CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

“Dia Selalu Cakap Fasal Tuhan, Something Is Wrong,”- Janna Nick Terima Mesej Pelik

14-6-2021 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3492| Komen: 13

Description: Pelakon Janna Nick tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan penghantar makanan memukul seorang pelanggan menerusi sebuah video yang tular di media sosial pada Jumaat.
Pelakon Janna Nick tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan penghantar makanan memukul seorang pelanggan menerusi sebuah video yang tular di media sosial pada Jumaat.

Menurut Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, walaupun dia tidak mengetahui kisah sebenar yang berlaku di sebalik perkara tersebut, dia percaya keganasan bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.


Foto: IG

"Saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi, cuma saya tidak bersetuju guna keganasan untuk mengajar orang.

"Setiap masalah itu tidak boleh diselesaikan dengan keganasan... kalau tidak puas hati ke apa, serahkan sahaja kepada pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi mStar.


Menerusi video yang tersebar itu, kekecohan dipercayai tercetus selepas pelanggan tersebut dipercayai mempermainkan kalimah Allah sehingga menimbulkan kemarahan rider yang menghantar pesanan makanannya.


Lelaki tersebut menggunakan nama akaun di aplikasi pesanan makanan yang menyentuh sensitiviti agama.

Menerusi video itu, beberapa rider dilihat memukul lelaki tersebut di sekitar kawasan kejiranannya.

Susulan kejadian tersebut, polis Daerah Petaling Jaya pada Jumaat lalu telah menahan lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.



Bercerita lebih lanjut, Janna berkata dia menyedari nama lelaki yang dibelasah sekumpulan rider itu sering kali menghantar mesej peribadi (DM) terhadapnya di Instagram.

Dia juga mengesyaki individu berkenaan mungkin mengalami masalah mental sehingga bertindak di luar fikiran manusia normal.

"Selepas saya tengok nama lelaki tu, saya baharu perasan dia ini yang selalu DM saya perkara-perkara yang pelik... dia selalu cakap fasal Tuhan.

"Saya senang nak ingat nama dia sebab saya rasa apa yang dia tulis itu di luar normalisasi manusia... saya rasa something is wrong (dengan lelaki tersebut).

"Saya cuma gunakan platform saya untuk tak nak orang salahkan dia... sebab ia bukan tanggungjawab manusia untuk menghukum dia. Bukan semua orang kita nampak macam normal, tapi kita tak tahu keadaan mental dia macam mana. Saya cakap ini secara umum sebab siapa kita nak judge dia," katanya.



Janna turut berkongsi tangkap layar (screenshot) DM daripada lelaki dikenali sebagai Ardilas.

Nama berkenaan dipercayai sama dengan individu yang menjadi mangsa pukul kumpulan rider pada Jumaat. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 14-6-2021 02:22 PM
Takpo la mek jena..ramai sapot dia sebab gila katanya..
Quote Rogue98 14-6-2021 02:24 PM
Elehhhhh...kau buli Fattah dulu boleh ek...
Quote KIM.K 14-6-2021 02:26 PM
Yang cakap pasal tuhan secara extreme ni biasa skizofrenia. Cerita ttg virginity melampau, mother mary, fairies
Quote slyfynx 14-6-2021 02:33 PM
Eh Janna, shushhhhhhh.
Nnt kalau kene tegur ko claim cyber bully.
Pastu mengadu ade mental health problem.
Please weh, jgn burukkan tanggapan masyarakat terhadap mental health ni.
Last2 orang igt semua yang ade mental health tu ngade2 je.
Quote eLiaD 14-6-2021 02:41 PM
she didnt pass the vibe check
RiP
Quote uori 14-6-2021 03:15 PM
hanya oku memahami oku

{:smile
Quote Perawankota 14-6-2021 11:18 PM
OK janna noted
Quote dudaberhias 14-6-2021 11:21 PM
Tengok ig dia pun dah tahu weng. Macam iqram tu la siap tulis Allah dekat dahi. Rasanya dia ambil dadah ke? Sebab memang kurus kering semacam dan ada tanda ambil dadah.
Quote kukukatablog 14-6-2021 11:22 PM
dlu pernah aku jumpa satu blog.
dia obses gila dengan Fasha Sandha,
dia feeling raja kerajaan rekaan dia,
pastu di letak Fasha Sandha as queen dia...
pastu dia letak puteri2 dia dengan gambo2 retis lain
Quote fadz84 15-6-2021 08:50 PM
kukukatablog replied at 14-6-2021 11:22 PM
dlu pernah aku jumpa satu blog.
dia obses gila dengan Fasha Sandha,
dia feeling raja kerajaan reka ...

takutnya org cmni... Mmg ada masalah mental..
Quote MissYouSayang 15-6-2021 08:52 PM
Serius aku tak faham dgn netizen bodoh ni.dengan budak lembam pun derang nak bergaduh. Aku ingat lagi kes anak zarina z. yg buat hal  pasal apa tah aku x igt dgn retis2 sampai mak si azal tampil hadapan mitak maaf ..ahgitchew
Quote tipahbogs 23-7-2021 10:25 PM
fadz84 replied at 15-6-2021 08:50 PM
takutnya org cmni... Mmg ada masalah mental..

Confirm mental rabak
Quote Daftpunk_shine 30-8-2021 09:18 PM
kukukatablog replied at 14-6-2021 11:22 PM
dlu pernah aku jumpa satu blog.
dia obses gila dengan Fasha Sandha,
dia feeling raja kerajaan reka ...

Hahaha blog sapa wei..lawaknya aku membayangkan

Lihat semua komen(13)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.084190 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top