Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ngeri Muka Diratah 'Zombie'!

18-6-2021 05:03 PM Komen: 31
Seorang lelaki berdepan kejadian mengerikan apabila wajahnya diratah seorang kanibal 'zombie'.

Insiden serangan yang berlaku di Miami di Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 2012 itu menggemparkan orang ramai, lapor Daily Star.


Wajah Ronald Poppo selepas diserang (kiri), manakala foto kanan wajah terkininya. foto Getty Images/ Daily Star

Berita-berita utama melaporkan Ronald Poppo hilang mata kiri, hidung dan sebahagian besar kulit di mukanya, apabila seorang lelaki bogel menyerangnya tanpa sebab.

Beberapa orang awam menyaksikan serangan mengerikan itu, termasuk seorang pegawai polis Florida yang menembak mati penyerang Rudy Eugene berusia 31 tahun.

Dalam kejadian itu, Eugene yang dalam keadaan bogel menggunakan giginya untuk menyiat kulit Poppo, sehingga menyebabkan mangsa buta.

Saksi-saksi dilaporkan melihat Eugene bergayut pada sebatang tiang lampu sebelum pergi ke jalan di Miami.

Satu video yang dimuat naik oleh pihak hospital secara dalam talian, menunjukkan kesan kecederaan yang dialami Poppo selepas insiden hampir setahun kemudian.

Poppo terlantar di hospital selama hampir sebulan akibat serangan itu, sebelum berpindah ke pusat rawatan jangka panjang.

Lelaki berusia 66 tahun masih memerlukan penjagaan kesihatan disebabkan kecederaan yang dialaminya.

Poppo yang buta akibat kejadian itu bagaimanapun tidak menyalahkan penyerang berkenaan.


Wajah Poppo sebelum kejadian. foto Getty Images North America/ Daily Star

Pengurus jururawat, Adolfa Sigue berkata,"Satu-satunya perkara yang selalu dia (Poppo) katakan adalah, Saya yakin lelaki itu mengalami hari yang buruk pada hari itu." 


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 31
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote evlinne 20-6-2021 01:48 AM
Fakkk
Ngeri gila porumer suka tepek gambo ni
Dah lah xde warning apa pun
Seram syiallll

Lain-lain Komen

Quote dua_chzy 18-6-2021 05:11 PM
Ironinya, Poppo looks much happier now than before.
Quote monreyes 18-6-2021 05:24 PM
mcm2 kegilaan..
Quote Levespa 18-6-2021 05:48 PM
Edited by Levespa at 18-6-2021 09:50 AM

kesian.. tapi tinggi betul tahap husnuzon poppo ni
Quote -adnil- 18-6-2021 05:48 PM
dua_chzy replied at 18-6-2021 05:11 PM
Ironinya, Poppo looks much happier now than before.

Sebab gambar selepas muka ada sinyum ka..hehe
Quote sharlenetexas 18-6-2021 06:02 PM
Hidung mcm kena sporo.

Quote dani-rox 18-6-2021 06:18 PM
kes 2012, tingat thread dulu kat sini atau kat website ngeri... siap tepek gambar dan bideo live org tua nih tgh diratah2

Pengurus jururawat, Adolfa Sigue berkata,"Satu-satunya perkara yang selalu dia (Poppo) katakan adalah, Saya yakin lelaki itu mengalami hari yang buruk pada hari itu."


hari buruk apakebendenyerrr... mamat yg makan dia tuh tengah high dgn bath salt ke, flakka ke.
Quote MissyMolly 18-6-2021 06:36 PM
dani-rox replied at 18-6-2021 06:18 PM
kes 2012, tingat thread dulu kat sini atau kat website ngeri... siap tepek gambar dan bideo live org ...

Itu lah gila apa manusia nk kekah manusia lain kat public lagi.. tp iols sendiri tak kan capai thp hati putih uncle nih.. mesti iols meraung2 sampai sekarang y y yyyyyyyyy kohkoh
Quote dua_chzy 18-6-2021 06:55 PM
-adnil- replied at 18-6-2021 05:48 PM
Sebab gambar selepas muka ada sinyum ka..hehe

Iya. Mungkin juga karna jagaan bagus dari pihak sepital.
Quote sambaldurian 18-6-2021 07:48 PM
mcm ni senyap pulak blm. ak dh google, pakcik roppo ni masa muda ada rupa gak (gambar hitam putih).
Quote any42 18-6-2021 08:38 PM
kesiannya pakcik ni. positif je dia mungkin sbb xnk tlalu fikir ttg kjadian tu & agknya dok fikir bkn bleh pulih mcm biasa baik la xyah stress hdup mnunding jri
Quote Aikiko 18-6-2021 08:45 PM
Yg ratah tu keturunan apa??
Giler betul
Rasa mcam pernah tgok ep.dlm 911
Quote my_irina 18-6-2021 08:46 PM
any42 replied at 18-6-2021 08:38 PM
kesiannya pakcik ni. positif je dia mungkin sbb xnk tlalu fikir ttg kjadian tu & agknya dok fikir bk ...

Kan positif betul..he just had a bad day...simple je pemikiran poppo ni
Quote I.K.A888990 18-6-2021 09:10 PM
kesian nya pak cik. apa punya mental manusia ni xpsl2 irg lain yg kena
Quote Carcosa 18-6-2021 10:05 PM
Pakcik Poppo ni dulu homeless ke? Ada sinar dlm kejadian buruk itu. Sbb dptlah dijaga pihak spital drpd hidup gelandangan. Tapi, kesian maksimum lah muka dia smp gitu
Florida ni selalu kes2 pelik. Mungkin sbb cuaca panas
Quote supernaturalee 19-6-2021 01:31 AM
dua_chzy replied at 18-6-2021 05:11 PM
Ironinya, Poppo looks much happier now than before.

Kannn
Instead of what happened
He still gives us smiles

Kulit die pun nmpk lbh cerah

Quote Tinot7 19-6-2021 07:42 AM
Apa rupa rudy eugene kanibal tuh?
Quote dua_chzy 19-6-2021 08:27 AM
supernaturalee replied at 19-6-2021 01:31 AM
Kannn
Instead of what happened
He still gives us smiles

Sebab dijaga dengan baik di hospital. Makanan segala pun terjaga. Tu nampak kulit makin cerah.
Quote user.name 20-6-2021 01:28 AM
Quote user.name 20-6-2021 01:30 AM

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top