CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki 'Terbang', Gayut Di Helikopter Guna Pita Pelekat

14-6-2021 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1485| Komen: 20

Description: Moscow: Seorang juruterbang helikopter di Rusia digantung lesen penerbangan selepas menerbangkan lelaki yang hanya digantung menggunakan pita pelekat.
Moscow: Seorang juruterbang helikopter di Rusia digantung lesen penerbangan selepas menerbangkan lelaki yang hanya digantung menggunakan pita pelekat.

Lagak ngeri itu dirakam Mikhail Litvin, 21, seorang selebriti media sosial terkenal di negara berkenaan dengan 20 juta pengikut.

Dalam rakaman itu, rakannya Zheka Namitov, 25, digantung pada bahagian bawah helikopter berkenaan.

Foto: Harian Metro

Walaupun kelihatan stabil namun tubuh lelaki itu digantung menggunakan pita pelekat semata-mata.

Metro.co.uk melaporkan pelakon lagak ngeri itu bagaimanapun mendarat dengan selamat.

"Teruskan...hidup hanya sekali dan detik ini akan dikenang selamanya," jerit Litvin.


Namun, juruterbang Alexander Nazarov, 31, kini berdepan dengan tindakan undang-undang.

Bekas juruterbang tentera Rusia itu kini disiasat Jawatankuasa Siasatan Rusia dan lesen penerbangannya digantung.

Dalam kenyataan, juruterbang bertindak mengikut arahan blogger itu dengan membenarkan peserta dalam video itu digantung pada fius helikopter menggunakan pita pelekat.

Helikopter itu diterbangkan dengan tidak mematuhi syarat keselamatan serta meletakkan nyawa dan keselamatan dalam bahaya.

Namitov bagaimanapun mendakwa aksi itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 14-6-2021 01:30 PM
berita macam ni biasanya dari tanah besar leluhur namun kali ini dari negara jirannya pula ermmm
Quote slyfynx 14-6-2021 01:43 PM
Dalam kenyataan, juruterbang bertindak mengikut arahan blogger itu dengan membenarkan peserta dalam video itu digantung pada fius helikopter menggunakan pita pelekat.


Chop, fuselage dalam BM mmg fius je ke?
Ke dimelayukan jadi fiuslaj?
Quote darkness 14-6-2021 01:50 PM
Bodohnya..pdn muka digantung lesen
Quote airfilterkotor 14-6-2021 02:31 PM
'seorang selebriti media sosial terkenal'


Kat mesia kita panggei 'influencer bodo lapar likes'.
Ramai pulak tu.
Quote user.name 14-6-2021 10:14 PM
Quote user.name 14-6-2021 10:15 PM
Quote user.name 14-6-2021 10:16 PM
Quote user.name 14-6-2021 10:17 PM
Quote user.name 14-6-2021 10:17 PM
Quote user.name 14-6-2021 10:19 PM
[youtube]fYFZX5QAESM[/youtube]
Quote user.name 14-6-2021 10:22 PM
ropanya sebelum ni pon pernah bergayut kat luar helikopter?

[youtube]CH-dtYYvj5A[/youtube]
Quote user.name 14-6-2021 10:29 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CF1ks0EhDGU/[/ig]
Quote user.name 14-6-2021 10:30 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/B6-VnKPh8Xq/[/ig]
Quote user.name 14-6-2021 10:31 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/B4h9LqAhoph/[/ig]
Quote user.name 14-6-2021 10:33 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BporZhUHHwT/[/ig]
Quote user.name 14-6-2021 10:34 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/Bi_rHwIlXJd/[/ig]
Quote user.name 14-6-2021 10:36 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BhHAdueF97j/[/ig]
Quote user.name 14-6-2021 10:38 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BhEhrHklA0e/[/ig]
Quote user.name 14-6-2021 10:40 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/Bepzj4XjMA5/[/ig]

Lihat semua komen(20)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.148913 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top