CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Syafiq Farhain Boleh Berlari Dan Memanjat, Tak Alami Simptom ‘Long Covid’

14-6-2021 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1431| Komen: 9

Description: Selepas empat bulan disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19, penyanyi Syafiq Farhain berkata dia tidak mengalami sebarang komplikasi atau masalah dalaman pasca jangkitan virus tersebut.
Selepas empat bulan disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19, penyanyi Syafiq Farhain berkata dia tidak mengalami sebarang komplikasi atau masalah dalaman pasca jangkitan virus tersebut.


Menurut Syafiq atau nama sebenar Nursyafiq Farhain A.M Salim, 27, dia boleh melakukan semua aktiviti harian dan tidak berdepan sebarang simptom Covid-19 berpanjangan atau long Covid sejak disahkan bebas hujung Februari lalu.

Kredit foto: IG


"Alhamdulillah buat masa ini saya tak ada berdepan sebarang masalah dalaman akibat Covid-19... selalu dengar orang kata akan ada gejala mudah sesak nafas dan lemah badan, tapi syukur saya tak alami simptom itu.

"Sekarang ini semua aktiviti saya boleh buat, tak ada masalah... nak berlari ke, memanjat ke... okay sahaja! Semasa saya positif Covid-19 dulu pun saya tak berdepan sebarang simptom, hanya hilang deria rasa dan bau sahaja.


"Mungkin sebab sebelum ini saya aktif berjoging, main bola dan pergi gim... dalam seminggu ada la empat hari berpeluh, mungkin itu faktor membantu menguatkan antibodi!" katanya kepada mStar.



Pada 11 Februari lalu, Syafiq berkongsi berita sedih memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan.

Penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini membuat ujian calitan itu apabila mula berasa tidak sedap badan.

Dia menjalani kuarantin kendiri di rumah selama dua minggu sehingga disahkan bebas daripada jangkitan virus tersebut.



Bercakap mengenai karier nyanyian, anggota bomba yang bertugas di Putrajaya ini berkata, dia teruja dan tidak sabar menanti pelancaran lagu terbaharunya berjudul Kau Bidadari.

Meskipun negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Syafiq berkata ia sama sekali tidak akan menganggu rangka promosi lagu berkenaan.


"InsyaAllah minggu depan Kau Bidadari akan dilancarkan di semua platform digital... sepatutnya lagu ini keluar sejak awal tahun lalu tapi sebabkan Covid-19 banyak benda tertangguh!

"Akhirnya semua dah siap dan kita akan terus lancar dan promo lagi ini... sejujurnya memang ada sedikit kesulitan nak promo lagu dalam situasi pandemik ini tapi kita cuba la memaksimakan penggunaan media sosial sebagai ruang promosi.



"Saya harap peminat berpuas hati dengan buah tangan baharu ini dan memberikan sokongan penuh kepada lagu ini ya," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 14-6-2021 02:29 PM
First time tgk ibunya..wife Salem dulu
Quote slyfynx 14-6-2021 02:35 PM
Oh, udah start tunjuk body
Quote fadz84 14-6-2021 06:54 PM
ImpianSeroja replied at 14-6-2021 02:29 PM
First time tgk ibunya..wife Salem dulu

Ikut muka mak dia rupanya.. samalah first time juga tgk..
Quote fadz84 14-6-2021 06:56 PM
Pernah nmpk dia ni kat mamak area Putrajaya.. elok & semerbak wangi..
Quote ImpianSeroja 14-6-2021 07:42 PM
fadz84 replied at 14-6-2021 06:54 PM
Ikut muka mak dia rupanya.. samalah first time juga tgk..

Betul mcm muka emak
Quote supermum 14-6-2021 10:09 PM
Suka suara dia ni. Sengau-sengau lemak gitu ahahaha
Quote hyie 14-6-2021 10:11 PM
fadz84 replied at 14-6-2021 06:56 PM
Pernah nmpk dia ni kat mamak area Putrajaya.. elok & semerbak wangi..

so sister sempat pecah ovari tak masa tu?
Quote sleepandream 14-6-2021 11:44 PM
dah tayang body chuols....
mana @Kurex
Quote 7doors 14-6-2021 11:52 PM
slyfynx replied at 14-6-2021 02:35 PM
Oh, udah start tunjuk body

Hahaha..ok la up sikit..

Lihat semua komen(9)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.677013 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top