CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Netizen kecoh kapal terbang ‘terhenti’ di ruang udara, kaitkan dengan teori konspirasi

13-6-2021 09:52 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3440| Komen: 28

Description: LONDON – Satu rakaman video memaparkan sebuah pesawat kelihatan tidak bergerak ketika terbang di udara mendapat perhatian netizen, manakala ramai cuba mengaitkan perkara itu dengan teori konspirasi, ...

Sebuah pesawat didakwa kelihatan seperti berada dalam keadaan pegun di ruang udara. – lesxbalboa/Tiktok



LONDON – Satu rakaman video memaparkan sebuah pesawat kelihatan tidak bergerak ketika terbang di udara mendapat perhatian netizen, manakala ramai cuba mengaitkan perkara itu dengan teori konspirasi, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Klip video itu mencatatkan lebih tujuh juta tontonan selepas dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @lesxbalboa. Ia memaparkan pesawat tersebut yang berada dalam keadaan pegun di ruang udara.

Lebih mengejutkan, apabila melalui kawasan sama selang dua hari kemudian, dia mendakwa melihat pesawat tersebut masih berada di tempat sama dan tidak bergerak.


Kejadian pelik itu mendapat perhatian netizen dari seluruh dunia dengan ada yang mengaitkannya dengan teori konspirasi seperti yang dipaparkan menerusi filem sains fiksyen popular, The Matrix.

Menurut mereka, manusia hidup dalam sebuah mesin esktradimensi merangkumi seluruh alam semesta.

Dakwaan itu disokong oleh be-berapa pengguna lain yang me-ngatakan bahawa kejadian pe-sawat pegun itu adalah bukti berlakunya gangguan dalam si-mu-lasi, sama seperti yang dipaparkan dalam filem The Matrix.

“Jangan risau. Sistem meng-alami sedikit gangguan. Kami akan melaporkan masalah ini,” tulis seorang pengguna.

Kejadian itu bagaimanapun mempunyai penjelasan saintifik, di mana ia berkemungkinan terjadi disebabkan oleh keadaan yang dinamakan ilusi optik.

Menurut ajar.com, ilusi optik adalah ilusi yang menipu sistem penglihatan mata untuk melihat sesuatu yang tidak wujud, atau melihat sesuatu secara silap.

Keadaan seumpama itu pernah berlaku pada 2018 apabila sekumpulan penunggang motosikal di Moscow, Rusia me-nyangka mereka melihat sebuah pesawat di udara yang tidak bergerak.

Sebaliknya, perkara sebenar yang terjadi adalah pesawat itu terbang pada kelajuan perlahan ketika angin kencang bertiup pa-da arah bertentangan yang me-nyebabkannya ia kelihatan se-olah-olah tidak berge-rak. – AGENSI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 13-6-2021 10:13 PM
Boleh tak sesiapa explain kejadian ni?
Quote tripleid 13-6-2021 10:32 PM
'glitch' dalam matrix?
Quote oni313 13-6-2021 10:34 PM
fatamorgana di langit biru kah?
Quote tumpanglalu74 13-6-2021 10:41 PM
Sape nampak logo MAS aku belanje..

IMG_20210613_224044.jpg
Quote amirulazam77 13-6-2021 10:42 PM
Someone press pause button.
Quote kakikuDibibirmu 13-6-2021 10:42 PM
[youtube]Sd-xFMPTatY[/youtube]
Quote sekngucing 13-6-2021 10:44 PM
biasa la  glitch dlm sistem..alam semesta ni besar...glitch sikit2 tu biasa
Quote dua_chzy 13-6-2021 10:47 PM
Yeap. It was a mere glitch in this vast universe.
Quote dua_chzy 13-6-2021 10:47 PM
sarahmirza: Boleh tak sesiapa explain kejadian ni?


Glitch di alam semesta. Dah banyak kali terjadi.
Quote Skuau 13-6-2021 10:48 PM
hanya pernah melihat sebuah lg kapal terbang terbang 'bawah'(agak jauh gak) kapal terbang yg aku naik.
Quote torres9 13-6-2021 10:54 PM
Glitch apanya, itu ilusi optik.. Dalam artikel pun dah terangkan panjang lebar.. Ingat game ke apa nak ada glitch tunggu patch baru ok
Quote ellejo 13-6-2021 10:55 PM
kita ni sekadar simulasi sajork
Quote tumpanglalu74 13-6-2021 10:56 PM
sarahmirza replied at 13-6-2021 10:13 PM
Boleh tak sesiapa explain kejadian ni?

Ce try spinning ballerina ney.  It's a gif so it loops indefinitely.  Tapi kita akan nampak dia pusing arah after a certain time.  Kenape ye?

Spinning_Dancer.gif
Quote slyfynx 13-6-2021 10:56 PM
kejadian kt Rusia, 2018

Mende ni bukan nye uncommon.
Thrust x cukup nak lawan angin. Tp belum masuk kategori stall la.

Jap, seriously wartawan cari, grow up la sikit.
Cube buat tajuk yang matured, bukan style dak2 wechat.

Jelak la ayat Netizen kecoh, Netizen sedih, Netizen terhibur.
Dah macam karangan budak sekolah dah aku rase.
As an author, biar la ade kualiti sikit penulisan tu.
Quote dinosaurpink 13-6-2021 11:41 PM
Lol dah banyak berlaku kejadian mcm ni.
Aku suka tgk rancangan the proof is out there kat ch.history astro.ada bincang pasal 1 video yg plane nampak macam stuck/hovering midair gini.kesimpulannya illusi optik.

Penjelasan dah diberi panjang lebar dlm artikel di atas.kalau perasan,video kejadian gini biasanya direkod oleh org2 yg berada dlm kenderaan yg bergerak.sbb tu berlaku illusi optik tu.

Kalau kita tgk benda ni masa kita xbergerak,ia akan nampak lebih kurang mcm plane yg dlm video ni pergerakannya
https://gizmodo.com/watch-this-2 ... idair-for-a-5857866
Artikel ni lagi detail penjelasannya
Quote clarizsa 13-6-2021 11:52 PM
Teringat i drama Manifest
Ada dah S3 rupanya
Yeayy
Quote AinHazwan 14-6-2021 12:05 AM
Selalu nampak ni kat area klia & klia2.. time kapal terbang tunggu turn nak landing.. perkara biasa kot ni.. ai yg tengok dari dalam kereta pun rasa gayat bila tgk flight tu statik kat awan gitu..
Quote hungryhenry 14-6-2021 12:15 AM
clarizsa replied at 13-6-2021 11:52 PM
Teringat i drama Manifest
Ada dah S3 rupanya
Yeayy

Nak tgk kat mana?
Quote airfilterkotor 14-6-2021 12:45 AM
lesxbalboa.
TikTok user.

Content dia paling ilmiah... rakam seketumbukan awan 2-3min just nak bagitau nanti kelompok awan yg kecil-kecil kat keliling tu hilang.

Well... TikTok user.

Lihat semua komen(28)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.099384 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top