CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Nampak Baby Bump Ernie Zakri?

14-6-2021 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5353| Komen: 26

Description: Menjawab tentang khabar angin netizen yang mendakwa dirinya kini sedang hamil, penyanyi Ernie Zakri menafikan perkara tersebut menerusi ciapan yang dimuat naik dalam Twitter miliknya.
Menjawab tentang khabar angin netizen yang mendakwa dirinya kini sedang hamil, penyanyi Ernie Zakri menafikan perkara tersebut menerusi ciapan yang dimuat naik dalam Twitter miliknya.


Ciapan tersebut dinyatakan Ernie bagi menjawab desas-desus ditimbulkan netizen apabila ada yang meninggalkan komen mengatakan dirinya kini hamil.


Foto: IG

“Itu bukan ‘baby bump’. Dalam perut tu makanan. Jangan buat saya macam ini. Saya sangat suka makanan sampai lepas kahwin tidak berhenti makan nasi.

“Tapi saya dah berhenti makan nasi sekarang dan kembali kepada gaya hidup sihat,” tulis Ernie.


  

Menerusi ciapan berkenaan juga, pelantun lagu Gundah itu menganggap spekulasi netizen yang mengatakan dirinya kini hamil merupakan doa untuk dirinya.

“Tapi doa-doa anda itu saya aminkan. Doa banyak-banyak tau untuk saya dan mereka yang mahu timang anak,” jelasnya.




Untuk rekod, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, selamat mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Syamel pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Pasangan itu mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017. Ketika itu Syamel dan Ernie menjadi pasangan duet dan muncul juara dalam program realiti terbabit. -CARI

Sumber: Kosmo Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 14-6-2021 05:08 PM
iols lepas kawen  pindah tpt keje p keje nek train
makan byk perut buncit
one day, iols berdiri dlm train ada org offer iols seat sambil tunjuk perut
Quote I.K.A888990 14-6-2021 05:36 PM
comel kadang tgk couole ni. so sweet
Quote gekkou 14-6-2021 05:40 PM
anggap la itu doa
bagus ernie, x cepat melatah
tak seperti artis US nan satu

Quote Nana_Man 14-6-2021 05:44 PM
gekkou replied at 14-6-2021 05:40 PM
anggap la itu doa
bagus ernie, x cepat melatah
tak seperti artis US nan satu

Sapa US???
Quote ashilalat 14-6-2021 06:49 PM
gekkou replied at 14-6-2021 05:40 PM
anggap la itu doa
bagus ernie, x cepat melatah
tak seperti artis US nan satu

Yunnam haircare ke?
Quote irsa 14-6-2021 07:59 PM
Comel je bunyi jawapan ernie
Quote apedehal 14-6-2021 08:13 PM
gekkou replied at 14-6-2021 05:40 PM
anggap la itu doa
bagus ernie, x cepat melatah
tak seperti artis US nan satu

Beza la retis antarabangsa ye idok..sejak ke us memanjang je sentap
Quote Suchi 14-6-2021 08:26 PM
Mana gambar benjolan di perut tu.

Ramai pompuan kurus tp peyut boncit heheh teringat kawan serumah dulu mati2 la iols ingat dia pregnant.
Masa tu dah nak sangka yg bukan2 dah sbb dia lum kawen. Org nya kurus dan tinggi bila kat umah dia pakai suar pendek ketat tu perut dia nampak buncit mcm org ngandung 5-6 bulan.
Sekali sampai setahun duk gitu jaa perutnya biasa perut mak2 dah beranak ja lower back tu buncit.
Quote Perk77 14-6-2021 08:31 PM
Erni ni Dr Hari kawen sampai sekarang nampak seri ..
Quote biozipstar 14-6-2021 09:38 PM
kalau baby bump moga semuanya selamat...dimudahkan.
Quote babycc 14-6-2021 09:43 PM
Kesian jd pompuan.. asal buncit sket.. amek gambar lak tgn kat perut.. mesti kena speku pregnant..
Quote gideoncross 15-6-2021 01:09 AM
Dh khwin mstilh branak, dh nmanya Halal, so go on je lh.
Quote MoonRise 15-6-2021 09:45 AM
netizen ni gigih la duk scan perut orang.

Quote LipasComel 15-6-2021 10:49 AM
Kesian org dah kawin. tak boleh nak melantak. buncit sikit terus memasing menggelupur tnya dah preggy ke.
Quote LipasComel 15-6-2021 10:52 AM
Suchi replied at 14-6-2021 08:26 PM
Mana gambar benjolan di perut tu.

Ramai pompuan kurus tp peyut boncit heheh teringat kawan seruma ...

sis, iols ada kwn mcm ni. nasib baik iols bukan kaki bawang sebar2 cerita dekat kawan lain nape perut dia mcm org preggy. Sekali iols dpt tau dia rupanya ada ketumbuhan dekat rahim.
Quote anony-mous 15-6-2021 11:17 AM
Bila bab baby bump ni i jd kesian dgn retis. Kasi la depa preggy dgn aman. Unless nmpk sure preggy baru lah tnya. Setakat baby bump tu xpyh tanya kalau tuan bdn x reveal apa2
Quote Suchi 15-6-2021 11:36 AM
LipasComel replied at 15-6-2021 10:52 AM
sis, iols ada kwn mcm ni. nasib baik iols bukan kaki bawang sebar2 cerita dekat kawan lain nape pe ...

Haah ada ketumbuhan pun nampak cam ngandung gak dahla period pun problem.
Org pompuan mmg mudah tang perut tu nampak buncit, kalau tak lemak ia nya penyakit2 lain berkaitan wanita.
Tak semestinya ngandung je.
Ni kang asal org bgtau masuk sepital semua sangka ngandung ke? Haih macam tu je sakit org pompuan.
Quote TomyamPuteh 15-6-2021 12:57 PM
Suka btul aku dgn couple comel ni.
Quote johnfugelsang 15-6-2021 01:18 PM
Bagus PR and statement mcm ni, walaupun mungkin as artist, mesti rasa, “eh org ingat aku gemuk ke”

Tapi tula harga nak jadi artis, setiap moment akan dinilai, tapi ok la, nilai nilai pun income langkaui t20 apa..

Anyway, lepas baby bump org tanya, “eh pantang2 pun pakai pants, dah keluar rumah, dsb…” so bagus pendekatan yang chill dan minta doa.

You go girl. Ada lagi netz comment camni, aku suggest kau record high pitch kau baca “nikmat Tuhan mana kau dustakan” bagi tazkirah sikit.

Lihat semua komen(26)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-1-2022 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.133201 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top