CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Elok Pergi Mati Je Lah" - Bengang Dituduh Masih Menagih, Ameng Lapor Polis

14-6-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2496| Komen: 8

Description: Penyanyi Ameng Spring terkilan apabila dituduh masih terlibat dengan gejala penagihan dadah ketika membuat persembahan secara langsung dalam laman Facebook Artise Voice Of Legend (AVOL) semalam.
Penyanyi Ameng Spring terkilan apabila dituduh masih terlibat dengan gejala penagihan dadah ketika membuat persembahan secara langsung dalam laman Facebook Artise Voice Of Legend (AVOL) semalam.

Menganggap tuduhan tersebut sebagai fitnah yang boleh menjejaskan namanya, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 52, membuat satu laporan polis terhadap dua individu di Balai Polis Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.


Kredit foto: IG Ameng

“Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya mohon maaf kalau perkataan saya ini mengganggu sesetengah pihak. Ketika saya membuat persembahan di AVOL semalam, ada orang komen negatif kata saya masih lagi hisap dadah.

“Rasanya orang-orang yang berfikiran negatif dan bersangka buruk terhadap orang lain elok pergi mati sahajalah,” katanya menerusi satu hantaran video dalam Instagramnya.

Dakwa pelantun lagu Sampai Hati itu, tidak mustahil individu yang memfitnahnya itu berkemungkinan terlibat dengan penagihan dadah.


“Mungkin dia sendiri yang hisap dadah. Jadi bolehlah saya buat laporan polis. Kita tengok nanti,” ujarnya.

Menerusi laporan polis yang dibuat, Ameng berkata, tuduhan dua individu tersebut sudaj keterlaluan dan boleh menimbulkan fitnah kepadanya.



“Mereka telah memfitnah dan cuba hendak menjatuhkan nama baik saya dalam media sosial.

“Jadi, saya telah membuat laporan polis terhadap dua individu yang meninggalkan komen berbaur fitnah terhadap saya sekali gus boleh menjejaskan pendapatan saya,” kata Ameng.

Dalam pada itu, Ameng komen kedua-dua individu tersebut bukan sahaja mendatangkan fitnah kepadanya, malah komen sebegitu dianggap mengaibkan.

“Lagi sekali maafkan saya jika kata-kata saya ini agak kasar. Untuk mereka yang suka berfikiran negatif, ingat satu jari kita tunjuk dekat orang, empat jari tunjuk dekat awak,” luah Ameng.



Terdahulu, ketika Ameng sedang membuat persembahan, seorang netizen telah meninggalkan komen mendakwa Ameng masih terlibat dengan penagihan dadah kerana dilihat mengacipkan giginya (ketap gigi) ketika membuat persembahan.

Komen individu tersebut kemudiannya disokong seorang lagi pengguna Facebook apabila meninggalkan kata-kata seolah-olah bersetuju Ameng kembali terlibat dengan gejala penagihan dadah. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zaianim 14-6-2021 10:09 AM
Bagus Ameng! report polis jer org2 negative mcm tu
Quote xixin5230 14-6-2021 11:00 AM
Org tu dh berubah, x payahlah nk probok probok.
Bagilah sokongan, kalau x mampu bagi sokongan, diam adalah lebih baik dpd kuarkan kata2 yg bole jatuhkan semangat org…
Quote JohnyEnglish 14-6-2021 11:38 AM
hakim kat India ada kata 'bila dua org gaduh salah sorang akan kata see u in court walaupun kes kecik2 ja' ujung2 ada 30juta kes pending kat Mahkamah India
takda kena mengena dgn cerita di atas
Quote ImpianSeroja 14-6-2021 02:52 PM
Menda la..dah beliyau sudah insaf buat apa nak diungkit2 lagi..lg la hal hal sensitip cenggini.. beliau pun kalau boleh tak nak ingat dah kot..
Semua orang pernah buat silap...dah beliau kata dah insaf..terima aje la..kita bukan serumah ngn dia pun nak kecam lebih2..just my 2cent
Quote user.name 15-6-2021 01:44 AM
sebab marhaen kan mampoo lah ko nak meroyan nak repot polis saman bagai?
Quote user.name 15-6-2021 01:45 AM
cuba kalau helang eh lebah dah sekarang ni yang tuduh kau hisap macam2? ada ko nak meroyan merempan busuk hati lah segala?
Quote user.name 15-6-2021 01:45 AM
Quote Suchi 15-6-2021 07:58 AM
Org yg komen tu bekas ngisap gak kan tgk ayat dia kemain sebut kita taulaa kita pun bekas gak.

Walau depa guna bahasa kiasan cth masih cas lagi ke, kacip bagai tetap satu tuduhan ya.
Kalau betul ameng dah clean dan berubah jgn la probok2.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-10-2022 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.073050 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top