CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hisap Dadah Sejak Umur 6 Tahun, Pernah Dirogol, Edar Dadah- Akhirnya Jadi Orang Berjaya

16-6-2021 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2516| Komen: 10

Description: Washington: Dia pernah melalui detik hitam sebagai penagih dadah sejak berusia enam tahun, namun ia bukan alasan untuk berjaya di universiti.
Washington: Dia pernah melalui detik hitam sebagai penagih dadah sejak berusia enam tahun, namun ia bukan alasan untuk berjaya di universiti.

Daily Star melaporkan, Ginny Burton, 48, pernah dipenjara tiga kali.


Ketika kecil, ibunya mengajarnya mengambil ganja dan ketika itu, ayahnya ditahan di penjara kerana rompakan bersenjata.

Dia mula menggunakan syabu ketika berusia 12 tahun.

Giny Burton, Foto: Daily Star

Ginny yang kini mempunyai dua anak juga mendedahkan dia merokok sejak usia 14 tahun dan menyuntik heroin pada usia 21 tahun.

Ketika berusia 16 tahun, dia pernah diperkosa oleh pengedar dadah yang membekalkan bahan terlarang itu kepada ibunya.


Beberapa tahun kemudian, Ginny mula merompak pengedar dadah Mexico dengan menggunakan senjata.

"Sayalah orangnya. Saya mempunyai 17 rekod kesalahan.

"Saya bukan orang yang disenangi. Semua orang adalah mangsa dan pemangsa.

"Kamu tidak boleh bertahan. Kamu lebih suka mati daripada hidup. Saya menghabiskan sebahagian besar ketagihan saya dengan berharap seseorang akan 'mengakhiri' hidup saya," katanya.

Dia memutuskan untuk mengubah hidupnya selepas dipenjarakan dan meminta untuk dimasukkan ke dalam program pemulihan dadah.

Ginny akhirnya bebas daripada ketagihan dan kembali menimba ilmu.

Selepas menamatkan kursus perguruan di Seattle sebagai pelajar tertua di kelasnya, dia diterima untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Washington.

Pada tahun 2019, dia dianugerahkan biasiswa dan menyertai pasukan akademik universiti.

Setahun kemudian dinobatkan penerima anugerah biasiswa, Truman Scholar 2020 untuk Washington.

Kini, dia mempunyai kelulusan ijazah dan bidang sains politik, dan berharap dapat bekerja dalam bidang reformasi penjara. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 16-6-2021 09:12 AM
Wow ni memang inspiring person la..
Quote Roan 16-6-2021 09:24 AM
Buat filem Base on true story pun best ni..
Quote isbritneybich 16-6-2021 09:32 AM
congrats (walaupun poli sci )
Quote husna_amal 16-6-2021 09:48 AM
Dah berjaya dalam akademi semoga lepas ni berjaya dalam kehidupan menjadi orang yang bermanfaat.
Quote hyunniesSS501 16-6-2021 09:52 AM
kalau awal2 amik syabu mmg curiga sgt ngan org set2 gini
Quote TOPwind 16-6-2021 10:25 AM
Roan replied at 16-6-2021 09:24 AM
Buat filem Base on true story pun best ni..

ia part yg kena rogol tu kena lama sikit
Quote nononcrux 16-6-2021 10:31 AM
semua org alami kesukaran hidup daripada background family yang teruk.. dia ni orang yang berusaha untuk ubah nasib & akhirnya berjaya. niat tu penting semoga menjadi inspirasi pada semua yang baca.
Quote Aikiko 16-6-2021 02:27 PM
Sangat2 inspired
Speechless
Fokusnya BANGKIT
Quote ImpianSeroja 25-6-2021 12:02 PM
Congrats .....
Quote Olumis 28-7-2021 12:40 PM
Inspiring story

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.069335 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top