CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

3 Cedera Lif Jatuh

30-6-2021 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4334| Komen: 33

Description: Tiga wanita cedera di bahagian kaki manakala dua lelaki selamat selepas lif yang dinaiki mereka terjatuh dari tingkat dua Wisma Elken, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Tiga wanita cedera di bahagian kaki manakala dua lelaki selamat selepas lif yang dinaiki mereka terjatuh dari tingkat dua Wisma Elken, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Difahamkan, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.22 petang dan anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dan Jalan Hang Tuah dikerah ke lokasi kejadian.




Komander Operasi, Armdan Mahat berkata, lima mangsa yang terperangkap di dalam lif berusia lingkungan 28 hingga 61 tahun.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 4.30 petang dan mangsa yang cedera dihantar ke Taman Desa Medical Centre untuk rawatan lanjut,” katanya.
 
Tambahnya, punca kejadian masih lagi dalam siasatan. 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 29-6-2021 11:27 PM
5 org..... sila denda xjaga SOP tulang
Quote MontanaHannah 29-6-2021 11:35 PM
                  astaghfirullah
Quote Tinot7 29-6-2021 11:37 PM
Mana nih? Bahayanya
Quote salmon-suki 30-6-2021 12:24 AM
Skerinyeeeeee...
Quote sardintin 30-6-2021 12:39 AM
trauma naik lif klu camni
Quote I.K.A888990 30-6-2021 03:29 AM
mmg takut gila naik lif. sanggup lagi naik tangga walau penat gila
Quote kalkulatorpink 30-6-2021 06:22 AM
Xda maintenance sbb SOP kah?
Quote pxlbb 30-6-2021 06:35 AM
benda iols paling takut:
1. accident kereta
2. lift jatuh
3. nahas pesawat
4. kena hempap kipas siling

aku hidup dlm anxiety...
Quote None68 30-6-2021 06:59 AM
pxlbb replied at 30-6-2021 06:35 AM
benda iols paling takut:
1. accident kereta
2. lift jatuh

Pesawat tu paling ngeri..
Quote helicornia 30-6-2021 03:04 PM
seramnya.mujur la 2 tkt je
Quote 3480 30-6-2021 03:20 PM
Semoga semua mangsa selamat..
Anak kwn aku fobia naik lif.. masuk bangunan tggi mmg kna naik tangga
Quote Mulotkoyak 30-6-2021 03:23 PM
Bangunan Kerajaan di LHDN pun ade isu lif jatuh dr tingkat 13 ke tingkat 4. Ngeri time tu. Lepas tu baru nak repair. Dh repair dgr cerita jadi lagi. So takut nk gi kesitu. Xfaham aku orang gomen ni bole kerja dgn lif scary yg sebegitu. Dgrnye dh mngmnt x akan bertanggungjawab. Tp kalo org awam yg kne cmne plak tu. Ade jugak kes di apartment area setapak tu.  Apartment teratai yg ak htr barang bln lepas. Boleh sangkut dan rosak yeee. Dkt sejam bergoyang. Pentadbor situ buat dunnow xrase bersalah ye... Kalo org sesak nafas ke ape mau nye bole mati. Dh la musim covid. Mane kita tahu yg skali dgn kita tu ade covid. Pengurusan dia mmg mcm gampang bile kita adukan kat diorg ni.
Quote Artemesiaa 30-6-2021 03:32 PM
Mesti lif dah lama tidak diselengara tak diperiksa secara berkala
Quote MsKathryn 30-6-2021 05:03 PM
Scary
Quote nakkomenjugak 30-6-2021 06:55 PM
serta merta final destination terbayang dalam ingatan. skeriiiii
Quote uori 30-6-2021 07:08 PM
pxlbb: benda iols paling takut:1. accident kereta2. lift jatuh3. nahas pesawat4. kena hempap kipas silingaku hidup dlm anxiety...


final destination sangat semua eksiden2 nih hehe
Quote yusryimran 1-7-2021 08:32 AM
Lg seram bila naik lif yg jenis turun atau naik dgn laju terutama dlm bangunan tinggi. Dlm hati berkata ini jika X sempat break sure bersepai
Quote Kurex 1-7-2021 09:53 AM
Aku takut naik lif. Sanggup naik tangga
Quote JunkMail 1-7-2021 09:57 AM
Macam mana nk tau lif tu ada problem? Sebab lif kat rumah aku ni berbunyi2 macam ada geseran gitu. Skeriii dan ngilu bila naik.

Lihat semua komen(33)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.320113 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top