CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kelas Balet Berunsurkan Islam Pertama, Guna Puisi Belajar Tarian

18-6-2021 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 678| Komen: 3

Description: Pemilik Akademi Grace dan Poise, Maisie Byers mendedahkan hanya menggunakan puisi berbanding muzik untuk mengajar tarian balet kepada pelajarnya.
Pemilik Akademi Grace dan Poise, Maisie Byers mendedahkan hanya menggunakan puisi berbanding muzik untuk mengajar tarian balet kepada pelajarnya.

Byers menubuhkan Akademi Grace dan Poise yang merupakan kelas tarian balet berunsur Islam pertama di Britain.



Kredit foto: Daily Mail/BBC

Byers berkata, penggunaan puisi dapat membantu pelajar mempelajari tarian tersebut sambil menghormati ajaran Islam.

Byers yang mengendalikan akademik itu sejak 2019 berharap dapat menjadikan tarian balet mudah diakses kepada penduduk Islam.

Menurut Byers, dia juga menyesuaikan kelasnya bagi membolehkan lebih banyak kanak-kanak perempuan dan gadis muda Islam mempelajari tarian balet.

“Pelajar digalakkan memakai pakaian bersesuaian dan leotard tidak dibenarkan sama sekali.

“Kanak-kanak perempuan berumur enam tahun dan ke atas, menari mendengar puisi dan bukannya muzik di dalam kelas,” katanya.



Kredit foto: Daily Mail/BBC

Jelas Byers, pihaknya ketika ini sedang berusaha untuk mendapatkan akreditasi balet sama seperti kelas tarian konvensional lain.

Akademi Grace dan Poise menerusi laman sesawangnya, pihaknya berasa bangga dapat menyumbang dan menghormati kepentingan puisi dalam warisan Islam. 


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 18-6-2021 03:54 PM
Badan meliuk lentuk pakai ketat2 pehtu klaim Islamik, bodo ke apa
Quote white_musk 18-6-2021 04:37 PM
Untuk mengambil exam rasmi, mesti memakai leotard .. Leher dan kaki mesti jelas kelihatan ya tiada katup katup ala yislamic yah...
Quote Minami2013 18-6-2021 04:39 PM
Ni kes mcm selipar muslim friendly ke? Asal boleh claim atas nama agama

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2021 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.075187 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top