CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bayar Secara Ansuran Kepada Pembunuh Upahan Untuk Bunuh Suami

15-6-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1436| Komen: 4

Description: Seorang wanita di Amerika Syarikat didakwa cuba mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya dan menawarkan membayar AS$4,000 (RM16,460) secara ansuran iaitu AS$100 (RM411) seminggu, lapor Newswee ...
Seorang wanita di Amerika Syarikat didakwa cuba mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya dan menawarkan membayar AS$4,000 (RM16,460) secara ansuran iaitu AS$100 (RM411) seminggu, lapor Newsweek. 


Claudia F. Carrion, 44, dituduh melakukan cubaan membunuh apabila mengambil khidmat pembunuh upahan bagi membunuh suaminya.


Gambar hiasan

Maklumat kes tersebut diperoleh daripada kenyataan akhbar yang dikeluarkan pejabat peguam daerah Lehigh, James B.Martin dan Ketua Polis Allentown, Glenn Granitz dan dikongsikan oleh Jabatan Polis Allentown Jumaat lalu.

Kenyataan tersebut menulis, oleh kerana tidak mampu untuk membayar wang AS$4,000 (RM16,460) itu sekali gus, Carrion mendepositkan wang berjumlah AS$100 (RM411) sebagai wang pendahuluan dan akan menjelaskan bakinya kemudian.

“Wanita tersebut yang dikenali sebagai Carrion,  bertemu dengan seorang detektif polis Allentown yang menyamar. Dia memaklumkan mahu suaminya dibunuh kerana tidak tahan didera,” tulis kenyataan itu.


Pihak berkuasa turut mendakwa bahawa Carrion pernah cuba untuk mendapatkan khidmat pembunuh upahan atas tujuan sama sebelum ini.

Carrion yang gagal membayar wang jaminan sebanyak AS$500,000 (RM2.1 juta) dihantar ke penjara daerah Leheigh menjelang perbicaraan kesnya yang dijadualkan berlangsung pada 8 Julai depan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 15-6-2021 04:58 PM
jahat tapi miskin dan penakut
Quote orenmango 15-6-2021 05:12 PM
pembunuh upahan pun tak aman... bila la makcik ni nak habis bayar
Quote JohnyEnglish 15-6-2021 05:13 PM
Lps la pembunuhh tersebut byr myvi bulan2
Quote anony-mous 15-6-2021 05:15 PM
Dia kena dera tu betul ke idok?

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.084354 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top