CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

101 Kematian Akibat Covid-19 Dalam Tempoh 24 Jam Hari Ini

16-6-2021 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2433| Komen: 13

Description: Angka 101 kematian dalam tempoh 24 jam yang dicacat hari ini akibat wabak Covid-19 mencuri tumpuan media yang memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Angka 101 kematian dalam tempoh 24 jam yang dicacat hari ini akibat wabak Covid-19 mencuri tumpuan media yang memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataannya di laman sesawang KKM, jumlah kes baharu Covid-19 hari ini ialah 5,510 dengan Selangor masih berada di tangga negeri tertinggi mencatat jumlah pandemik ini iaitu 1,914.



Kredit foto: Harian Metro

Secara mata kasar, tiada ada penurunan yang dicatatkan berhubung jangkitan Covid-19 hari ini.

Negeri Sembilan mencatat kes jangkitan kedua tertinggi iaitu 607 manakala Sarawak mencatat 570 kes jangkitan.

Ini diikuti oleh Kuala Lumpur (480), Johor (392), Kelantan (230), Kedah (228), Sabah (184), Melaka (152), Labuan (101), Pulau Pinang (99), Perak (66) dan Terengganu (56).

Putrajaya berjaya menurunkan jumlah kes jangkitan Covid-19 kepada single digit iaitu 6 kes sahaja.


Jika semalam Perlis mencatat satu kes, hari ini, ada penambahan kepada 8 kes jangkitan Covid-19.

Jumlah keseluruhan kes yang dicatat ialah 673,026 dan seramai 922 individu menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), 450 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 16-6-2021 05:56 PM
takziah kpd keluarga.

semoga dipermudahkan urusan utk pesakit sembuh
Quote Kitty_catz 16-6-2021 06:42 PM
so kilang2 bila nak katup?

Quote Redorqid 16-6-2021 06:56 PM
Dari mata DG tu tergambar , kesedihan , kepenatan , kelelahan , kekecewaan dan harapan yang entah bila akan muncul..{:childlike
Quote Redorqid 16-6-2021 07:00 PM
[quote]Redorqid: Dari mata DG tu tergambar , kesedihan , kepenatan , kelelahan , kekecewaan dan harapan yang entah bila akan muncul..
Quote tripleid 16-6-2021 07:12 PM
[fbp]https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1935702756608232&id=199843990194126&set=a.199846193527239&source=54&ref=page_internal[/fbp]
Quote noor2 16-6-2021 07:20 PM
Mato covid...mati bunuh diri juga sb tiada kerja...mental depress
Quote zaianim 17-6-2021 09:02 AM
Edited by zaianim at 17-6-2021 09:03 AM
Redorqid replied at 16-6-2021 07:00 PM
[quote]Redorqid: Dari mata DG tu tergambar , kesedihan , kepenatan , kelelahan , kekecewaan dan hara ...

Kannn.. Kesian DG dan frontliner semua tu.. apalah perasaan sebenar diorg bila dulu tu ada yg kata data KKM tipu lah.. hapa lah.. bkn main lagi netizen perli, perlekeh, maki kat fb/insta KKM.. sedih pulak bila baca
Quote rogayahtop 18-6-2021 05:58 AM
kesian yg tak boleh bukak kedai, yang takde gaji sebulan. yg bersesak2 dekat kilang dekat dorm tu pulak boleh bukak. foreigners gaji jalan, rakyat malaysia yg bukan keje gomen yg suffer. mmg bongok si jemin dgn gomen sekali
Quote blastoff 18-6-2021 08:04 AM
yg mati di ICU tak diberi ubat berkesan memang di bunuh ler... so dalam ratusan tu berapa ramai sebenarnya yg di bunuh di ICU ?
Quote xpdckelate 18-6-2021 08:07 AM
ermmm...bila la nak bebas mcm dulu2  
Quote blastoff 18-6-2021 08:18 AM
xpdckelate replied at 18-6-2021 08:07 AM
ermmm...bila la nak bebas mcm dulu2

guna ubat mujarab, boleh bebas lah kerana yg sakit di hindari dari jadi melarat dan dapat kembali hidup normal lalu tak mampu sebarkan virus  , tapi kerajaan bangang di ketuai DG hitler memang nak mampuskan semua rakyat melalui sekatan tak masuk akal setiap sudut hidup manusia , pangai serrupa iblis yg membenci setiap pergerakan manusia
Quote insulin 18-6-2021 08:25 AM
blastoff replied at 18-6-2021 08:18 AM
guna ubat mujarab, boleh bebas lah kerana yg sakit di hindari dari jadi melarat dan dapat kembali  ...

Memang best menfitnah orang lain yang kau tak kenal dan tak pernah berjumpa, kan?
Quote xpdckelate 18-6-2021 08:42 AM
blastoff replied at 18-6-2021 08:18 AM
guna ubat mujarab, boleh bebas lah kerana yg sakit di hindari dari jadi melarat dan dapat kembali  ...

skang ni big pharma nak jual vaksin depa..untung lagi masyuk

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-3-2023 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.089486 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top