CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

10 Tahun Sorok Kekasih Dalam Bilik Takut Hubungan Tak Direstui Keluarga

14-6-2021 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2256| Komen: 19

Description: Rahsia kehilangan seorang gadis terungkai selepas dia diketahui sebenarnya tinggal bersama teman lelaki sejak 10 tahun lalu.
Rahsia kehilangan seorang gadis terungkai selepas dia diketahui sebenarnya tinggal bersama teman lelaki sejak 10 tahun lalu.

Lebih mengejutkan apabila gadis asal dari sebuah kampung di Kerala, India itu 'bersembunyi' di rumah yang terletak tidak jauh dari rumah keluarganya.


Wanita bernama Sajitha itu berusia 18 tahun ketika dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk bertemu saudara.


Kredit foto: New Indian Express

Pencarian keluarga dan laporan polis tidak menunjukkan sebarang perkembangan sehingga keluarganya buntu.

Namun, seorang saudara terserempak dengan Rahman yang dikatakan teman lelaki wanita itu sebelum mengekorinya baru-baru ini.

Menerusi India Times, rahsia itu terbongkar selepas Rahman ditahan polis dan mengakui dia tinggal bersama seorang wanita di rumahnya.

Selepas pemeriksaan dijalankan, polis menemui Sajitha yang dilaporkan hilang 10 tahun lalu di rumah lelaki terbabit.


Rahman mengakui memasang pagar elektrik di kawasan biliknya bagi mengelak keluarganya mengetahui dia tinggal bersama kekasihnya.

Malah sejak 10 tahun lalu Rahman tidak makan bersama keluarga dan hanya terperap di dalam bilik sehingga dia disangka tidak siuman.

Sajitha pula hanya keluar ke tandas pada waktu malam menerusi ruang tingkap bilik berkenaan bagi mengelak keberadaannya diketahui keluarga kekasihnya.

Mereka kemudian ditahan dan dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan.

Pasangan itu mengakui bertindak sedemikian kerana khuatir hubungan mereka tidak direstui keluarga.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 14-6-2021 08:48 AM
Gila la
Sanggup hidup mcm dlm penjara asal bersama
Xde pula jd kes tercirit xmenahan dlm 10 tahun tu ye
Ke dia pakai diapers?
Quote Jitu 14-6-2021 08:58 AM
pelik betul takkan family langsung tak tahu 10 tahun kot bukan 10 hari
mesti keluarga pun subahat sama ni
Quote Suchi 14-6-2021 09:12 AM
Jarak 500 meter je dari umah famili dia. Aritu kuar berita tkde gambar. Nih dah ada, lain agama kan depa dua ni.

Sanggup nya dia hidup gitu so time perayaan apa semua tak balik eh.
Boleh buat movie ni tajuk dia “Room” tapi yg ni takde kena dera apa pandai2 la pengarah buat cite kasi dramatik sikit.
10 tahun dia bazirkan masa remaja dia duk terkurung ruginya laa ko ni.
Dah kawen ke belum yaa?
Quote squeeze 14-6-2021 09:16 AM
giler 10 tahun hidup mcm tu, boleh plak dia tahan hidup 10 tahun xkeluar bilik
Quote buapakperut 14-6-2021 09:26 AM
10 tahun?? perghhh master betul
Quote mclaren 14-6-2021 10:17 AM
Lelaki Rahman. Perempuantu macam bukan muslim? Hindu? Ni memang banyak berlaku kat India bila manusia dari dua agama ni nak bersatu. Selau baca kat quora dah bertahun2 cerita macam ni.
Quote mclaren 14-6-2021 10:18 AM
Tapi sanggup sampai 10 tahun?? Gila gigih.
Quote Punat_button 14-6-2021 10:27 AM
mesti dah banyak duit habis beli kondom

Quote Belibis 14-6-2021 11:16 AM
Pkp sebulan pun dah mereng...tu masih lagi dengan anak bini..tahap lembam ke bodo2 alang budak ni.
Quote printercomel 14-6-2021 01:32 PM
Birahnya kau tangechi. Eh, meenachi.
Quote Decaffeinated 14-6-2021 01:38 PM
Siapa percaya cerita ni samalah yang percaya shah rukh khan boleh nyanyi keliling pokok dgn muzik ghaib tu real.
Quote slyfynx 14-6-2021 01:38 PM
Suchi replied at 14-6-2021 09:12 AM
Jarak 500 meter je dari umah famili dia. Aritu kuar berita tkde gambar. Nih dah ada, lain agama kan  ...

[youtube]aekfPU0SwNw[/youtube]

Udah ade cite the room. Hihihihi
Aku teringat part 'Hi Mark' ni je
Quote Meiizu 14-6-2021 04:42 PM
Edited by Meiizu at 14-6-2021 04:43 PM

Bilik dia tu tak lengkap dgn bathroom  pun
So camna girlfren dia #&£#*÷ menahan ke mlm.Mandi??
Quote Artemesiaa 14-6-2021 06:17 PM
Punya lama 10 tahun tak ada seorang ahli keluarga tahu biar betul.
Quote NonaNaga 14-6-2021 06:55 PM
aku bayangkan dia dok master bedroom ada toilet....
sekali kuau g toilet pun sesenyap
Quote kaedahnya 14-6-2021 11:28 PM
slyfynx replied at 14-6-2021 01:38 PM
Udah ade cite the room. Hihihihi
Aku teringat part 'Hi Mark' ni je

cara shooting macam reality TV zaman sekarang. lakonan fake gila hahahha.
Quote imanjannah 15-6-2021 08:10 AM
stay at home sungguh ni
Quote eira2310 15-6-2021 08:50 AM
adoi..mcm ni pun boleh...10 tahun tak kuar umah...sanggup tu
Quote naina 15-6-2021 09:16 AM
Busuk kepam la. Tu ke perempuan baju kuning umur 18 tahun? Tua nya. Maybe Sebb berkurung. Tak keluar tak hirup udara bersih, tak kena cahaya matahari tak tengok kehijauan. Oh my..

Lihat semua komen(19)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.069686 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top