CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lari Dari Polis, Pemandu Myvi Rempuh Warga Emas Sampai Mati

15-6-2021 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3893| Komen: 23

Description: Polis melepaskan empat das tembakan ke arah sebuah kereta dinaiki seorang lelaki yang melarikan diri dari pemeriksaan dalam kejadian di Jalan Batu Uban 2 di sini hari ini.
Polis melepaskan empat das tembakan ke arah sebuah kereta dinaiki seorang lelaki yang melarikan diri dari pemeriksaan dalam kejadian di Jalan Batu Uban 2 di sini hari ini.

Malah, suspek terbabit yang juga seorang pemotong rumput berusia 46 tahun turut menyebabkan kematian seorang warga emas berusia 61 tahun selepas melanggarnya ketika melarikan diri.



Kredit foto: FMT

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata terdahulu lelaki terbabit yang memandu Perodua Myvi dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika melalui lampu isyarat antara Jalan P Ramlee dan Jalan Perak.

Katanya, dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut yang menaiki kereta peronda polis (MPV) kemudian menahan suspek, namun lelaki terbabit melarikan diri.

"Ketika melalui Jalan Perak berhampiran pasar pagi, kereta dinaiki suspek melanggar seorang lelaki berusia 61 tahun yang sedang melintas jalan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


"Suspek kemudian terus memecut keretanya melalui Jalan Van Praagh," katanya ketika dihubungi hari ini.

Soffian berkata, ketika melalui Jalan Batu Uban 2, suspek diarahkan supaya berhenti namun masih bertindak agresif bagi melarikan diri dan hampir melanggar anggota polis.

Tindakan itu memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar kanan dan satu lagi ke arah hadapan kereta.

"Suspek berjaya ditangkap di lokasi kejadian dan tidak mengalami kecederaan manakala pemeriksaan pada badan suspek menemukan tiga paket dadah jenis heroin dengan anggaran berat 13 gram.

"Suspek dari Kampung Melayu, Ayer Itam itu, mempunyai masing-masing 16 rekod lampau berkait jenayah dan dadah manakala kereta yang digunakan pula didaftarkan atas nama sebuah syarikat kereta sewa yang beralamat Jalan Sungai Tiram, Bayan Lepas," katanya.

Mengenai suspek yang memakai jaket tertera logo pejabat perwakilan sebuah negara jiran, Soffian berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan/186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.


Sumber: BH Online

Bagus
33

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 15-6-2021 04:24 PM
Klu Indon caprut, polis please katok sampai kejung.

Utk keluarga pakcik tu, takziah.  

Quote Buritan 15-6-2021 04:46 PM
Sian pkcik tuu.. mohon pkcik tu jd hantu dan hantui mybi tuu..
Quote Punat_button 15-6-2021 05:10 PM
Kurang 2g boleh cas pengedar kan? Top up lah dgn tepung gandum pun xpe.
Quote any42 15-6-2021 05:22 PM
Eh sialan btul nyawa org xbsalah mlayang sbb nk larikn diri
Quote makneng 15-6-2021 05:31 PM
Takziah utk family pakcik
Quote Artemesiaa 15-6-2021 05:36 PM
Selalunya kes lari kena kejar polis ni mesti takut sebab ada bawak dadah.
Quote jazaa100 15-6-2021 05:39 PM
Se eloknya polis tembak je.....

Tutup kes
Quote jazaa100 15-6-2021 05:39 PM
Se eloknya polis tembak je.....

Tutup kes
Quote CiliPadiSedap 15-6-2021 07:48 PM
bodoh lari dari polis macam bawa 10kg dadah, 13 gm tu sikit je kau telan semua kantoi urin je. tak pasal pasal nyawa arwah melayang
Quote I.K.A888990 15-6-2021 08:30 PM
ya allah manusia zmn skrg
salam takziah utk pak cik tu
Quote Manjahati 15-6-2021 09:36 PM
Takziah kat fmly pakcik tu..x pasal2 org lain mati
Quote mamajawie 15-6-2021 10:45 PM
Aku sokong je polis tembak mati trus..da la jenayah lampau smpai belas2..
Quote Punat_button 15-6-2021 11:05 PM
nazzse replied at 15-6-2021 04:24 PM
Klu Indon caprut, polis please katok sampai kejung.

Utk keluarga pakcik tu, takziah.

nama kat IC tu ada Mohamad



Quote aderaderker 15-6-2021 11:06 PM
Tembak biar mati terus.

Membazir beras je masuk penjara..
Quote sukacactus 15-6-2021 11:25 PM
Dah salah kan, mesti gelabah lebih tu
Tu yg lari even dadahnya xberat mana
Sian pulak kat mangsa yg lintas jalan tu
Quote Jitu 15-6-2021 11:39 PM
takziah

patutnya dia yg mati tp org lain pulak yg jd mangsa
Quote slyfynx 15-6-2021 11:41 PM
Jgn tembak mati....
X syok.
Ikat kt pokok, pastu kelar sikit2
pastu perah air limau...
Pastu baru curah caramel panas kt tgn n kaki
Biar kerengga hurung.
mmg best
Quote kasibiman 16-6-2021 08:29 AM
Sekalung penghargaan kpd pejuang civil liberty.

Sekali lagi kehendak mereka utk tidak menghukum penjenayah tapi diberi didikan Dan asimilasi dlm masarakat memberi hasil.

Quote edayildiz 16-6-2021 09:09 AM
terfikir jer ni kalau dadah yg dorg bwk tu sikit jer..nape dorg xbuang jer ikut tingkap time drive..gitew i dk imagine ada sungai tepi jalan

Lihat semua komen(23)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-3-2023 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.081142 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top