakkk sudahlaaa

Lihat semua komen(14)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.080099 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top