CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Budak Sekarang Suka Acah Kaya, Reen Rahim Bangga Balik Sekolah Naik Van Tin Biskut

17-6-2021 03:41 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2862| Komen: 20|Original author: Oleh: LilRose

Description: Bagi yang mengikuti laman sosial Reen Rahim pasti tahu dia sangat akrab dengan keluarganya.
Bagi yang mengikuti laman sosial Reen Rahim pasti tahu dia sangat akrab dengan keluarganya.

Menerusi Instagram, pelakon itu meluahkan rasa syukur dikurniakan keluarga yang 'happening' meskipun dilahirkan dalam keluarga sederhana.



Kredit foto: IG

Katanya menerusi hantaran itu, dia bangga dengan keluarganya walaupun tidak kaya seperti keluarga lain.

Berkongsi kisahnya ketika di bangku sekolah, dia tidak malu jika bapanya menjemput dengan menaiki motosikal dalam keadaan comot.

"Saya bangga dia datang. Orang lain mak bapak kaya, mewah-mewah kereta datang jemput anak.

"Dari kecil saya bangga gila kalau parents datang walaupun naik van tin biskut," tulisnya.



Mungkin nampak biasa, namun bukan semua orang memiliki pemikiran begitu.

Ada yang rela tidak dijemput ibu bapa jika datang naik kereta buruk atau teksi.

Lantaran itu, Reen berpesan kepada remaja di luar sana supaya tidak terpengaruh dengan gaya hidup orang lain.

"Ukur baju di badan sendiri. Jangan acah hot, kaya. Jadi diri sendiri dan jangan penting diri paksa ibu bapa dapatkan apa yang kawan sekeliling dapat. Usaha sendiri!" ujarnya.



Itulah mentaliti kebanyakan orang terutama anak muda. Ibu bapa juga janganlah terlalu mengikut telunjuk, ikutkan sahaja kehendak anak. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-6-2021 04:38 PM
Panjangnya caption kau
Quote She-Ra 17-6-2021 04:43 PM
err kalau yg kayuh sikal sendiri pegi sekolah camne pulak?
Quote ilhamazalea 17-6-2021 06:40 PM
Ingat kayo rayo
Quote nakkomenjugak 17-6-2021 06:42 PM
Lockdown2 ni rajin ha buat essay
Quote Perawankota 18-6-2021 05:01 AM
Aku dulu sekolah jalan kaki 45mnt hari2 k
Quote kakigojes 28-7-2021 10:53 AM
Camne 1M followers, tapi 4-5k likes? Ke org MY tak suka like?
Quote kakakgarang 28-7-2021 11:02 AM
nape dia tade aura? comel da.. tapi entah la.. minta tu kurang la..
Quote bictoria 28-7-2021 11:06 AM
kakigojes replied at 28-7-2021 10:53 AM
Camne 1M followers, tapi 4-5k likes? Ke org MY tak suka like?

follower beli kot?
Quote TabletSusu 28-7-2021 11:17 AM
Perawankota replied at 17-6-2021 09:01 PM
Aku dulu sekolah jalan kaki 45mnt hari2 k

hahaha sama aku jalan kaki jgk gi blk sekolah. sekolah rendah, sekolah menengah
masa sekolah menengah, nak gi sekolah kena seberang sungai besar. sekali tu ujan lebat dan banjir.. jambatan runtuh n hanyut. jauh giler pusing nak blk rumah.. dr ampang ke keramat.
Quote Tunan 28-7-2021 12:47 PM
betul apa Reen cakap

anak buah i ada je yg push mak ayah diorg(abg/kakak2 i)

nak dpt macam2 mahal2.. wpun tgh hujung bulan
bukan nak faham.. bukan kaya sgt pun..

geram je..
Quote Perawankota 28-7-2021 01:17 PM
TabletSusu replied at 28-7-2021 11:17 AM
hahaha sama aku jalan kaki jgk gi blk sekolah. sekolah rendah, sekolah menengah
masa sekolah mene ...

Tapi dulu2 x rasa penat kan.. Happy je jalan kaki sana sini.. Skang ni, ermm.. Dari sogo nak p masjid jamek pon rasa penat
Quote ifanonline 28-7-2021 01:19 PM
ibu bapa yg memainkan peranan mendidik anak2...jangan salahkan anak2...kesilapan adalah ibu bapa yg suka show off...menunjukkan2...humble brag
Quote Chessman 28-7-2021 01:20 PM
Ingat lagi dulu i naik trak askar masa tadika sebab ayah i askar. Best gila kot. Kalau ramai orang terpaksalah diri sebab seat dia sikit je. Merasalah naik askar punya transport since i duduk dalam kem askar masa tu.

Untuk tak ot. Yes budak sekarang agak demand maybe sebab dah ada media social so high expectation. Dulu zaman kita mana ada semua tu
Quote kakigojes 29-7-2021 09:27 AM
Chessman replied at 28-7-2021 01:20 PM
Ingat lagi dulu i naik trak askar masa tadika sebab ayah i askar. Best gila kot. Kalau ramai orang t ...

Mcm best kan pengalaman dapat naik kenderaan askar.. mesti everyone sana disiplin kaw kaw
Quote Chessman 29-7-2021 11:48 AM
kakigojes replied at 29-7-2021 09:27 AM
Mcm best kan pengalaman dapat naik kenderaan askar.. mesti everyone sana disiplin kaw kaw

Best gila. Dia macam extra sikit lah sebab yang duduk kem askar je dapat rasa. Selalu dapat tengok askar kawad.
Quote mamajawie 29-7-2021 12:10 PM
aku ingatkan si reen ni yg berlakon jadi rahayu dlm citer ayahanda tu..muka pelakon tu sama cam combination muka balkisyh semundur+reen rahim
Quote KucingBisu 29-7-2021 12:15 PM
Hahahaha betul la tu kot kan
Quote suka2 29-7-2021 12:49 PM
Chessman replied at 28-7-2021 01:20 PM
Ingat lagi dulu i naik trak askar masa tadika sebab ayah i askar. Best gila kot. Kalau ramai orang t ...

Zaman skrg ada lagi ke trak askar antar anak2 askar gi skolah. Sekolah iols dulu tahun 90an hari2 lori askar dtg hantar dorg gi sekolah wpun kem askar paling dekat pun jauh. Mungkin zaman tu sekolah tak banyak mcm sekarang. Tak tau pemilihan sekolah based pada parents nk anta sekolah mana atau dh ditetapkan. Sbb yg turun dari trak askar dulu pun tak ramai tak sampai 10 org pun tp dlm trak ada je budak2 pakai lencana sekolah lain.
Quote Diamje 29-7-2021 01:25 PM
suka2 replied at 29-7-2021 12:49 PM
Zaman skrg ada lagi ke trak askar antar anak2 askar gi skolah. Sekolah iols dulu tahun 90an hari2  ...

Ada lagi...kt kawasan umah diam ni ada kem askar. So memang diorg amik n hantar budak2 naik trak askar. Kdg2 jeles tau tgk kemudahan yg diorg dpt. Istri askar tak payah pening2 nk pikir anto amik anak skolah, bas skolah bagai. Duduk pun dlm kuarters x payah menyewa mahal2 kt luar ni.

Lihat semua komen(20)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.073690 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top