CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Usahawan Jamumall Terkejut, Bayi Baru Lahir Tertukar Di Hospital.

14-6-2021 01:45 PM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 16334| Komen: 217|Original author: Oleh: Ct Cheery

Description: Usahawan Jamumall, Siti Suriani Wahiddin dan suami berdepan saat mencemaskan apabila menyedari bayi yang disusukan bukan bayi yang dilahirkan pada Jumaat lalu.

Usahawan Jamumall, Siti Suriani Wahiddin dan suami berdepan saat mencemaskan apabila menyedari bayi yang disusukan bukan bayi yang dilahirkan pada Jumaat lalu.


Foto: Facebook Jamumall


Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall berkongsikan kejadian cemas tersebut di Facebook Live malam kelmarin selama 1 jam 49 minit, bermula 7.40 Malam.


Menurut Siti Suriani, dia melahirkan bayi lelaki di hospital di Shah Alam pada awal pagi 11 Jun, dan dia serta bayi dibenarkan pulang pada keesokan harinya.


Bagaimanapun, mereka menyedari bahawa bayi tersebut bukan anak mereka ketika suami Siti Suriani mahu memotong tanda nama pada kaki bayi. Suaminya mendapati nama yang tertulis pada tag kaki bayi tersebut adalah milik wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama tetapi hari dan waktu berbeza.


"Jika suami tidak menyedari nama ibu pada tanda nama itu, sampai bila-bila kami sangka dia ini anak kami walaupun pernah terdetik di hati saya yang wajah bayi ini berbeza," katanya.



Menerusi Facebook Live yang dikongsikan, Siti Suriani bersama suami dan bapa mertuanya ke hospital untuk memulangkan semula bayi yang berada dalam jagaannya dan mendapatkan semula bayinya. 


Status terbarunya di Facebook semalam, Siti Suriani dan bayi terpaksa dimasukkan ke hospital kerana bayinya mengalami Jaundice.


Foto: Facebook Jamumall


Loading FB Post...


Terdahulu, Siti Suriani dan suami dipertemukan bersama pasangan yang tertukar bayi mereka pada temubual Buletin TV3 yang akan bersiaran malam ini. - CARI


Sumber: Facebook Jamumall dan BHOnline


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaedahnya 12-6-2021 11:52 PM
mak baby "bukan dianah" tu tak cari pulak anak dia
Quote shysari 13-6-2021 12:00 AM
Harap2 bukan sekadar content.
Demi viral
Quote Ashna21 13-6-2021 12:03 AM
Da dapat semula baby masing2
Quote haruslah 13-6-2021 12:03 AM
Hosp mana?
Masa potong gelang bukan ke guard akan tengok nama sama baru boleh potong

Scary betulll
Musim kobid ni laki pun xleh tengok bini
Bini dah sakit bersalin mana la nak cam muka anak....kalu tertukar pun xde yg tahu
Baby dok kumpul dlm wad baby
(Ni hosp gomen la)
Quote malaygirl 13-6-2021 12:06 AM
kaedahnya replied at 12-6-2021 11:52 PM
mak baby "bukan dianah" tu tak cari pulak anak dia

Mak baby nama dianah tu baru anak sulung. Dia tahu baby tertukar pun lepas hospital call dia bgtau. Dia tengah makan masa tu. Hahaha btw meols antara 90k viewer y tengok live si siti jamumall ni tadi
Quote Suchi 13-6-2021 12:07 AM
Edited by Suchi at 13-6-2021 12:12 AM

Jamumall ni orang malaysia ke? Bunyi perkataan jamumall tu macam indon ja
Nak plak nampak gambar dia ikat sanggul tinggi pastu pakai baju tshirt ngn kain batik gitu.
Masih ada eh org berpantang pakai gitu huhu
Quote edayildiz 13-6-2021 12:08 AM
tacodnya..tetah tanpa kita sedar..masa kecik dlu kita pun tertukar jgk.
Quote Buritan 13-6-2021 12:13 AM
edayildiz replied at 13-6-2021 12:08 AM
tacodnya..tetah tanpa kita sedar..masa kecik dlu kita pun tertukar jgk.

Jgn risolaa kalo tertuko pun mgkin anak indu cina org asli arau mulayu jahh.. rohingya indon bangla masa dulu belum.ade lg.. koh koh
Quote Nsz1314 13-6-2021 12:23 AM
Wondering mcm mana boleh jd.. Iols bersalin dkt hsptl yg sama dgn sis ni. Tp wktu nk balik tu mmg nurse tnjuk tag dkt kaki baby, dia suruh cek.. X sure kenapa time cmni x buat. Ke ramai sngt bersalin dkt hsptl ni smpai abaikan benda penting cmniii..nasib baik laa baby dpt balikk
Quote shysari 13-6-2021 12:24 AM
Nasib la hosp swasta.
Kalau kerajaan mesti kena sumpah 7 berketurunan.
Quote clarizsa 13-6-2021 12:25 AM
Muka sama ke baby
Loqlaq betul hospital tu
Quote pure_lady 13-6-2021 12:26 AM
Nsz1314 replied at 13-6-2021 12:23 AM
Wondering mcm mana boleh jd.. Iols bersalin dkt hsptl yg sama dgn sis ni. Tp wktu nk balik tu mmg nu ...

Hospital mana sis?
Quote R2D2 13-6-2021 12:27 AM
Kes tertukar bayi baru lahir di hospital
https://mforum.cari.com.my/forum ... read&tid=685442

2 bayi tertukar sejak lahir. Isu selesai lepas 38 tahun. Selama ni anak dan keluarga tak sama warna kulit, warna rambut etc
https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1249460
Quote anony-mous 13-6-2021 12:29 AM
1) xkan guard x check?

2) muka baby sama ke? Kalau sama i xhencap parent. Kalau lain mmg nk kena kecam.
Quote meteorspeed 13-6-2021 12:33 AM
Nsz1314 replied at 13-6-2021 12:23 AM
Wondering mcm mana boleh jd.. Iols bersalin dkt hsptl yg sama dgn sis ni. Tp wktu nk balik tu mmg nu ...

Hoapital mana sis.. Seriau iols
Quote Atata 13-6-2021 12:38 AM
Hish ni la benda paling merisaukan
Quote Illayana 13-6-2021 12:47 AM
malaygirl replied at 13-6-2021 12:06 AM
Mak baby nama dianah tu baru anak sulung. Dia tahu baby tertukar pun lepas hospital call dia bgtau ...

Wow..ramainya viewers. Owner jamumall ke?
Quote chocobozhere 13-6-2021 12:49 AM
Aku dulu pas czer doktor terus tunjuk anak aku.. Berat 4.4kg. Muka penuh rambut.. Rambut lebat giler.. Telinga pun berbulu.. Sempat tengok bape minit je tapi aku terus cam tu anak aku.. Pastu dia duk nicu sekejap.. Aku jumpa anak aku next day.. Dalam ramai2 baby memang anak aku paling bsr so memang cam sangat tu dia... Kes si siti ni agaknya anak dia dgn anak dianah tu muka lebih kurang tak.. Tu tertukar tu. Ke camne.. Aku lahir anak kt gomen tak tahu lah spital swasta ni camne blh tertukor.
Quote yondu 13-6-2021 12:50 AM
sori ot. iols brsalin taun lepas x dpt tgk muka anak sbb dia dah lemas dlm perut, just tgk jantina je. Laki pulak xnk bgtau keadaan anak dah selirat2 dgn tiub, suruh rehat. Tapi hati mak kan, nak tengok sendiri anak tu. Masuk je nicu, mcm dipanggil2, x tny pn nurse anak dkt mana, mcm ikatan hati dgn anak tu kuat sgt. Memang betul terus tuju ke katil anak.

dia ni kan, mak kan, x kn la langsung takde rasa pape..x kn misi doktor x tunjuk langsung muka anak tu dkt dia.x kn dia tak belek2 anak tu.kang aku keji ckp aku ni mak x sensitif

Lihat semua komen(217)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.081277 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top