Kakitangan di Pejabat Perdana Menteri diarahkan untuk menggunakan nama sebenar Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam semua dokumen formal atau rasmi. Surat edaran bertarikh 3 Jun itu mengarahkan supaya surat dan dokumen rasmi yang memerlukan tandatangan Perdana Menteri haruslah menggunakan ejaan rasmi namanya, iaitu dengan ejaan "Mahiaddin Bin Md Yassin" atau "Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin".
Surat pekeliling tersebut ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohammad dan arahan itu berkuat kuasa serta-merta. Difahamkan, arahan ini dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara. Mahiaddin merupakan nama sebenarnya, namun beliau lebih dikenali sebagai Muhyiddin. Pada April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan seorang lelaki setelah memutuskan bahawa perintah penahanan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri itu tidak sah, kerana itu bukanlah nama sebenarnya. Lelaki itu sepatutnya ditahan selama dua tahun di pusat pemulihan Simpang Renggam, Johor. Sehubungan itu, mahkamah memutuskan bahawa menteri-menteri yang menjalankan fungsi rasmi mestilah menggunakan nama seperti yang dinyatakan dalam MyKad dan Warta Kerajaan Persekutuan. Sumber: mStar
|
Rogue98 replied at 16-6-2021 01:11 PM
Dr segi undang2 means mana2 perjanjian yg tak guna nama betul dia adalah tidak sah....
dizekni replied at 16-6-2021 01:07 PM
Kah ke kah
tak pernah dibuat orang
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
5-10-2023 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.102297 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.