CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Cik B Nak Masuk Sekolah Tahfiz

14-6-2021 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1866| Komen: 11

Description: Penampilannya seperti tomboy dan agak kasar, namun pendatang baharu, Cik B memasang keinginan mengikuti pengajian di sekolah tahfiz wanita.
Penampilannya seperti tomboy dan agak kasar, namun pendatang baharu, Cik B memasang keinginan mengikuti pengajian di sekolah tahfiz wanita.

Nyata, keinginan Cik B yang kini bergelar penyanyi, pelakon dan pelawak tidak mendapat tentangan ibunya yang juga usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.


Foto: IG

Sebaliknya, ibunya menyokong keinginan anak tunggal perempuan kesayangannya itu, asalkan Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, gembira dengan keputusan dibuat.

Selain memasang impian memasuki pusat tahfiz wanita, Cik B juga berhasrat mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan komputer di Amerika Syarikat (AS).

Demi memenuhi kehendak Cik B, Vida berhasrat menghantar anak ketiga daripada empat beradik itu mengikuti pengajian diploma tanpa perlu menunggu sehingga habis persekolahan di Malaysia.




"Jika boleh saya mahu Cik B terus menyambung pengajian di peringkat diploma di AS, jadi tidak perlu pergi ke sekolah. Dia juga ada menyatakan hasrat mengikuti pengajian tahfiz. Jujurnya, saya tidak menyangka Cik B mempunyai keinginan belajar di sekolah tahfiz. Perkara seperti ini kena pupuk untuk mendatangkan minat.

"Buat masa ini, Cik B masih lagi bersekolah di rumah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Banyak juga pelajaran yang tertinggal berikutan kesibukannya dalam dunia seni, tetapi insya-Allah cuba kejar balik. Selepas habis PKP, saya akan suruh Cik B kembali belajar seperti biasa.

"Mengenai pengajian di luar negara, Cik B meminati kejuruteraan komputer kerana berminat bergelar penyanyi rap. Saya merancang menghantarnya terus mengikuti pengajian diploma di AS supaya tidak perlu membazirkan masa. Tetapi, kena tengok juga keadaan semasa," kata Vida yang mahu anaknya tahu menseimbangkan antara dunia dan akhirat.



Sementara itu, Cik B mengakui, kesibukan dengan bidang seni menyebabkan pelajarannya terganggu memandangkan perlu berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur berikutan terbabit dalam program Muzikal Lawak Superstar.

"Tidak dinafikan, pelajaran saya terganggu berikutan perlu berulang alik ke Kuala Lumpur. Namun, saya akan berusaha mengejar kembali setiap pelajaran yang tertinggal," katanya kepada BH Online.



Berkongsi perkembangan terbaharu, Cik B yang pernah dikecam berikutan dikatakan tidak layak bergelar penyanyi rap, namun, sikap serik tiada dalam hatinya. Sebaliknya, tampil dengan single raya berjudul It's Raya Baby berkolaborasi dengan Chubb-E.

Tidak sesekali menjadi kritikan sebagai pematah semangat, Cik B berkata, dia tidak sempat berlatih berikutan terlalu sibuk dengan tanggungjawab dalam program Muzikal Lawak Superstar.

"Saya tak sempat pun berlatih, sebaliknya terus masuk ke studio. Sebelum ini, ramai menyangka saya menggunakan suara Yonnyboii kerana suara kami serak. Jadi, ia membuatkan pendengar keliru.



"Saya berharap single It's Raya Baby diterima. Ini kali pertama saya bekerja dengan Chubb-E. Mulanya, saya agak kekok. Kami pernah bertemu, beberapa tahun lalu. Namun, apabila sudah lama tidak berjumpa, terasa segan.

"Tetapi, saya dan Chubb-E sedaya upaya mengikis rasa kekok untuk memudahkan kerja. Saya cuma berharap single It's Raya Baby yang menerapkan elemen hip hop dan pop ini diterima dengan baik," katanya.

Single It's Raya Baby ciptaan Cat Farish, Tiga Caliber (Unji, Newell & Fablo) dan Chubb-E.



Sementara itu, Cik B turut berkongsi hasratnya untuk menurunkan berat badan. Ia bagi memenuhi permintaan ibunya yang mahu melihatnya menurunkan berat badan demi kesihatan.

"Insya-Allah, saya bertekad menurunkan berat badan selepas Aidilfitri ini. Ia bagi memenuhi permintaan mama yang sudah lama meminta saya kurus. Setakat ini, saya tidak berasa tertekan kerana ia demi kebaikan saya juga," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 14-6-2021 04:57 PM
kalau ya, maknanya dah bersedia utk meninggalkan kenikmatan duniawi.. betulke? tahniah jika ia.
Quote ajinomotonosuga 14-6-2021 06:24 PM
Bosan aku cite beruang ni...

Tadak cite lain kaaaa aaaa
Quote Tinot7 14-6-2021 09:36 PM
Semoga dipermudahkan urusan utk sambung blaja
Quote cmf_ctrl 14-6-2021 11:32 PM
ajinomotonosuga replied at 14-6-2021 06:24 PM
Bosan aku cite beruang ni...

Tadak cite lain kaaaa aaaa

kejam

nama penuh dia kemain..berbelit lidah nak sebut. bagus aje pggl cik b



Quote LostStar 14-6-2021 11:59 PM
Hahahaa..tajuk pon...
Quote johnfugelsang 15-6-2021 12:08 AM
Aduiyai, kat US mana ada program diploma, paling2 kau amik SAT and masuk university.

Pening kejap kata nak masuk tahfiz, kejap kata nak belajar US. Ingat tahfiz ni boleh buat partime ke. Bukan ke benda2 lagha ni sikit banyak boleh hilangkan hafalan
Quote Raline 15-6-2021 12:22 AM
Multiple Posting/ Same Thread

https://bm.cari.com.my/forum.php ... p;highlight=Cik%2BB
Quote wirazam 20-6-2021 01:50 PM
Baguslah cik b
Quote dudaberhias 20-6-2021 01:53 PM
jaga2 dengan anak dara anda di sekolah tahfiz...

kalau akak ada anak di situ akan terus bawak keluar anak akak dari sekolah tu dan hantar ke sekolah urban bangsar bubble internasyenel sekul...
Quote dudaberhias 20-6-2021 01:54 PM
Raline replied at 15-6-2021 12:22 AM
Multiple Posting/ Same Thread

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1255267&highlig ...

wartawan cari yang buka thread ni kaka... nampaknya kena redha jah gamaknya
asalkan buat kerja kata wartawan... janji gaji asyuukkk
Quote annehuda 20-6-2021 01:57 PM
Sekolah tahfiz ni kalau yg betul2 berintegriti la, diorg ada tapisan kemasukan bkn bleh pakai main masuk je. Kene ada basic hafazan jugak, beberapa surah yg org selalu baca utk talkin tu, surah yassin, ayat-ayat lazim. Kalau yg jenis pakai main masuk tu walaupun family ko berduit boleh derma ratus2 ribu, nnt tak boleh nk catch up, tambah tertekan smpi jadi pembuli lg ade lah

Lihat semua komen(11)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-1-2022 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.089783 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top