CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Biarawati Seleweng Duit Sekolah Bayar Hutang Judi Kasino

15-6-2021 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1579| Komen: 17

Description: Seorang biarawati di California didakwa kerana menipu lebih dari AS$800,000 (kira-kira RM3.3 juta) dari sebuah sekolah rendah Katolik untuk membayar wang perjudiannya.
Seorang biarawati di California didakwa kerana menipu lebih dari AS$800,000 (kira-kira RM3.3 juta) dari sebuah sekolah rendah Katolik untuk membayar wang perjudiannya.

New York Post melaporkan, Mary Margaret Kreuper, 79, mengaku bersalah ketika pendakwaan kes itu pada Selasa minggu lalu.


Dia didakwa terbabit penipuan dan pengubahan wang daripada sekolah St James Catholic selama 10 tahun, sehingga September 2018.


Kredit foto: All That's Interesting

Dalam satu siaran akhbar dari pejabat peguam di daerah tengah California, Kreuper yang juga pengetua sekolah selama 28 tahun itu bersetuju untuk mengaku bersalah sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan pendakwa raya.

Dia didapati menggunakan kedudukannya untuk menyalurkan AS$835,339 (kira-kira RM3.43 juta) daripada dana sekolah itu untuk membayar perbelanjaan yang 'tidak dipersetujui' termasuk perbelanjaan perjudian besar di kasino dan caj kad kredit.


Pendakwa raya berkata, Kreuper bertanggungjawab mengawasi wang pelajaran, bayaran kepada sekolah dan derma amal.

Dia juga mengendalikan akaun kesatuan kredit sekolah yang digunakannya untuk mengalihkan dana lain ke dalam akaun itu bagi perbelanjaan perjudian terbabit.

Wanita itu juga mengaku memalsukan rekod kewangan sekolah.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 15-6-2021 12:47 PM
Nothing new.. PeDOGGY agama bukan dikalangan org islam saja.. Cuma urban berkerak acah2 cerdik benak saja indenial bahawa peDOGGY agama wujud dalam semua agama.

Depa ni yg bagi nama buruk pada agama. Kat Thai bersepah kes pedofil dikalangan Sami2 Buddha. Siap ada sindiket pelacuran kanak2 lelaki utk sami2 Buddha yg mana ketua sindiket adalah Sami besar.
Quote Artemesiaa 15-6-2021 01:40 PM
Bab duit semua boleh gelap mata walau siapa dia tambah bila dalam keadaan mendesak dan tak fikir panjang
Quote Thunderclouds 15-6-2021 01:50 PM
No surprise. Penunggang agama bukan exclusively utk lebai2 muslim ja. Mcm sami Buddha yg kaka sarah ckp kt atas tuh, paderi2 kristian pn byk kes liwat kanak2 lelaki.
Quote sharlenetexas 15-6-2021 01:51 PM
Hey sister!
Quote meisapoya 15-6-2021 03:21 PM
Just another religion rider.
Quote R2D2 15-6-2021 03:34 PM
tak sangka
penunggang agama jugak
spt biasa
geng2 munafik mana la nk komen
terkedu

Quote Punat_button 16-6-2021 08:37 AM
Sementara itu di tanah air biarawati melayu hanya mampu buat video untuk sebaran dalam WhatsApp saja. Sedeh.
Quote isbritneybich 16-6-2021 09:27 AM
bila konsep agama kau bila buat dosa sekadar jumpa priest, confess, zikir2, settle masuk syurga memang lah no wonder
Quote None68 16-6-2021 03:49 PM
Sejenis penunggang agama jugak
Quote highcastle 16-6-2021 04:05 PM
Tak de pulak kelibat geng2 yang kalau melibat  umat Islam yang tunggang agama mereka lah paling lantang........
Quote Catpaw 16-6-2021 10:43 PM
Tak dapat sambutan terid inih?
Quote Austronesian 16-6-2021 10:53 PM
Cuma liberal berkerak hidung pesek dlm forum ni saja anggap hanya org2 isle suka menunggang agama.
Quote dizekni 16-6-2021 10:54 PM
Kalo kristian banyak dalam porem ni tak minat masuk
Quote Senahcomee 3-9-2021 12:32 AM
dizekni replied at 16-6-2021 10:54 PM
Kalo kristian banyak dalam porem ni tak minat masuk

Ah.. Senyap sunyi kalau kena dgn agama dia.. Cuba Isle pung pang pung pang terutama dari negeri bayu bertiup hembus menghembus..
Quote edayildiz 3-9-2021 12:35 AM
biarawati ni sister la khenzz..
penunggang agama la ni kiranya
Quote edayildiz 3-9-2021 12:36 AM
hmm thread basi rupanya
sapa up citer basi ni

Quote isbritneybich 3-9-2021 11:48 AM
ala2 rise from the grave ke apa benang ni

Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-8-2022 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.101536 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top