CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Hairul Azreen Kongsi Cara Buat Badan - "Saya Pun Tak Lalui Fasa Yang Mudah”

14-6-2021 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2915| Komen: 20

Description: Pelakon Hairul Azreen memulakan kariernya dalam bidang seni sebagai seorang stuntman atau pelakon lagak aksi.
Pelakon Hairul Azreen memulakan kariernya dalam bidang seni sebagai seorang stuntman atau pelakon lagak aksi. 

Namanya mula diangkat selepas membintangi filem Paskal yang merupakan filem pecah panggung. 




Menerusi filem itu juga, Hairul bukan sahaja dipuji dari segi lakonannya yang memang mantap tetapi dia juga menerima pujian berikutan tubuhnya yang sado.

Perjalanan membina badan bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi nak mengekalkan bentuk badan, ianya ternyata lebih sukar. 

Oleh kerana terlalu ramai yang bertanya kepadanya tentang cara membuat badan untuk filem, Hairul menjawab pertanyaan tersebut dengan berkongsikan persiapan untuk filem terbarunya “The Assistant” melalui Instagram story.

Hairul memulakan coretannya dengan berkata bahawa dia tidaklah sepandai mana tetapi dia hanya ingin berkongsi perjalanan kehidupannya serta apa yang dia lakukan sebagai rutin. Menurut Hairul dia memulakan harinya pada pukul 6 pagi setiap hari dengan latihan yang terbahagi kepada beberapa bahagian.





Menurut Hairul, untuk filem The Assistant, dia mengambil seorang guru lakonan bagi mengasah teknik lakonannya. 




Fuh, nampak memenatkan dan ekstrem betul latihan yang dilakukan oleh Hairul ni. Menerusi perkongsiannya, Hairul berkata bahawa dia pernah buat badan jadi gemuk untuk filem “Pasal Kau” dan dia juga pernah mencapai peratus lemak badan sebanyak 3.5% di dalam filem “Wira”.

Menurut Hairul perjalanannya membina badan bukanlah suatu perjalanan yang mudah namun kata Hairul jika kita kerap memberi pelbagai alasan, kita tidak akan dapat mencapai apa yang kita mahukan.



“Saya pun tak melalui fasa yang mudah. The best never rest," katanya.


Kredit foto: IG Hairul

Memang hebat Hairul ni. Sorang pelakon yang sangat berdedikasi dan selalu berikan yang terbaik dalam karyanya.


Sumber: KoolFM
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 14-6-2021 11:15 AM
X sape tanya pun....
And x abis2 dok guna la nama filem paskal tu.
Quote Zack8hunter 14-6-2021 11:49 AM
even dia ni annoying, tapi xleh nafi lah badan dia mmg fit helok je. bukan bagak sado mcm peti besi. so bagi la kredit skit..haha
Quote taji2906 14-6-2021 11:56 AM
badan dia mmg ripped abis la. yg tu puji. tp bab lakonan, erkkkk..
hebat rutin dia hari2 buat mcmni. aku paling berat pun, pagi kayuh 50km lebih, mlm legday. nak mampos rasa. tp hasil dia mmg wow la.
Quote isbritneybich 14-6-2021 12:00 PM
natural ke ada 'bantuan'?
Quote lovelytouch 14-6-2021 12:02 PM
Occayy.. lepas tu??
Quote Kurex 14-6-2021 12:53 PM
Takde ke video leak kek rul ni
Quote Kurex 14-6-2021 12:54 PM
Btw, semoga dapat terjatuh ada perut kek rul sambil kek rul alihkan ke bahagian dada....
Quote ezacbee 14-6-2021 01:02 PM
Nak badan fit cam dia..
Quote bakingsoda 14-6-2021 01:27 PM
dia ni walaupon lembam2 gitu tapi gigih ye capai ape yg dia nak. dapat kawin dgn crush dia, pulun training buat badan utk filem aksi. cuma aku nak tanya tak bahaya ke tembamkan dan kuruskan badan mendadak cmtu?
Quote cikgojesss 14-6-2021 01:32 PM
budak noob lembam bodo kat sekolah.. suara nobita kepit pelat euwww geli
Quote cikgojesss 14-6-2021 01:34 PM
budak noob lembam bodo kat sekolah yang membosankan.. kalau ajak bersembang tak sampai seminit terus terkantoi akal lembam
Quote dejure 14-6-2021 01:57 PM
Kau muda lagi boleh la lagi nak buat badan..tunggu kau dh 40an nnt..tgk lah badan kau mcm mana
Quote MoonRise 14-6-2021 02:13 PM
bakingsoda replied at 14-6-2021 01:27 PM
dia ni walaupon lembam2 gitu tapi gigih ye capai ape yg dia nak. dapat kawin dgn crush dia, pulun tr ...

Setuju jgk.

Walaupon ramai duk kecam, tapi dia gigih buat apa dia nak.
Boleh la tampung anak bini, daripada jd biawak.




Quote ImpianSeroja 14-6-2021 02:21 PM
Ok la gitu..kena usaha kan nk dapatkan sesuatu
Quote AbukRokok 14-6-2021 02:23 PM
ada duit semua boleh
xde duit supplement pun xmampu apatah lg nk bayar trainer bayar gym
Quote tipah89 14-6-2021 02:27 PM
lantak la ko kekrul, yg penting aku xminat sbb katik
Quote samshik 14-6-2021 06:28 PM
Jujurnya buat badan xmampu membuatkn otak chu olls lebih cerdik... Sekian
Quote littlemissyou 14-6-2021 09:02 PM
X abis2 the best never rest dia. Claim diri sendiri the best. Xleh blah dia boleh nak sama kan dia dgn Keanu Reeve john wick tu. Lambertttt lagi
Quote azimodin 14-6-2021 10:57 PM
Ini baru OG action hero, xpayah buat2 badan tetap unggul. #thebestneverrest[youtube]W7OYJS4FmQ8[/youtube]

[youtube]KoghLMvE0_U[/youtube]

Lihat semua komen(20)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.087556 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top