CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hanya Mampu Kutip Sisa Makanan Dari Tong Sampah Untuk Isi Perut

18-6-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1271| Komen: 9

Description: Manila: Ada pelbagai cara manusia terpaksa lakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Manila: Ada pelbagai cara manusia terpaksa lakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ada orang susah yang memilih cara salah semata-mata untuk memastikan mereka dapat mencari makan dan menyara keluarga.


Bagi golongan kurang berkemampuan di Filipina, mereka akan mengutip sisa makanan yang dibuang yang dikenali sebagai pagpag.

Ia adalah hidangan penting bagi memastikan kelompok miskin di negara itu terus hidup dan bertahan.

Foto: Agensi

World of Buzz melaporkan bagi orang miskin di negara itu, ia adalah hidangan dari sisa makanan sama ada didapati dari tong sampah atau tempat pembuangan sampah.

Mereka mengais makanan atau daging buangan, mencucinya sebelum dimasak dan dijadikan menu.


Ada yang menjualnya sesama sendiri untuk mendapatkan wang.

Berdasarkan laporan media, sebungkus pagpag dijual pada harga 20 peso (kira-kira RM1.70) hingga 30 peso (kira-kira RM2.60).

Untuk mendapatkannya, mereka terpaksa mempertaruhkan keselamatan dan kesihatan kerana biasanya kuman akan melekat kepada sisa makanan yang dibuang.

Jawatankuasa Antikemiskinan Kebangsaan (NAPC) menyalurkan maklumat mengenai penggunaan pagpag.

"Anda tidak dapat melihat bakteria, anda tidak tahu betapa kotornya makanan itu. Pagpag juga tidak mempunyai zat," kata seorang pegawai kanan NAPC Cristopher Sabal. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 18-6-2021 10:55 AM
Akak tengok video. Cara meka sediakan pagpag ni bersih. Looks edible lepas dimasak dengan pelbagai rempah.

Kat US pun dah jadik trend, kutip makanan dari tong sampah. Tapi sana lain la. Perfectly edible foods yang biasanya dijumpai dalam tong sampah kokesen. Makan belum expire, makanan belum dibuka or baru habis separuh, etc.
Quote dua_chzy 18-6-2021 10:58 AM
Banyak bunyi pula Christopher Sabal. Iya pagpag tu unhygienic, unhealthy - tapi kalau makanan tu mampo bantu 10 beranak teruskan hidup, why not?

Quote Kitty_catz 18-6-2021 10:59 AM
orang mesia kena start belajar la dah cari sisa makanan kat tong sampah

ke ada yg dah start?

abah kata 2022 baru ekonomi nak pulih..
Quote stingerstake 18-6-2021 11:01 AM
Edited by stingerstake at 18-6-2021 11:03 AM
dua_chzy replied at 18-6-2021 10:55 AM
Akak tengok video. Cara meka sediakan pagpag ni bersih. Looks edible lepas dimasak dengan pelbagai r ...


Yup and we all think rakyat amerika semua lavishly rich khen? Paparan dlm.movies nextflix? Bersepah dipier39 org kutip sisa sisa makanan dari tong sampah...sad to see

Quote dua_chzy 18-6-2021 11:03 AM
Kitty_catz replied at 18-6-2021 10:59 AM
orang mesia kena start belajar la dah cari sisa makanan kat tong sampah

ke ada yg dah start?

Cari di kawasan kayangan. Ai yaqin banyak ja makanan edible boleh dijumpai di tong sampah. Lebih 10 tahun dulu ka bila, ai hada baca artikel kat The Star. Meka buat social experiment, carik makanan di tong sampah area perumahan kayangan. The result was shocking kata The Star - meka jumpa makanan baru, makanan belum expire, belum disentuh, etc. The Star then buat konklusi rakyat kayangan tanahair memang tak bersyukur suka membazir makanan.
Quote jas7512 18-6-2021 11:07 AM
dua_chzy replied at 18-6-2021 11:03 AM
Cari di kawasan kayangan. Ai yaqin banyak ja makanan edible boleh dijumpai di tong sampah. Lebih 1 ...

Huhu..i bkn gol kayangan tapi terinsaf kejap dgn posting u...i suka beli makanan..sayur2an konon nak go green tapi bila letih buat keje dgn baca report students yg ntah apa2 trus order mknan dan sudahnya sayur2 tu trrbuang 2 minggu lepss tu dan the cycle continues...huhuhu
Quote shernazz 18-6-2021 11:24 AM
Baru tengok homeless challenge kat london tu..
Siap ada apps utk.amek.makanan.free dari sapa2 nak.buang atau makanan hampir expired..
Jadi org yang nak.makan free boleh amek kat ru.ah sapa sapa.yang ada dalam apps tu ..offer sampai masa sekian2..
Quote dua_chzy 18-6-2021 11:34 AM
Edited by dua_chzy at 18-6-2021 11:36 AM
jas7512 replied at 18-6-2021 11:07 AM
Huhu..i bkn gol kayangan tapi terinsaf kejap dgn posting u...i suka beli makanan..sayur2an konon n ...


Ai jenis selagi makanan tu masih boleh dimakan, makan. Sebab raised by parents gituh. Keluarga in laws ai lagik cerewet dari ai bab makan for example tamau makan makanan semalam yang dipanaskan semula. Dan ya, meka suka membazir makanan (sebab tu meka suma selim melim banding ai gomok gedempol) so bila ai balik rumah in laws ai akan pastikan fridge abes segala stok seminggu huntok dimasak (hujung minggu beli lagik stok seminggu), sayur suma dimasak, ayam ka daging tadak yang rosak sebab dibiar dalam fridge tak dimasak berbulan, etc. Ada sorang ja SIL ai pangai macam ai. Tapi dia totap slim sebab dia stewardess jadi musti jaga badan.
Quote per706 19-6-2021 03:12 PM
Depa kutip pastu basuh bersih2 then baru mask n mkn..but still… kesian la tgok.. ade folo kat u tube Chanel org Filipina tpi stay di us. Dia rajin tlg rakyat Filipina yg sush..biasa dia bgi modal niaga.biar  sekecik2 niaga dri uma pon…Sian tgok rakyat depa rmai betul yg dhaif. Kjaan corrupt..kita pprt tu x Selesa sgt da…bgi dorang yg sush kat sinun mcam dpt banglo la agaknya.dekat kubo,bwah Jambatan tempat pelupusan smpah or mana2 je la yg x masok akal,asal bley pacak buat uma depa buat.

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.193927 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top