CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Minta Bayaran Tak Masuk Akal, Kareena Kapoor Diboikot

14-6-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1917| Komen: 6

Description: Tanda pagar #BoycottKareenaKapoorKhan menjadi sohor kini dalam kalangan pengguna media sosial di India sebagai menunjukkan protes terhadap pelakon, Kareena Kapoor Khan selepas dia meminta bayaran tida ...
Tanda pagar #BoycottKareenaKapoorKhan menjadi sohor kini dalam kalangan pengguna media sosial di India sebagai menunjukkan protes terhadap pelakon, Kareena Kapoor Khan selepas dia meminta bayaran tidak masuk akal untuk satu watak dalam filem.


Media antarabangsa melaporkan Kareena baru-baru ini ditawarkan untuk membawa watak sebagai Sita dalam filem Alaukik Desai's Sita: The Incarnation, karya K Vijayendra Prasad yang sebelum ini pernah menulis untuk karya francais, Baahubali.


Foto: IG

Kontroversi tercetus apabila Kareena meminta bayaran sebanyak RM6.7 juta untuk watak itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen di India.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana Kareena seolah-olah mengguris hati dan menyentuh sensitiviti masyarakat Hindu apabila meletakkan bayaran yang tidak masuk akal bagi membawa watak itu.




Ada juga netizen berpendapat Kareena tidak layak membawakan watak itu dan ia sepatutnya lebih sesuai dibawa pelakon lain seperti Yami Gautam atau Kangana Ranaut.

Malah, ada netizen menyarankan agar dia menukarkan nama anaknya sekiranya dia berjaya diambil untuk memegang watak itu.



Bahkan, suaminya yang juga pelakon, Saif Ali Khan turut terheret dalam kontroversi itu dan didakwa tidak menjaga sensitiviti agama dalam drama bersiri Tandav lakonannya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 14-6-2021 10:31 AM
Motippppppp gosip tempatan
Quote 3chanceno 14-6-2021 10:40 AM
September14 replied at 14-6-2021 10:31 AM
Motippppppp gosip tempatan

Elkrik krik krik..ingatkari sepol yg bukak benang nie

Kareena nie Over tapi penonton di Yindia lagik tak boleh di 'brain'!!

Quote DayangKirana 14-6-2021 02:33 PM
tak mampu bayar, move on je la derkkk...
esok2 dah tak laku, turun la harga sheols tuh....
Quote boongalalang 14-6-2021 11:58 PM
Cantiknya Karisma
Quote haifawehbe 15-6-2021 04:39 AM
mmg kareena jer ke ada dlm bollywood tu? iols tgok ramai pelakon2 baru yg lawa2 tapi dpt watak picisan jer.. kuat betul kroni dlm industri dorg..
Quote Raline 15-6-2021 11:07 AM
Multiple Posting/ Same Thread
https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1

Lihat semua komen(6)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.087925 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top