CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lambang Persahabatan, Jepun Akan Sumbang Vaksin AstraZeneca

16-6-2021 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3652| Komen: 24

Description: Kerajaan Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di Jepun kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, umum Menteri Luar Motegi Toshimitsu pada Selasa.
Kerajaan Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di Jepun kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, umum Menteri Luar Motegi Toshimitsu pada Selasa.

Menurut Kedutaan Jepun di Malaysia, menteri itu berkata vaksin akan dihantar mulai Julai, jika keadaan mengizinkan, dan akan segera membuat penyelarasan.



Kredit foto: The Japan Times

"Berdasarkan pengumuman Menteri Luar hari ini, Kedutaan Jepun di Malaysia akan terus bekerja sama rapat dengan kerajaan Malaysia untuk menyediakan vaksin kepada rakyat Malaysia.

"Ini bakal menjadi satu lagi lambang persahabatan antara Jepun dan Malaysia," kata kedutaan dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, kerajaan Jepun antara yang menghulurkan bantuan kepada Malaysia untuk menangani pandemik COVID-19 termasuk menyumbang peralatan perubatan bernilai kira-kira US$5 juta pada Januari lalu.


Jepun juga telah menghulurkan bantuan kemanusiaan bernilai kira-kira US$2 juta kepada Malaysia melalui Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR) dan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).

Bagi ASEAN, Jepun telah mengusulkan penubuhan "Pusat ASEAN untuk Kesihatan Awam dan Penyakit Berjangkit" bertujuan melindungi penduduk di rantau ini dan memberikan sokongan kewangan sebanyak US$50 juta melalui Dana Integrasi Jepun-ASEAN (JAIF).


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ^CUN_GILA~. 16-6-2021 01:39 PM
Vaksin tak laku ni?  Baik tak payah.
Quote Orix 16-6-2021 01:41 PM
^CUN_GILA~.: Vaksin tak laku ni?  Baik tak payah.


Tak laku pun ramai la jugak merempan x dpt register haritu
Quote AbukRokok 16-6-2021 01:52 PM
baiknya jepun.. kita 4.4% dorang 5.2%

baik ke takut?
Quote Kurex 16-6-2021 02:27 PM
Ada acara rebut merebut lagi ke lepas ni
Quote Zazama 16-6-2021 02:34 PM
Ada 'hidden strategy' kah?
Quote umbut 16-6-2021 03:04 PM
Dermalah pfizer or moderna
# done memilih vaksin kayangan
Quote ellZack 16-6-2021 03:09 PM
Kurex replied at 16-6-2021 02:27 PM
Ada acara rebut merebut lagi ke lepas ni

Tak dah kot. Lepas batch 2 hari tu, katanya nak bawa masuk semula dalam PICK.
Quote sparkly 16-6-2021 03:22 PM
Arigato big brother
Quote dudaberhias 16-6-2021 03:31 PM
terima kasih kerana bagi kepada kami vaksin yang ramai orang tak nak

hidup yippunn samurai arigato
Quote umm4amr 16-6-2021 03:44 PM
my japanese friend bg tau, org sana tak nak ambik AZ. Ada 60 mill pc unused. yg tu kot yg nak dibagi ke malaysia
Quote lavendernovella 16-6-2021 05:01 PM
umm4amr: my japanese friend bg tau, org sana tak nak ambik AZ. Ada 60 mill pc unused. yg tu kot yg nak dibagi ke malaysia



Why tak nak , sampao 60 million tu fishy pulak.
Quote namr 16-6-2021 05:14 PM
arigato gozaimasu
Quote tumpanglalu74 16-6-2021 05:15 PM
namr replied at 16-6-2021 05:14 PM
arigato gozaimasu

Dozo yuroshikuk..
Quote Artemesiaa 16-6-2021 05:17 PM
umm4amr replied at 16-6-2021 03:44 PM
my japanese friend bg tau, org sana tak nak ambik AZ. Ada 60 mill pc unused. yg tu kot yg nak dibagi ...

Ada benarnya bukan tak nak AZ je tak nak vaksin pun ramai juga
Quote delia3003 16-6-2021 05:23 PM
Bukan Malaysia je, Thailand, Indonesia dan Philippines, antara negara ASEAN yg dapat vaksin covid 19 ni dr Jepun
Quote Tinot7 16-6-2021 05:36 PM
org nak bg, terima jahh dgn hati terbuka
Quote Tinot7 16-6-2021 05:44 PM
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jayakan-vaksinasi-malaysia-hishammuddin-hargai-sumbangan-china-jepun-303457

Jayakan vaksinasi Malaysia: Hishammuddin hargai sumbangan China, JepunAstro Awani
Jun 16, 2021 17:07 MYT


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada China dan Jepun kerana membantu Malaysia dalam proses pemerolehan dan menyumbang vaksin untuk rakyat Malaysia.
Dalam dua kenyataan berbeza, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berterima kasih kepada dua rakan sejawatnya, Wang Yi dari China dan Motegi Toshimitsu dari Jepun.
Katanya, China telah bersetuju menyumbang 500,000 dos SinoVac-CoronaVac, sementara Jepun berhasrat menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di negara itu ke Malaysia.
"Malaysia sangat menghargai sokongan yang tidak ternilai yang diberikan oleh China. Menerusi inisiatif terbaharu ini, Malaysia berharap hubungan yang erat dan mesra akan diperkukuh untuk faedah bersama kedua-dua negara.
"Ini merupakan langkah signifikan melibatkan hubungan Malaysia-Jepun demi faedah kedua-dua negara. Malaysia sangat menghargai sokongan tidak ternilai yang diberi oleh Jepun, kerjasama kukuh bersama sepanjang pandemik ini," katanya dalam kenyataan media.
Jelas Hishammuddin, sumbangan serta inisiatif tersebut akan mempercepatkan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Pada Selasa, kerajaan Jepun mengumumkan akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di negara itu kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.
Menurut Kedutaan Jepun di Malaysia, Toshimitsu memaklumkan vaksin akan dihantar mulai Julai, jika keadaan mengizinkan, dan akan segera membuat penyelarasan.
[twitter]https://twitter.com/MalaysiaMFA/status/1405075483553763328?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1405075483553763328%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-malaysia%2Fjayakan-vaksinasi-malaysia-hishammuddin-hargai-sumbangan-china-jepun-303457[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/MalaysiaMFA/status/1405075681856286725?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1405075681856286725%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-malaysia%2Fjayakan-vaksinasi-malaysia-hishammuddin-hargai-sumbangan-china-jepun-303457[/twitter]














Quote damsel_fiji 16-6-2021 06:26 PM
org sana x mau az ni..x kan nak buang plak, jepun terpaksala sedekah kt negara lain..taiwan pun dia gi sedekah vaksin az ni
Quote stania83 16-6-2021 07:07 PM
apa benda Jepun tak nak pon vaksin oxford AZ ni. AZ ada upgrade version scientist akan tweak utk elak darah beku.

Lihat semua komen(24)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.090998 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top