CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terpaksa jual tong gas demi sara orang tua, pemuda tahan air mata rayu tuan kedai beli

17-6-2021 02:10 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5873| Komen: 65

Description: Sejak pandemik Covid19 melanda, ramai yang terjejas dan kehilangan sumber pendapatan. Dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan virus Covid19, ia sekaligus member ...



Sejak pandemik Covid19 melanda, ramai yang terjejas dan kehilangan sumber pendapatan. Dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan virus Covid19, ia sekaligus memberi tamparan hebat buat sesetengah orang. 

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @rinie1181 di aplikasi TikTok baru-baru ini, seorang pemuda datang ke kedainya membawa tong gas untuk dijual.


Pada awalnya pemuda itu segan untuk memberitahu masalah yang dialami apabila ditanya kenapa ingin menjual tong gas. Namun wanita yang juga merupakan tuan kedai tersebut dapat melihat kesedihan pada raut wajah pemuda itu.


Sambil menahan air mata, pemuda itu akhirnya menceritakan masalah sebenar dan merayu kepada wanita itu agar membeli tong gas yang dibawanya kerana perlukan wang untuk menyara orang tuanya.

Menurut pemuda itu lagi, dia terpaksa menjual tong gas kerana risau keadaan orang tuanya disebabkan dia tidak dapat bekerja selepas tempat kerjanya ditutup kerana PKP.

Wanita itu akhirnya bersetuju membeli tong gas itu malah dengan murah hati turut memberi bantuan barangan keperluan kepada pemuda itu.

Tindakan wanita itu dipuji ramai malah netizen turut mendoakan agar wanita dan pemuda itu dimurahkan rezeki. 


Malah, ada juga yang mempersoalkan ke mana hilangnya wakil rakyat yang sepatutnya sentiasa turun padang bertanya khabar dan membantu rakyat disaat kesusahan ini. - CARI


2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 17-6-2021 02:17 AM
Akibat UMNO gagal total :

Menteri kanan SOP PkPpbtd - UMNO
Menteri covid air suam - UMNO
Menteri vaksin harga rahsia - UMNO
Quote imransulaiman 17-6-2021 06:39 AM
Kalau EL tak sibuk nak berada nun di sinun, pasti dia akan cari brader ni dan tolong...
Quote Babai 17-6-2021 06:44 AM
Jangan cepat sangat kesian bila dengar kisah sedih. Sejarah dah banyak kali membuktikan.
Quote orgsepang 17-6-2021 07:06 AM
Akak susah nak kesian sejak banyak kes tipu cerita sedih. Lagi2 kisah lelaki kutip sampah tu.
Quote sambaldurian 17-6-2021 07:24 AM
artikel nst may 2021- tesco lotuss.
Lotuss Malaysia said Malaysians aged 18 to 50, with a minimum education level of Penilaian Menengah Rendah (PMR) or Penilaian Tingkatan 3 (PT3) and were willing to work shifts, five days a week were welcome to apply.

Lotus's also offers a yearly bonus, insurance, Employee Provident Fund and Social Security Organisation contributions.

"We welcome women to work in the DCs. As of today, over 30 per cent colleagues who operate the machinery and drive the forklift are women. This is particularly significant as before 2020, Lotus's DCs were predominantly managed by men.

"Interested candidates may just walk in for interviews in Lotus's DC or apply viahttps://bit.ly/3eGdmOd," it said.

Quote borrow 17-6-2021 07:24 AM
Betui ka ni? Tp pkp ni mmg ramai terjejas. Ada cleaner gaji basic rm1.2 ja , pastu kena cuti tanpa gaji 5 hari. Dari 1.2k tu , gaji tinggal 1k ja. Klo pendapatan camni mmg susahlah nak ada tabungan. Mana nak korek duit . Yg lain2 mcm sales girl , promoter , buruh tu . Tataulah acaner nasib deyols. But nasib baik jugaklah deyols bakal dpt bantuan rm500 awal july.

Anak kwn my dad jd penghantar barang , vley dpt sampai rm4k termasuk bonus katanya. Tulah pkp ni , org yg terlibat bisness delivery untung plak.
Quote sambaldurian 17-6-2021 07:26 AM
sambaldurian replied at 17-6-2021 07:24 AM
artikel nst may 2021- tesco lotuss.
Lotuss Malaysia said Malaysians aged 18 to 50, with a minimum e ...

nk keje part time try install:
mrspeedy: parttime jobs for couriers in Malaysia
mrspeedy.my
yg ni pun ak x tau efektif ke x, try jela sape2 nk cari part time rider selain fp/grab
Quote Babai 17-6-2021 07:28 AM
borrow replied at 17-6-2021 07:24 AM
Betui ka ni? Tp pkp ni mmg ramai terjejas. Ada cleaner gaji basic rm1.2 ja , pastu kena cuti tanpa g ...

Kawan aku yang kerja syarikat cleaning yang handle ramai2 cleaner kata company dia beroperasi macam biasa.
Quote borrow 17-6-2021 07:31 AM
Babai replied at 17-6-2021 07:28 AM
Kawan aku yang kerja syarikat cleaning yang handle ramai2 cleaner kata company dia beroperasi maca ...

Cleaner tak dipaksa cuti time pkp. Deyols vley ja kerja. Tp klo syarikat suh deyols cuti coz tada bajet nk bayar gaji , terpaksalah cuti tanpa gaji.
Quote sambaldurian 17-6-2021 07:33 AM
sambaldurian replied at 17-6-2021 07:26 AM
nk keje part time try install:
mrspeedy: parttime jobs for couriers in Malaysia
mrspeedy.my

Published on 23 Mar 2021

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) menggesa kerajaan mempertimbangkan pengambilan semula pekerja asing kerana warga tempatan tidak berminat dan tidak kekal bekerja di sektor perladangan, walaupun ditawarkan gaji lumayan

Quote Babai 17-6-2021 07:40 AM
sambaldurian replied at 17-6-2021 07:33 AM
Published on 23 Mar 2021

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) menggesa kerajaan mempertimbang ...

Kalau dah orang tempatan pemalas, ambik je la orang luar.
Quote sambaldurian 17-6-2021 08:26 AM
Babai replied at 17-6-2021 07:40 AM
Kalau dah orang tempatan pemalas, ambik je la orang luar.

tu maksud dh org tempatan nk keje ekon, megah holdings, mana pandang estet / ladang. ak tau x setaraf dgn degree holder bagai. waktu terdesak ko keje je ala2 3D, sekurang2 nya bila ekonomi pulih, ko bangga i have been work start from below. klu company retrench ke ape, sektor yg stabil pertanian. hari2 org mkn.
Quote Tinot7 17-6-2021 08:29 AM
Semoga dimurahkan rezeki..
Mamat nih keje apa?
Quote KIM.K 17-6-2021 08:50 AM
sambaldurian replied at 17-6-2021 08:26 AM
tu maksud dh org tempatan nk keje ekon, megah holdings, mana pandang estet / ladang. ak tau x seta ...

kerja ladang ni pekerja indon tiada tandingannya. kuat. bangla, org tempatan boleh kuis buah lerai je.
Quote sarah82 17-6-2021 08:56 AM
orgsepang replied at 17-6-2021 07:06 AM
Akak susah nak kesian sejak banyak kes tipu cerita sedih. Lagi2 kisah lelaki kutip sampah tu.

Betul.. Byk kali dah terkantoi.  Dari kes pak aq.. Sampai la ke kes lelaki kutip sampai kat melaka.. Byk kes menipu.
Quote sambaldurian 17-6-2021 09:10 AM
KIM.K replied at 17-6-2021 08:50 AM
kerja ladang ni pekerja indon tiada tandingannya. kuat. bangla, org tempatan boleh kuis buah lerai ...

hmm faham2, patut la bola pun pki naturalisasi, hujung2 nan hado mcm main estet je. kemon, kata keturunan megat terawis, hang jebat, puteri lindungan bulan, pemegang keris menikam kalbu. sedih atuk2 felda bilut yg gigih tebas lalang dulu. yela dh biasa senang kn.
Quote wirazam 17-6-2021 09:24 AM
Kat kwsn mana ni kejadian ni berlaku..once dapat tahu, netizen boleh cari sapa adun or MP yg berkaitan..Dan wartawan boleh buat follow up lagi
Quote Simunggu 17-6-2021 09:29 AM
org T20 pun ada yg mati bunuh diri sbb business lingkup & hutang banyak...semua org terkesan pasal C19...harap harap siapa punya angkara C19 dapat pembalasan yg pedih
Quote Friska 17-6-2021 09:31 AM
Miris jadinya

Lihat semua komen(65)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.075880 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top