CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Lama tidak muncul, rupa-rupanya ini yang Amir Rajalawak buat sepanjang PKP

19-6-2021 01:26 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4140| Komen: 20

Description: Pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak, 32, mengakui tidak kisah bersengkang mata setiap hari mengusahakan perniagaan air minumannya demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tem ...


Pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak, 32, mengakui tidak kisah bersengkang mata setiap hari mengusahakan perniagaan air minumannya demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, aktiviti hariannya banyak dihabiskan membuat air minuman itu dan berniaga di gerai tepi jalan miliknya di Prima Saujana, Kajang.

Menurut Amir, dia bersyukur punca pendapatan daripada perniagaan itu cukup untuk membeli keperluan harian biarpun keuntungan diperoleh tidak banyak.

“Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian saya pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam.

“Seawal jam 7 pagi pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200.


“Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini,” katanya.

Pelakon drama Man Transform itu juga mengakui terharu apabila mendapat sokongan luar biasa daripada orang ramai.

“Kadang-kadang ada pembeli datang awal dan apabila tak nampak saya, mereka ingatkan gerai tak buka. Mereka akan terus hubungi saya untuk bertanya sama ada saya buka gerai.

“Begitu juga pelanggan yang sememangnya sudah menjadi pembeli setia sejak beberapa tahun. Perniagaan ini pun saya sudah usahakan sejak 2017 namun pada tempoh sekarang saja saya buat sepenuh masa,” katanya.

Menurut Amir, dia juga sebenarnya terk3san dari segi pendapatan apabila banyak aktiviti seni tergendala.

“Sepatutnya bulan ini, saya terbabit dalam tiga drama. Namun semua sudah ditunda dan saya kena buat inisiatif berniaga ini untuk terus mencari punca pendapatan.

“Tapi, saya okay saja asalkan ada punca pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana.

“Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewah,” katanya.



Sumber : HarianMetro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 19-6-2021 02:26 AM
rm200 sehari kira besar la jugak klau dok kerja hari2. 30 hari pun nak 6k. jual air je. janji halal
Quote Perawankota 19-6-2021 03:32 AM
Oklah tu.. Nampak lah dia ada kesungguhan nak carik duit
Quote wirazam 19-6-2021 07:31 AM
Dia nih dah beli rumah ke? Ke dah ada tour to my house mcm pelawak pelawak yg lain
Quote nazzse 19-6-2021 07:35 AM
Rajin & tak merempan serupa beberapa retis
Quote xpdckelate 19-6-2021 07:39 AM
bagus la mir meniaga asal jgn meminta minta...btw lakonan ko not bad juga,syiok tgk
Quote Tinot7 19-6-2021 12:34 PM
Semoga dipermudahkan urusan.. janji gaji halal
Quote ImpianSeroja 19-6-2021 01:08 PM
Bagus Mir..rajin.. Semoga Dimurahkn rezeki selalu
Quote hungryhenry 19-6-2021 01:41 PM
Aku nk tgk ptg ni dia ada tak. Dekat nau
Quote nolya 19-6-2021 01:59 PM
Jenama air jagungnya tak kalah 'Amirreka'. Selamat maju jaya Amir.
Quote Mulotkoyak 19-6-2021 05:35 PM
Jadilahhh ade gak rezeki... Walaupun kwn die yg lain kaya raya buat duit... Xde sekor pun nk tlg die time susah cmni... (aku agak je laaa kan.)  kate kwn.. Berjaya bersama
Quote Raline 19-6-2021 07:25 PM
Multiple Posting/ Same Thread

https://bm.cari.com.my/forum.php ... Amir%2BRaja%2Blawak
Quote nesloice 19-6-2021 11:17 PM
humble je amir ni tak mcm pelawak lain poyo je buat house tour
Quote ikanmasin 20-6-2021 01:09 AM
takper janji usaha kan..ada jg rezeki ko..
Quote ezacbee 20-6-2021 02:11 AM
nesloice replied at 19-6-2021 11:17 PM
humble je amir ni tak mcm pelawak lain poyo je buat house tour

Jenis menyimpan kot.
Dia sorang je yg nampak relax.
Dpd pelawak yg lain tayang umah beso keta beso.
Quote kaedahnya 20-6-2021 01:47 PM
dia ni pun pelawak yang lagi sesuai jadi pelakon selain sharol shiro
Quote husna_amal 21-6-2021 09:38 AM
Dia ni memang rajin berniaga. Dulu dengan bisnes sabun sekarang meniaga air. Selalu gak nampak dia kat area kajang.
Quote hinata_holic 21-6-2021 02:30 PM
Bagus dia ni. Usaha atas kaki sendiri. Xde la nk mengharap simpati. Bantuan Sana sendiri. Good job Amir. Semoga selalu dalam perlindungan Allah swt
Quote cikX87 22-6-2021 07:38 PM
amir ni memang dari dulu kuat niaga. rajin.
Quote ilhamazalea 22-6-2021 07:50 PM
sfrnna replied at 19-6-2021 02:26 AM
rm200 sehari kira besar la jugak klau dok kerja hari2. 30 hari pun nak 6k. jual air je. janji halal

Ya, mengalahkan org keja opis ni

Lihat semua komen(20)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.093681 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top