CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bakal Mentua Nak Kurung Bakal Menantu Semata-Mata Nak Tahu Gaji

15-6-2021 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1818| Komen: 11

Description: Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal pasangan hidup.
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal pasangan hidup.

Bagaimanapun dalam satu kisah yang dikongsi oleh seorang lelaki di laman Reddit, dia mendedahkan 'pengalaman ngeri' yang dialaminya apabila keluarga tunangnya bertindak keterlaluan hanya kerana mahu mengetahui jumlah gajinya.


Ibu bapa kepada tunang lelaki tersebut mengajaknya masuk ke dalam bilik tetamu kerana mahu berbual dengan lebih mendalam.

Gambar Hiasan


Dalam sesi perbualan, mereka mendesak lelaki tersebut untuk mendedahkan gajinya dengan alasan mahu masa depan anak perempuan mereka terjamin, namun lelaki itu menolaknya dengan sopan.

Lelaki itu sebaliknya memberi jaminan untuk menjaga tunangnya dengan baik namun bakal ibu dan bapa mentuanya enggan menerima jawapan tersebut.

Tertekan dengan situasi itu, lelaki berkenaan mahu meninggalkan bilik tetamu namun dia diugut untuk dikurung.

Dia bertegas dan memarahi ibu dan bapa tunangnya kerana bersikap seperti pisau cukur dan terus meninggalkan rumah tersebut.

Tunangnya jelas kecewa kerana lelaki itu memanggil keluarganya pisau cukur dan mendesaknya memohon maaf, namun lelaki tersebut enggan berbuat demikian. -CARI

Sumber: mStar/ India.com
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 15-6-2021 10:01 AM
Nasib baik kat yindia tuhh..kalau kat malaysia, maju berbelas2 page thread nih
Quote mama_neko 15-6-2021 10:35 AM
india rupanya.. hahaha... India, CHina and Indon- berita2 dri tempat ni, mmg pelik2..
Quote TomyamPuteh 15-6-2021 12:46 PM
Tgk gambar hiasan mcm sharnazz je. Ke dia llaki yg kna kurung tu?
Quote Artemesiaa 15-6-2021 01:48 PM
Dah macam dalam pilem
Quote tungkai 15-6-2021 01:52 PM
So kalau gaji banyak boleh la payung family belah pompuan sekali kan..??
Quote stingerchillax 15-6-2021 01:56 PM
Nak ajar golongan ini mudah aja...since they insisted to know gaji kau....kau kasi tunjuk aja on one condition.....malam pertama bila kau menggomol anaknya...they have to witness...whether its worth the effort utk mengahwini anak depa
Quote syaz_lina 15-6-2021 02:14 PM
Nak tanggung tembolok satu keluarga ka..kelly.ng ni anak sendiri tak suruh kerja keras utk kaya, gigih nak menumpang menantu pulak
Quote bulan_gerhana 15-6-2021 04:07 PM
Halah halah... puas iols cari kat mana sebut yindia tu... ropanya.. tanh bwh skali... sumber berita... memula... dah nak meluap dah... skali terus tepuk dahi.. yindia yindia...
Quote cikdot 15-6-2021 04:12 PM
india ni bukan ke perempuan ke yg kena bagi dowry. even kelig aku yg dari bangladesh pun kata dia yg kena bagi dowry (she's muslim btw). selalu perempuan yg kena tekan ni lelaki pulak yg kena lol.

Quote kaedahnya 15-6-2021 06:11 PM
adillah. dah pihak pompuan yang nak bayar dowry, memanglah pihak pompuan kena tau kau tu mampu ke idoookk.
Quote I.K.A888990 15-6-2021 08:52 PM
agak2 ada ke kes ni kat sini. minta2 la xde family yg gila mcm ni

Lihat semua komen(11)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.074274 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top