CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Usah Le Nglewo Ke Mane-Mane, Duduk Ghomah Diam-diam -Nasihat COVID-19 Dalam Loghat Perak Buat Ramai Terhibur

18-6-2021 03:55 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 1352| Komen: 0|Original author: Oleh: Natrahn

Description: Usah Le Nglewo Ke Mane-Mane, Duduk Ghomah Diam-diam - Nasihat COVID-19 Dalam Loghat Perak Buat Ramai Terhibur
Kredit foto : Google - Gambar Hiasan


Kes COVID-19 kini semakin meningkat dan mudah berjangkit seterusnya menyebabkan kematian yang mendadak di negara kita.

Susulan keadaan yang semakin teruk, Jabatan Penerangan Perak khususnya mengambil inisiatif menyampaikan maklumat mengenai virus maut ini kepada penduduk Kampung Gajah di Perak dengan menggunakan dialek Perak.


"Penyakit ini mudah benar berjangkit, kita tak nampak, jadi duduk lah diam di rumah jangan keluar.
Bahaya penyakit ini kalau terkena tuan-tuan, jaga lah diri kita ya," kata pegawai bertugas  ketika meronda sekitar kampung menerusi pembesar suara kepada penduduk setempat.

Video penyampaian informasi itu menjadi viral di media sosial. Rata-rata warganet terhibur dengan kaedah penyampaian sedemikian yang disifatkan begitu bersahaja tapi padat dengan maklumat mengenai virus itu.

Video itu dimuatnaik di laman Facebook dan mendapat lebih 74,000 tontonan setakat ini.

Apapun semoga cepat virus COVID ini cepat berlalu dan semua rakyat Malaysia dilindungi daripada COVID-19, diberi kekuatan, kecekalan serta kesabaran dalam menghadapi pelbagai dugaan mencabar kala ini. -CARI







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.071456 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top