CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Misteri kehilangan duit, penduduk elak simpan wang di rumah takut dikebas toyol

17-6-2021 11:26 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2007| Komen: 11

Description: JAKARTA – Peristiwa duit hilang dipercayai dicuri toyol membuatkan penduduk Kampung Sindanglaya, Kabupaten Tasikmalaya Jawa Barat terpaksa beralih ke bank untuk menyimpan wang mereka , lapor Suara.co ...

Gambar hiasan



JAKARTA – Peristiwa duit hilang dipercayai dicuri toyol membuatkan penduduk Kampung Sindanglaya, Kabupaten Tasikmalaya Jawa Barat terpaksa beralih ke bank untuk menyimpan wang mereka , lapor Suara.com, semalam.

Sejak tiga bulan kebelakangan ini, sebilangan penduduk kampung berdepan misteri kehilangan wang meskipun sudah menyimpannya dengan baik.

“Sejak sebulan lalu, kes wang hilang secara misteri sudah reda tetapi penduduk sudah tidak berani menyimpan duit di rumah dan memindahkan simpanan ke bank berdekatan.

“Jumlah wang hilang kebiasaannya sekitar 300,000 rupiah (RM86) hingga 500,000 rupiah (RM143),” ujar salah seorang penduduk kampung, Hasan.


Tambah Hasan, penduduk yang kehilangan duit juga ada menemui kesan tapak kaki kecil dipercayai toyol  dalam kediaman mereka selepas insiden kehilangan wang simpanan. – Agensi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender85 17-6-2021 11:35 PM
Pengsan sis kalau nmpk toyol dpn mata
Quote nakkomenjugak 18-6-2021 09:29 AM
Adek dalam pic buat costume Halloween ke apa tu hahah
Quote Adrif 18-6-2021 09:42 AM
gambar hiasan tu, dah kenapa toyol tu main PS2
Quote Boomibulat 18-6-2021 09:47 AM
Adrif replied at 18-6-2021 09:42 AM
gambar hiasan tu, dah kenapa toyol tu main PS2

Tu hasil curian dia kut..tokey kasi upah..
Quote taji2906 18-6-2021 09:48 AM
Adrif replied at 18-6-2021 09:42 AM
gambar hiasan tu, dah kenapa toyol tu main PS2

petua baru nak lekakan toyol. dulu2 suh letak kacang hijau, tak jalan la zaman sekarang. bg ps2 nanti leka la toyol ni. sebab tu boleh amik gambar. hahaha
Quote xpdckelate 18-6-2021 09:49 AM
manusia la toyolnya
Quote tungkai 18-6-2021 09:53 AM
Dari dulu lagi aku tak paham. Dah kenapa tak rampok bank atau org kaya je terus?
Quote green~tea 18-6-2021 09:59 AM
Online banking kan ado...
Quote kucingitam 18-6-2021 10:27 AM
'bachokkkkk'
Quote salimrock 18-6-2021 11:02 AM
tungkai replied at 18-6-2021 09:53 AM
Dari dulu lagi aku tak paham. Dah kenapa tak rampok bank atau org kaya je terus?

mengikt teori darwina, kt bank diorang ada upacara tanam kain kuning kt peti besi tak nak bagi toyol masuk...

ada teori mengatakan toyol masuk ikut lubang angin, jd peti besi bank takde lubang angin

walobagaimana pn , pengalaman aku sbg permerhati paranormal ,

kt area rumah aku dulu  2010-2012 byk org kg hilang duit, mereka berjupe la tok bomoh, tok moh pn mengatakan ini perbuatan toyol indon

tp setelah aku pergi ke kedai snooker ah seng yg ada mesin judi, kebanaykan mangsa2 toyol ada kt situ....

mgkn secara kebtulan....

bila di kaji secara teori jd mcm ni pula

bini hilang duit = di tuduh toyol
abang hilang duit = juga di tuduh toyol


tp laki dan adik si mangsa ada di kedai snuker ahseng main mesin monyet judi,

adakah kebetulan?

adakah ini sifat manusia suka fitnah makhluk fantasi ?


Quote TomyamPuteh 18-6-2021 11:56 AM
Friska ke yg bela toyol tu?

Lihat semua komen(11)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.071307 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top