CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Iklan Cari Jodoh Tiada Tabiat Suka Kentut Dan Sendawa

30-6-2021 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1458| Komen: 4

Description: Satu iklan jodoh disiarkan di sebuah akhbar di India yang mencari bakal suami kaya, tidak mempunyai tabiat suka kentut dan bersendawa menjadi tular di laman media sosial.
Satu iklan jodoh disiarkan di sebuah akhbar di India yang mencari bakal suami kaya, tidak mempunyai tabiat suka kentut dan bersendawa menjadi tular di laman media sosial.  

Lapor Daily Mail, berdasarkan iklan itu, kriteria tersebut ditetapkan seorang wanita yang menggambarkan dirinya seorang berpendirian teguh, berambut pendek dan memiliki tindikan. 


Iklan itu secara tidak langsung ‘mengubah’ streotaip jantina dalam perkahwinan di India.



Seorang pelawak dari Mumbai, Aditi Mittal memuat naik gambar keratan akhbar iklan itu di Twitter sambil berseloroh bertanya adakah seseorang telah mengiklankan nota itu bagi pihaknya.

Mittal berkongsi gambar itu selepas menemukan nota iklan sama yang turut disiarkan di 12 surat khabar di utara India.

Nota itu tertera wanita yang mencari kriteria suami tersebut merupakan seorang yang berpelajaran, dalam lingkungan usia 30an dan bekerja di sebuah organisasi sosial menentang ideologi kapitalisme.


Menurut iklan tersebut, wanita itu mencari lelaki yang tampan, memiliki bentuk badan baik, berusia 25 hingga 28 tahun, pandai memasak dan merupakan satu-satunya anak lelaki yang mempunyai perniagaan besar.  

Iklan yang dimuat naik di Twitter pada awal bulan ini, menjadi tular sehingga menerima pelbagai reaksi warganet termasuk ada menganggap iklan itu lucu dan mempertikaikan sama ada ia benar atau palsu.

Sementara itu, wanita yang menghantar iklan itu memberitahu BBC bahawa ia hanya sekadar gurauan bersama rakannya untuk menyambut hari jadinya yang ke-30.  


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 30-6-2021 07:26 PM
Ai pn xsuka jenis y kentut n sendawa depan ai..{:smile

Belakang ai xpe..hihihi~
Quote Minami2013 30-6-2021 10:46 PM
Dulu kecik2 tgk show oprah winfrey psl iklan cari jodoh. Dia jemput org2 yg iklan kan diri dan describe diri dia dlm iklan. Mmg lawak la bila tgk yg rupa sebenar.

Anyway teringat che ta ckp dia sanggup kembung perut drpd kentut depan zain
Quote tumpanglalu74 30-6-2021 10:47 PM
Itu je masalah idop dia?  Nak berlaki..  Gile.
Quote Tinot7 30-6-2021 10:53 PM
Lawak jahh kott..

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 08:27 AM GMT+8 , Processed in 3.259234 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top