CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bung Rayu Kerajaan Salur Lebih Banyak Vaksin Sinovac Ke Sabah

17-6-2021 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1383| Komen: 5

Description: Kerajaan diminta menyalurkan bantuan vaksin Sinovac sumbangan dari negara China kepada Sabah agar program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini dapat dteruskan dan berjalan dengan lancar.
Kerajaan diminta menyalurkan bantuan vaksin Sinovac sumbangan dari negara China kepada Sabah agar program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini dapat dteruskan dan berjalan dengan lancar.


Timbalan Ketua Menteri I Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, perkara itu perlu diberikan pertimbangan oleh kerajaan pusat bagi memenuhi keperluan PICK yang sedang berjalan lancar di negeri ini.



"Kita memang masih ada bekalan vaksin ketika ini, bagaimanapun ekoran kerancakan pemberian vaksin di bawah PICK di seluruh daerah ketika ini, kita perlu bersedia awal agar bekalan sentiasa mencukupi.

"Ini bagi memenuhi keperluan rakyat yang masih ramai belum menerimanya khususnya di kawasan luar bandar," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media Menteri Luar Datuk Seri Hishammudin Hussein pada Rabu tentang kesediaan China dan juga Jepun menyumbang vaksin kepada Malaysia.



Kredit foto: IG Bung

Menurut Bung sumbangan 500,000 dos vaksin Sinovac-Coronovac ini perlu di hantar terus ke Sabah di mana ia sesuai digunakan untuk pemberian PICK khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.

"Walaupun pemberian (vaksin) berjalan rancak ketika ini, namun tidak dinafikan masih ramai dalam kalangan penduduk di negeri ini di luar bandar dan kawasan pedalaman belum menerimanya atas faktor komunikasi dan kurang kefahaman tentang kebaikan mengambil vaksin," katanya.

Sementara itu, menurut Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau, Dr Mohamad Norhaizam Ahmad@Narawi, beliau menyokong hasrat kerajaan negeri itu kerana melihat keperluan mengekalkan momentum pemberian vaksin di kawasan pedalaman.

"Saya menyokong hasrat yang disuarakan tersebut kerana ia bagi memastikan bekalan vaksin sentiasa berada di tahap optimum.

"Kita kena pastikan stok vaksin sentiasa banyak di setiap tempat supaya momentum pemberian vaksin tidak terganggu.

"Sebab setiap hari kapasiti pemberian vaksin semakin bertambah di setiap Pusat Pemberian Vaksin PPV dan banyak juga PPV bergerak yang beroperasi di kampung-kampung ketika ini," katanya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 17-6-2021 04:29 PM
Sekarang kau xpenting, abahcow nak setelkan srwak dulu cepat2 sbb nak bagi plihanraya negeri. Kau duduk diam sana dgan bini kau.
Quote Kurex 17-6-2021 04:35 PM
Lek la.. dekat semenanjung pun tak ramai yg dapat lagi. Tak menyempat betul si tua ni
Quote mama_neko 17-6-2021 05:43 PM
bung ni org kampung aku, relax2 ja makcik2 aku dpt pfizer kat sana.. pastu la ni kalau nak vaksin pi ja pusat vaksin, ada ja extra for the day.. cuma dpt sinovac la.. kalau kampung lain tak tau la kan...
Quote sparkly 17-6-2021 07:04 PM
ya bah YB…nda dapat2 lagi tu vaksin, lama juga kami menunggu, tu CM diam2 jak, teda berita pasal vaksin, kasian bah kami ni
Quote xpdckelate 17-6-2021 10:10 PM
kj hantar vaksin CanSino je senang sekali cucuk

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-10-2022 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.064215 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top