CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

“Rakaman Itu Dibuat Ketika Orang Dah Boleh Solat Jemaah,”-Tuju Bersuara

16-6-2021 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5884| Komen: 40

Description: Terlibat sebagai salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNM), penyanyi rap Tuju berkata, dia sedia memberi kerjasama jika diminta untuk memberi keterangan kepada pihak polis berkaitan hal itu.
Terlibat sebagai salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNM), penyanyi rap Tuju berkata, dia sedia memberi kerjasama jika diminta untuk memberi keterangan kepada pihak polis berkaitan hal itu.


Biarpun menerima kecaman netizen, Tuju menjelaskan proses rakaman itu dijalankan kesemua pihak yang terlibat sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan cukup ketat.

Pemilik nama sebenar, Muhammad Azree Shah Awang Zambri, 25, berkata, rakaman program itu berlangsung ketika negara berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada awal tahun ini.


Kredit foto: mStar Online

"Shooting untuk program itu sudah berakhirnya sebenarnya... saya baca orang (netizen) naikkan isu yang orang tak boleh pergi masjid apa semua.


"Tapi rakaman itu sebenarnya memang dibuat ketika orang sudah boleh sembahyang berjemaah pada waktu itu.

"Saya ambil pendekatan berdiam diri sebab memang saya tahu semuanya selamat (sepanjang proses penggambaran dijalankan) dan saya sedia beri kerjasama (jika dipanggil pihak polis)," katanya kepada mStar.



Anggota kumpulan K- Clique ini berkata demikian pada sidang media virtual single terbaharunya berjudul Veto yang diadakan pada Selasa.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, kesemua juri program berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dalam masa terdekat.

ATNM yang dihoskan oleh Sherry Alhadad terpaksa menghentikan sementara tayangannya selepas pihak polis menerima laporan mendakwa program terbabit melanggar SOP PKPP.




ATNM merupakan program realiti nyanyi terbaharu terbitan Astro Ria yang menyaksikan seramai 50 selebriti tempatan menjadi juri rancangan tersebut.

Selain Tuju, barisan juri turut disertai Datuk AC Mizal, Erra Fazira, Siti Nordiana, Noryn Aziz, Aina Abdul dan ramai lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 16-6-2021 10:08 AM
Masalahnya sekor pun x pakai face mask... Solat jemaah kat masjid pun wajib pakai mask spjg masa.
Quote SecretLuv 16-6-2021 10:12 AM
fadz84 replied at 16-6-2021 10:08 AM
Masalahnya sekor pun x pakai face mask... Solat jemaah kat masjid pun wajib pakai mask spjg masa.

Kan.. Boleh pulak tak payah mask
Quote kechikchomel 16-6-2021 10:15 AM
fadz84 replied at 16-6-2021 10:08 AM
Masalahnya sekor pun x pakai face mask... Solat jemaah kat masjid pun wajib pakai mask spjg masa.



at least pakai face shield walaupunnnnn.....
ni langsung togel kan?

anak lelaki dorang tu comel. yg pompuan sebijik muka tuju.
Quote fadz84 16-6-2021 10:17 AM
SecretLuv replied at 16-6-2021 10:12 AM
Kan.. Boleh pulak tak payah mask

So tetaplah langgar SOP kn.. hehe..
Quote fadz84 16-6-2021 10:19 AM
kechikchomel replied at 16-6-2021 10:15 AM
at least pakai face shield walaupunnnnn.....
ni langsung togel kan?
...

Kann.. nk tunjuk muka yg lawa/ensem tu pakai jela face shield.. tp klu ikut sebetulnya dh pakai shield pun ttp kna pakai mask..
Quote slyfynx 16-6-2021 10:22 AM
Org bukan x tau mende ni rakaman.
Org pertikai nape x perlu face mask.
Konon2 ade divider.
Korang dlm ruang tertutup kot.
Quote Ferr_Remy 16-6-2021 10:24 AM
fadz84: Masalahnya sekor pun x pakai face mask... Solat jemaah kat masjid pun wajib pakai mask spjg masa.


Tau xpe. Bongok gak statement die ni. Aje nak cri pasal dgn netizen hahaha.
Quote bulalof 16-6-2021 10:24 AM
lebih baik diam....
Quote rosannazmia 16-6-2021 10:25 AM
25 tahun umur dia ni??? Matured nye dikkk…ni masa akk jadi guru tambahan dkt sek men doploh lebih tahun lps muka dak2 form 6 yg ngorat ahkak sdg2 ni ler sebbaik x tergoda , sbb turn off pakai baju sekolah nak ngorat cikgu baru grad U ,khuenn koserrhhh
Quote nanasno 16-6-2021 10:30 AM
kechikchomel replied at 16-6-2021 10:15 AM
at least pakai face shield walaupunnnnn.....
ni langsung togel kan?
...

anak laki tu bukan ke anak loca tu dgn laki lain .sebelum ni dia penah kawen ke apa tak tau la. tp anak laki tu bkan anak ngn tuju rasanya. pernah dia ckp masa dorang gado2 dulu tuju tu penah gigit anak laki dia sbb tak tahan tengah marah. tup tup ehhhhhhh kawennn plak dorg.
Quote pekanwoohoo 16-6-2021 10:30 AM
rosannazmia replied at 16-6-2021 10:25 AM
25 tahun umur dia ni??? Matured nye dikkk…ni masa akk jadi guru tambahan dkt sek men doploh lebih t ...

Tapi form 6 sekarang tak pakai baju sekolah dah. Mungkin kalau kena ngorat sekarang mesti terlekat jugak
Quote rosannazmia 16-6-2021 10:35 AM
Edited by rosannazmia at 16-6-2021 10:36 AM
pekanwoohoo replied at 16-6-2021 10:30 AM
Tapi form 6 sekarang tak pakai baju sekolah dah. Mungkin kalau kena ngorat sekarang mesti terlekat ...


Ye ke skrg formsix tak pakai uniform??? Laaa akak baru tau… huhuhu… hmmm x mungkin kot kekeke.. akak jadi cikgu smk ms tu mmg baik ngn dak2 form 6 jd kawan plak.. xde rase nak terjatuh ke apa.. depa pon suka ceta ngn akak psl kisah peribadi memasing tp ade satu murid tu (skrg dah arwah dah ) mmg dia jatuh habis kat kawan akk waktu tu yg juga guru praktikal dah mcm novel plak kalau ingatkan kenangan ni …xleh lupa kenangan tu.. sedihh…
Quote kechikchomel 16-6-2021 10:52 AM
nanasno replied at 16-6-2021 10:30 AM
anak laki tu bukan ke anak loca tu dgn laki lain .sebelum ni dia penah kawen ke apa tak tau la. tp ...

ada baca pasal ni. baru ni pun loca ada meroyan kan pasal warganegara anak lelaki dia tu.
dia macam pertikaikan la, kenapa anak dia tu tak dapat taraf WN? sebab ayah budak tu bukan WN? kenapa tak boleh ikut mak dia (loca)? pastu dia citer la, tetiap tahun dia kena renew visa anak dia tu.
lebih kurang camtu la.
Quote mawarkhayalan99 16-6-2021 11:35 AM
just nak cakap lagu dorang bintang sedap. tu je.
Quote TomyamPuteh 16-6-2021 11:46 AM
Ingtkn nama dia Ahmad Tuju bin Tujah
Quote pearl.silver 16-6-2021 11:52 AM
kechikchomel replied at 16-6-2021 10:52 AM
ada baca pasal ni. baru ni pun loca ada meroyan kan pasal warganegara anak lelaki dia tu.
dia mac ...

ya sebab dia beranak kat uk kotjd bila dah cerai dia balik malaysia anak dia bkn wn
pastu meroyan kate govt malaysia feminist
anak xleh ikut wn ibu

eleh masa tgh bahagia tu mesti bangga ye dokk
anak wn uk
sbb tu x fikir apa dah. beranak pun nak kat sana.
Quote AshkieLa 16-6-2021 12:03 PM
PKP.. PKPB.. PKPP...
sejak bila KKM/MKN keluarkan rules dah tak perlu pakai mask bila beramai ramai???

Quote kechikchomel 16-6-2021 12:05 PM
pearl.silver replied at 16-6-2021 11:52 AM
ya sebab dia beranak kat uk kotjd bila dah cerai dia balik malaysia anak dia bkn wn
pastu meroyan ...

Soalan serius : memang tak boleh ikut WN mak la ni? Kalau mak pak Msian, wpun anak lahir obersi, anak2 tu Msian kan? Kalau Pak dia Msian, mak BWN, anak tu Msian? So, nanti anak2 dr amalina tu bukan Msian la eh?
Quote AshkieLa 16-6-2021 12:05 PM
slyfynx replied at 16-6-2021 10:22 AM
Org bukan x tau mende ni rakaman.
Org pertikai nape x perlu face mask.
Konon2 ade divider.

divider acah2...
pastu dok gerak2 cak2 tepi kiri kanan atas divider dengan orang sebelah..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.096279 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top