Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Eyka Farhana Terlepas Peluang Glamour Di Indonesia

16-6-2021 01:08 PM| Komen: 28

Pelakon, Eyka Farhana terpaksa membatalkan pembabitannya dalam drama Pretty Little Liars musim kedua yang dijadualkan memulakan penggambaran pada 25 Jun ini di Indonesia.

Eyka berkata disebabkan Covid-19 dan beberapa kekangan lain, watak Ema yang dipegangnya dalam musim pertama drama itu harus digantikan oleh pelakon lain. 


Foto: IG

"Kalau ikutkan rancangan asal, saya berangkat ke Indonesia pada 1 Jun lalu dan menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum memulakan penggambaran. 

"Namun, disebabkan Covid-19 dan ada drama lakonan saya di Malaysia yang masih tertangguh, saya terpaksa batalkan pembabitan dalam drama itu sekali gus watak saya kena digantikan oleh pelakon lain," katanya kepada Harian Metro. 

Tambahnya, pihak produksi drama bersiri itu  yang diadaptasi daripada drama dengan judul sama dari Amerika, juga sudah mempersiapkan beberapa keperluan. 



"Pihak produksi sudah menyiapkan permit kerja dan visa. Namun, saya juga risau sekiranya ke sana (Indonesia), bagaimana pula saya nak selesaikan penggambaran drama di sini yang bakinya tinggal baki beberapa saja lagi. 

"Lagi pula, drama yang saya lakonkan di tanah air sudah ada tarikh tayangan. Jadi, saya tak mahu timbul pula masalah lain nanti," katanya. 



Eyka juga meluahkan kekecewaannya dan berkongsi mengenai kerugian yang dihadapi. 

"Memang ada rasa kecewa juga, tapi saya fikir positif dan menganggap mungkin ada rezeki lain buat saya," katanya. 

"Kalau bercakap mengenai kerugian, rasanya benda paling rugi adalah saya tak dapat nak teruskan rancangan untuk kembangkan nama saya di Indonesia. 

"Satu lagi, pihak produksi juga terpaksa teruskan penggambaran kerana mereka perlu ikut skrip dari jalan cerita asal. Jadi, mahu atau tidak, mereka terpaksa cari pengganti saya untuk watak Ema itu," katanya. 


Selain Eyka, drama Pretty Little Liars dibintangi Shindy Huang, Anya Geraldine, Valerie Thomas dan Wulan Guritno. 

Terbaru, drama lakonan Eyka iaitu Budak Tebing 2 akan mula bersiaran di TV3 untuk slot Lestary pada 18 Jun ini, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. 


Drama popular arahan Feroz Kader itu turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Aedy Ashraf, Bella Downna, Firdaus Ghufran, Adam Lee dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 28
Komen

Previous : Usaha Elly Mazlein Bantu Golongan Memerlukan Dikecam-"Lantaklah Apa Orang Nak Cakap"-

Next       : Ingatkan Perancis, Nourul Depp Bakal Pindah Ke Negara Jiran

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 18-6-2021 11:43 AM
cantiknya eyka..daring sgt dlm pretty little liars... i like..

Lain-lain Komen

Quote purplelilac 16-6-2021 01:39 PM
Cantik! Xpela duk sini saja Akhyar pun kat sini kan!
Quote cicicumel 16-6-2021 01:53 PM
Cantik tp Sweet qismina lagi popular dr dia.. Eww
Quote Kancilkering 16-6-2021 02:30 PM
halah x best le x dek dia dlm season ke 2 tu…
Quote msamyrazi 16-6-2021 02:34 PM
kan .... i lagi suka tengok eyka nie berlakon dari si sweet tu.
Quote miszclassique 16-6-2021 02:45 PM
msamyrazi replied at 16-6-2021 02:34 PM
kan .... i lagi suka tengok eyka nie berlakon dari si sweet tu.

I speku sweet lagi terkenal sbb jenis easygoing and banyak cakap while eyka ni sejenis kalau kat tempat baru dia diam je dan jawab bila ditanya... Itu i judge dari luaran lah entah ye entah tak
Quote dudaberhias 16-6-2021 02:56 PM
tak pernah tengok pulak pretty little liars versi indo ni.
iols hanya tengok trailer jah... takde la menarik sangat tapi sudah pasti terang lagi bersuluh lagi berkualiti dari drama yang masih gigih nak ambil hero kertu muka berlubang tu jadi hero.
Quote ImpianSeroja 16-6-2021 03:07 PM
Makin cantik adik sorang nie
Quote Noraniza_Iblis 16-6-2021 03:08 PM
dudaberhias replied at 16-6-2021 02:56 PM
tak pernah tengok pulak pretty little liars versi indo ni.
iols hanya tengok trailer jah... takde  ...

tu laa dlm byk2 hero..
hero muke berlubang kertu mengacip tu jgk ygg pengarah ni berkenan..
dh la ckp pun mcm bebong je.. gelii aihh.. trus tuka netflix
Quote dudaberhias 16-6-2021 03:11 PM
Noraniza_Iblis replied at 16-6-2021 03:08 PM
tu laa dlm byk2 hero..
hero muke berlubang kertu mengacip tu jgk ygg pengarah ni berkenan..
dh l ...

itu lahh... haiyooo... tutuppp TV...

lepastu lontar kot tingkap... kambuih belakang rumah bagi mampoih pokok2...

tak pepasal sebab satu pilihan casting yang salah maka terus rosak alam sekitar di bumi hinnie yang sudah sedia nazak...
Quote RumiMenari 16-6-2021 08:06 PM
Dia cantik tp entah la cepat rasa bosan tengok dia bercakap..
Quote makkaucun18 16-6-2021 08:13 PM
Dia ni cannnnntik betul.   Tapi tak ada aura.
Quote she 17-6-2021 06:46 AM
Antara pelakon muka siap mcm Jue Evans

Dah putus dgn Matyad kah
Quote anony-mous 17-6-2021 07:07 AM
Rugi besar. Patut fly awal2 lg. Lepas dkt bali. Bukan senang nk tembus pasaran sana
Quote anony-mous 17-6-2021 07:08 AM
msamyrazi: kan .... i lagi suka tengok eyka nie berlakon dari si sweet tu.


Sweet tu jenis fake gitu mulut manis manja2 . Kalau i mmg xsuka org mcm tu. Tp jenis senang dekat. Eyka ni jenis jujur agaknya jenis kurang ramah . Lawa pon jauh bertiang2 dari sweet tu
Quote mrseller 17-6-2021 09:04 AM
Rugi. Market Indon sgt besar banding market Msia.
Quote kaedahnya 17-6-2021 09:09 AM
mesti dia pikir kalau dia pergi, susah nak masuk malaysia balik. kalau job offer kat indonesia banyak maybe dia consider nak pergi jugak.
Quote makkaucun18 17-6-2021 09:20 AM
anony-mous replied at 17-6-2021 07:07 AM
Rugi besar. Patut fly awal2 lg. Lepas dkt bali. Bukan senang nk tembus pasaran sana

artis sana masuk sini senang je. kita masuk sana punya susah. even artis indon grade biasa pun senang masuk meletop lell.
tapi market sana sgt untung sbb banyak production, filem etc. tengok jelah mcm bcl itu.
Quote krimkraker 17-6-2021 09:41 AM
Cantik die nie....awal2 belakon dlu ingatkan adek fazzy...macam iras2 fazzy di situ.
Quote babycc 17-6-2021 09:59 AM
Syg lah die x de.. suka gak dia ni walaupon nampak cam sombojg2 sket kat luar.. tp ok lah.. x kan tetiba nak sengih2 mcm sweet tu pulak..

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top