CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

2 kes baharu Covid-19 dikesan, Brunei catat jumlah kes ke angka 246

13-6-2021 09:54 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3237| Komen: 34

Description: BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei – Brunei melaporkan dua kes Covid-19 pada Selasa lalu dan menjadikan jumlah kes nasional bertambah kepada angka 246, lapor agensi berita Xinhua, baru-baru ini.
Seorang lelaki yang memakai pelitup muka sambil memegang beg plastik di Pasar Malam Gadong di Bandar Seri Begawan, Mac tahun lalu. - AFP




BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei – Brunei melaporkan dua kes Covid-19 pada Selasa lalu dan menjadikan jumlah kes nasional bertambah kepada angka 246, lapor agensi berita Xinhua, baru-baru ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Brunei, satu kes baharu adalah lelaki berusia 44 tahun dan yang lain adalah lelaki berusia 52 tahun, yang kedua-duanya tiba dari Manila, Filipina pada 26 Mei dan tidak menunjukkan gejala jangkitan.

Siasatan awal mengesahkan tidak ada kontak dekat untuk jangkitan tersebut kerana mereka telah menjalani kuarantin ketika tiba di negara tersebut.


Mereka dirawat dan dipantau di Pusat Pengasingan Nasional dengan lima kes aktif lain yang semuanya berada dalam keadaan stabil.

Brunei telah mencatatkan 398 hari tanpa kes jangkitan Covid-19 tempatan.

Terdapat tiga kematian dan 236 pesakit pulih yang dilaporkan dari Covid-19 setakat ini di Brunei. – Agensi
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lililisa

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ResellerMaxis 13-6-2021 09:55 PM
Kalau tiada double standard. Sampai je ditahan di pusat kuarantin. Kes pun dikesan di pusat kuarantin. Alangkah indahnya.
Quote noor2 13-6-2021 09:59 PM
Sekali ko bukak je border negara...mmg habis...
Virus ni tunggu masa je...mcm bom...
Quote Normabaru 13-6-2021 10:11 PM
Knapa brunei blh.. Kita xblh? Sebab dia ada pemerintah berotak, pikir kesusahan rakyat bukan kepentingan diri.. Ade dgr brunei gigih nk vaksin utk hantar org pergi haji??? Vaksin pon ntah2 dia xorder.. Kesah apa dia if xde keluar masuk oversea dlm masa pandemik skrg.. Pemimpin dia pon xde nk langgar undang2

Msia - pemerintah otak asik pikir nk kaya.. Nk menang pilihanraya..

Kapal dah nk sink pon masih bising how nk kasi parti msg2 menang..

kapal bila bocor...kita tampal kat tempat bocor.. Bukan suh p bina satu lg kapal dlm kapal..
Samala.. Xpyh nk pikir menang pru klu kes covid pon xblh 0 smpi hujung julai
Quote noor2 13-6-2021 10:14 PM
Normabaru replied at 13-6-2021 10:11 PM
Knapa brunei blh.. Kita xblh? Sebab dia ada pemerintah berotak, pikir kesusahan rakyat bukan kepenti ...

Siapa berani nk ambil alih kuasa sultan Brunei cik Norma. Depa bukan ada PM...
Quote Normabaru 13-6-2021 10:31 PM
noor2 replied at 13-6-2021 10:14 PM
Siapa berani nk ambil alih kuasa sultan Brunei cik Norma. Depa bukan ada PM...

U missing my point noor.. Kaka maksudkan.. Klu leader xguna.. Xkisahla raja ke tidak still rakyat derita. Tgk jela pahang tu haaa...
Quote Zazama 13-6-2021 10:31 PM
Tolonglah duhai pemimpin malaysia, mana yg baik kita follow. Nak tunggu apa lagi.
Quote LadyCarefree 14-6-2021 01:19 AM
noor2: Siapa berani nk ambil alih kuasa sultan Brunei cik Norma. Depa bukan ada PM...


Brunei sana their sultan pegang absolute power. Their country is also small and rich. Malam je memang semua duduk rumah je kobid or no kobid.
Quote anony-mous 14-6-2021 02:39 AM
ResellerMaxis replied at 13-6-2021 09:55 PM
Kalau tiada double standard. Sampai je ditahan di pusat kuarantin. Kes pun dikesan di pusat kuaranti ...

Sepatutnya dah boleh saman gomen. Sbb sebarkan varian baru. Sah2 gomen xkuarantin org yg masuk atau kuarantin kejap sgt
Quote damsel_fiji 14-6-2021 04:14 AM
terkejut baca..igtkan kes 246..rupanya meningkat 2 jerr
Quote noor2 14-6-2021 05:40 AM
LadyCarefree replied at 14-6-2021 01:19 AM
Brunei sana their sultan pegang absolute power. Their country is also small and rich. Malam je m ...

Betul tu..depa cuma fokus pasal covid je...disebabkan kuasa penuh oleh sultan dan sultan pun x de risau pasal rampasan kuasa...
Quote Wassap 14-6-2021 05:51 AM
noor2 replied at 14-6-2021 05:40 AM
Betul tu..depa cuma fokus pasal covid je...disebabkan kuasa penuh oleh sultan dan sultan pun x de  ...

Fokus bagi ubat tu sembuh cpt
Quote AbukRokok 14-6-2021 05:56 AM
Normabaru replied at 13-6-2021 10:31 PM
U missing my point noor.. Kaka maksudkan.. Klu leader xguna.. Xkisahla raja ke tidak still rakyat  ...

sbb tu brunei xnaik pangkat tinggi dalam siapa walaupun gagal
dah lah gagal naik pangkat plak tu... stupid or something
Quote cikedis 14-6-2021 08:06 AM
Normabaru replied at 13-6-2021 10:11 PM
Knapa brunei blh.. Kita xblh? Sebab dia ada pemerintah berotak, pikir kesusahan rakyat bukan kepenti ...

Brunei ada program vaksin
Boleh google
Quote renko 14-6-2021 08:06 AM
Xboleh la pasni page2 yang cari makan dengan pos meratap hiba kata brunei dah xde covid
Quote cikedis 14-6-2021 08:12 AM
noor2 replied at 13-6-2021 09:59 PM
Sekali ko bukak je border negara...mmg habis...
Virus ni tunggu masa je...mcm bom...

Bukak border selalunya untuk warga negara balik.. tu pn selalunya travel pun atas kerja..
Quote Simunggu 14-6-2021 08:48 AM
KAN.....aku dah cakap....jaga jaga dari org datang dari luar terutama pilipin & indon.....Sabah lagi teruk...banyak lorong tikus mondok...sonang sonang ja ini pilak & bug masuk Sabah bawa cobit....

sebenarnya banyak kes penularan di Sabah, contoh Papar, Tuaran, KB, Beaufort etc rasanya mesti punca dari org pilipin & indon...katanya rakyat tampatan, ada IC...taik palat lah...
Quote Simunggu 14-6-2021 08:50 AM
KAN.....aku dah cakap....jaga jaga org datang dari luar terutama pilipin & indon.....Sabah lagi teruk...banyak lorong tikus mondok...sonang sonang ja ini pilak & bug masuk Sabah bawa cobit....

sebenarnya banyak kes penularan di Sabah, contoh Papar, Tuaran, KB, Beaufort etc rasanya mesti punca dari org pilipin & indon...katanya rakyat tampatan, ada IC...taik palat lah...

Quote OsHiN_hOnEy 14-6-2021 08:55 AM
actually
brunei ni dari segala segi
cannot be used as a benchmark for fight
against covid19

dynamic dorg lain sgt
mmg antara negara yg tertutup
dari dulu lagi
with very2 low foreign workers
industrials job opportunities
argh byk lagi larr
Quote honeybee1802 14-6-2021 09:05 AM
Normabaru replied at 13-6-2021 10:11 PM
Knapa brunei blh.. Kita xblh? Sebab dia ada pemerintah berotak, pikir kesusahan rakyat bukan kepenti ...

Brunei tak sibuk dgn politik kak..lagipun kes kt brunei takat mcm setel filter kt pusat kuarantin utk international travellers tu..kalo Malaysia kak..kak igt balik sendiri la

Lihat semua komen(34)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.076032 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top