CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tamat Kontrak, Usop Nak Fokus Bisnes Makan

15-6-2021 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1196| Komen: 0

Description: Tiga tahun bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel, penyanyi Usop mengumumkan sudah pun tamat kontrak dengan syarikat rakaman itu.
Tiga tahun bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel, penyanyi Usop mengumumkan sudah pun tamat kontrak dengan syarikat rakaman itu.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, berkata, banyak kenangan dan pengalaman yang dipelajarinya sepanjang bersama label tersebut.



Foto: IG

"Usop baru tamat kontrak dengan Rocketfuel, setelah tiga tahun, banyak kenangan dengan mereka.

"Rocketfuel banyak bantu usop, kalau bukan sebab mereka saya tak ada dalam industri hari ni, nama saya takkan naik.

"Salah satu sebab keluar dari Rocketfuel sebenarnya nak fokus bisnes keluarga," ujarnya yang mengusahakan kedai makanan Ayam Masala Mama Usop di Kulim, Kedah.


Dalam pada itu, naib juara program Big Stage 2020 ini berkata, biarpun tidak bersama dengan syarikat rakaman ini, dia akan terus dengan kerjayanya sebagai penyanyi.



"Saya masih lagi dalam industri sebab bukan senang nak jadi penyanyi ni.

"Bukan saya taknak sambung kontrak, saya nak tukar syarikat rakaman lain so nak cuba benda baru," ujarnya kepada mStar.

Bagaimanapun, Usop belum sedia mendedahkan syarikat rakaman baharu sehingga semua urusan dokumentasi selesai.

"Usop pindah dan saya akan umumkan dalam intsgramg dalam bulan Julai nanti, lagipun sekarang tengah PKP kan.

"Perjanjian semua dah settle tinggal nak sign je tapi dengan siapa itu rahsia.



Bercerita tentang perkembangan hubungan dengan kekasihnya, Usop merancang untuk bertunang dengan wanita berkenaan pada tahun ini.

"Pasal kahwin pun nanti saya akan umumkan, perancangan buat masa sekarang saya merancang untuk bertunang pada tahun ni dan berkahwin tahun depan.



"Kita akan bagitau nanti, saya hanya merancang tapi Allah menentukan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-5-2022 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.076276 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top