CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bagi Kompaun Pada Peniaga, Tapi Penguatkuasa Sendiri Tak Pakai Pelitup Muka

14-6-2021 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1687| Komen: 15

Description: Pasir Mas: Seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pasir Mas akan dikenakan tindakan oleh polis susulan gambar individu berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika mengenakan kompaun te ...
Pasir Mas: Seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pasir Mas akan dikenakan tindakan oleh polis susulan gambar individu berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika mengenakan kompaun terhadap peniaga di Rantau Panjang yang tular sejak semalam.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki berkenaan akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Katanya, hasil siasatan pihaknya mendapati lelaki berusia 39 tahun itu bertugas sebagai penguat kuasa PBT di Pasir Mas.

Beliau berkata, polis sedang mengesan kakitangan PBT itu untuk dikenakan tindakan dengan kadar segera, susulan laporan polis dibuat.


Foto: Harian Metro


"Gambar penguat kuasa itu tular ketika dia mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan yang menjalankan perniagaan di lokasi tidak dibenarkan iaitu berdekatan Masjid Beijing, Rantau Panjang.

"Gambar yang tular menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana penguat kuasa berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika menjalankan tugas.

"Susulan itu, satu laporan polis dibuat bertujuan menjalankan risikan dan siasatan berkaitan gambar yang tular dan mengambil tindakan sewajarnya kepada penguat kuasa terbabit," katanya.

Terdahulu, tular sejak semalam penguat kuasa berkenaan yang mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan dan pada masa sama dia tidak memakai pelitup muka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
4

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Drmu

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Drmu 14-6-2021 02:36 PM
Pulak dah.. zalim nye jika begitu.  {:yameteh
Quote Skuau 14-6-2021 02:47 PM
"boleh citer"?-
Quote orion_pax 14-6-2021 03:14 PM
abang penguatkuasa ni dah boleh berkira kira buat karangan surat tunjuk sebab..
Quote Artemesiaa 14-6-2021 03:18 PM
Biar gambar berbicara
Quote Orix 14-6-2021 03:19 PM
hahahahahahaha......... tak hagak2
Quote c===8 14-6-2021 03:51 PM
lain kali amik yg ada pendidikan tinggi sikit utk kerja2 penguatkuasaan ni
kena minima ada diploma
Quote nononcrux 14-6-2021 04:04 PM
geram saman org sendri pon tak btl.. mcm nak siku rase
Quote nishikido 14-6-2021 04:10 PM
Leher mana leher???
Quote Cassieopeia 14-6-2021 05:27 PM
Saman dia plak 2x ganda..
Quote sarahmirza 14-6-2021 05:36 PM
Kat twitter habis kena body shaming mamat ni...
Mask ada tu kt celah leher...tak perasan.
Quote hatikudus 14-6-2021 05:39 PM
Bila mak ketam ajar anak jalan tegak lurus  tapi ni bapak ketam gundu
Quote gekkou 14-6-2021 05:43 PM
kesian lah peniaga tu
dah la musim lockdown ni
pendapatan pun tak seberapa
pelancong pun tiada kat rantau panjang sinun
Quote Megikari 15-6-2021 12:19 PM
Dia sumbat tampon kat lubang hidung tu. Lagi selamat dari pakai mask. Korang apa tau
Quote wirazam 15-6-2021 12:21 PM
Viralkan...biar polis ambik tindakan kat penguatkuasa nih...geram aku
Quote batmana 15-6-2021 12:27 PM
c===8 replied at 14-6-2021 03:51 PM
lain kali amik yg ada pendidikan tinggi sikit utk kerja2 penguatkuasaan ni
kena minima ada diploma

manala ingin budak2 diploma nk apply keje cmni.


Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.243207 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top