Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

"Tak Nak Balik, Tapi Kondem Pasal Malaysia," - Netizen Selar Pengkhianat Negara

Oleh: Ct Cheery|13-6-2021 11:17 AM Komen: 165

Penjelasan dan permohonan maaf telah dibuat oleh Prof Datuk Dr Muhaya melalui akaun media sosialnya pada Khamis  lalu. Namun, isu penggunaan perkataan 'buat bodoh-bodoh sikit' masih menjadi topik hangat dan dibincangkan dalam kalangan warganet dan selebriti. 


Foto: Facebook Aliff Ahmad III


Terbaru, doktor perubatan, Dr Amalina yang kini berkhidmat di London meminta bantuan warganet membuat laporan ke atas beberapa akaun media sosial yang mengancamnya gara-gara membidas kenyataan Prof Muhaya di laman sosial miliknya tempoh hari.


Rentetan isu membidas Prof Muhaya, kini 'posting' seorang pengguna media sosial atas nama Aliff Ahmad III turut tular dan menjadi bualan hangat warganet.


Loading FB Post...


"Nasiblah Dr Muhaya ni orangnya tak offensive. Kalau aku, reply doktor dekat oversea tu camni je.


"Ya, saya tak hebat, saya minta maaf. Bila nak balik Malaysia doc? Awak kan hebat, awak patut serve our people here. Dulu belajar pakai duit rakyat kan? Bukan duit tokwan awak kan? Bila nak balik berbakti kepada rakyat, nusa dan bangsa? Kita perlukan orang macam awak untuk bantu saya ubah sistem ini. Duit rakyat hantar awak belajar ke UK dulu, bukan untuk awak serve rakyat British, kan? Ke awak dah diam-diam ada British Passport tak 'declare'?" Tulisnya di Facebook.


Loading FB Post...


Selain itu, pada 'posting' yang lain, Aliff Ahmad III turut mengelar rakyat Malaysia yang mendapat tajaan belajar sehingga ke luar negara, tetapi masih enggan pulang berkhidmat di Malaysia sebagai pengkhianat negara.


"Masa aku mula-mula sampai Australia, aku jumpa ramai doktor Malaysia. Ada yang dah tinggal di sana selama lebih 10 tahun. Kesemua mereka datang ke Australia dengan biasiswa rakyat. Ramai dengan JPA, MARA, BNM pun ada, dan lain-lain.


"Kesemua mereka asalnya kata nak stay sekejap konon nak sambung belajar. Buat specialist training. At the end sampai berpuluh tahun tak balik-balik. Ambil PR dan ada juga senyap-senyap pegang pasport Australia. Anak-anak dah besar-besar, dah settle down sana. Bila tanya bila nak balik, setiap tahun jawab tengah plan tahun depan.


"Selepas aku dah sedikit senior. Bila aku jumpa kawan-kawan doktor ni, aku akan panggil mereka sebagai pengkhianat negara secara bergurau tetapi memang bermaksud begitulah. Mereka mungkin bengang tetapi dah lali dipanggil pengkhianat oleh aku. Yang umur dekat-dekat dengan aku yang stay, memang setiap kali jumpa, aku akan tanya,


Bro, bila nak balik ni?


Kau datang sini pakai duit tokwan kau ke, duit tok wan kau, tokwan dia dan tokwan aku?


Bro, tujuan kerajaan hantar kau belajar sini dulu untuk kau jadi doktor kat sini ke kat Malaysia?


"Ketika aku bekerja di UK. Jumlah pengkhianat negara tersebut lagi ramai. Masa di UK. Aku dah jauh lagi matang dan lagi masyuk. Jadi, nganjing puak-puak doktor pengkhianat negara ni lagi penuh bergaya. Tapi, aku pelik. Ramai pula suka dekat aku masa tu. Suka kena nganjing kot. Mungkin asyik kena puji je selama ni konon hebat gaji besar bagai", tulisnya.


Menurut Aliff, dia tidak kisah pada penerimaan mereka, kerana pada pendiriannya, kerajaan telah membelanjakan setiap seorang hampir 1 juta untuk menghasilkan doktor keluaran UK/Australia. Mereka yang bijak pandai ini sepatutnya pulang berkhidmat untuk bangsa dan melakukan perubahan pada negara.


"Yang aku tak tahan dengan puak ni adalah, balik Malaysia taknak. Tapi kalau sembang politik Malaysia, complain pasal Malaysia. Mereka lah king. Macam mereka dah duduk dan serve Malaysia berpuluh tahun. Especially yang dah hold passport UK diam-diam. Dia lupa, kalau bukan dengan duit rakyat, mak ayah atok nenek diorang tak mampu nak hantar nak bayar yuran belajar di luar negara.


"Dalam masa yang sama, ramai juga yang pulang. Aku memang respect mereka yang pulang ni. Boleh je jadi pakar. Jadi specialist. Jadi consultant. Pada aku mereka ini wajar dapat special treatment dibanding dengan mereka yang khianat tu. Yelah, mereka yang pulang tu pun sebenarnya boleh je nak stay. Even lagi cemerlang dari yang stay tu masa belajar.


"Aku ada kenal 2 orang kawan. Yang grad from Oxford and Cambridge. Pun balik. Doktor yang kecoh kat Twitter tu pun tak lepas masuk Oxbridge lepas foundation dulu. Sekarang ni pun mereka tengah buat training specialist dan buat PhD juga. Bidang medical ni, sambung belajar dalam bekerja. Bukan berhenti kerja. Dekat mana-mana pun boleh buat. 


"Ramai je level consultant dekat Malaysia ni power. Being specialist is about knowledge, experience and skill, not because of where you are. Apa pun, diorang yang decide nak jadi pengkhianat negara atau tidak. Diorang ingat lagi ke tak masa mula-mula jejak kaki di tanah omputih tu datang dengan duit siapa", tulisnya panjang lebar.


Aliff berkata, dia sendiri pulang berkhidmat di Malaysia setelah 10 tahun belajar dan bekerja di Australia. Aliff percaya adalah menjadi tanggungjawabnya  untuk pulang dan membalas jasa di Malaysia memandangkan dia pergi ke Australia menggunakan duit rakyat. Tambah Aliff lagi, peratusan mereka yang ingin pulang untuk berbakti pada nusa dan bangsa adalah sangat rendah.


"Begitulah cerita tentang pengkhianat negara..", akhirinya. 


Rata-rata warganet meninggalkan komen setuju dan sependapat ke atas status yang dikongsikannya.



Anda setuju dengan Aliff? - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 165
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote heythere123 1-8-2021 02:24 AM
my jiran pulak engineer from Germany uni. JPA bagitahu yg kalau dia balik malaysia pon gov takleh nak offer kerja lagi pastu siap bagi je kalau dia nak kerja oversea dulu for few years. See, peluang dekat malaysia kuranh dah untuk deme ni

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 13-6-2021 11:32 AM
Habis politician yb dan mereka dibayar cukai tak serve rakyat cmne? Dia xnak balik dia org punya pasallah. Buat biasiswa buatla kontrak serve gov beberapa tahun
Quote Skuau 13-6-2021 11:44 AM
CiliPadiSedap replied at 13-6-2021 11:32 AM
Habis politician yb dan mereka dibayar cukai tak serve rakyat cmne? Dia xnak balik dia org punya pas ...


"Aku tak minta pon...korang yg pilih"-Yg Bongkak(YB)
Quote depresio 13-6-2021 11:56 AM
Bongok. Dr amaline tu tgh buat phd lagi kat sana..
Quote lavendernovella 13-6-2021 12:25 PM
Dulu lecturer aku ngajor kat usa , gaji dia 100k usd permonth. Balik malaysia gaji dia rm7k jer. Sheol balik sbb tak tahan tekanan islamofobia. Kat sini aman walau gaji sikit.
Quote airmineral 13-6-2021 12:32 PM
breach contract drg boleh byr je kalau offer keje bagus cthnya laki hanafedora..rasanya hana tu pun sama byr jgk sbb xserve as per contract.. sblm ni dok uk da siap ada umah kat sana skg kt taiwan plk..
realitinya bila da keje org akan terima mana2 offer yg lebih baik
kalau dpt keje dgn matawang yg lebih tinggi sapa2 pun akan pegi kan? xkirala keje white collar atau blue collar {:thief{:thief{:thief

Quote airmineral 13-6-2021 12:34 PM
lagi 1 apa nak risau msia kan ada barisan menteri yg bekerja keras serta rakyat yg bijaksana spt sohai utk bangunkan negara{:stress{:stress{:stress
Quote Tinot7 13-6-2021 12:44 PM
lavendernovella: Dulu lecturer aku ngajor kat usa , gaji dia 100k usd permonth. Balik malaysia gaji dia rm7k jer. Sheol balik sbb tak tahan tekanan islamofobia. Kat si ...


Tak rasa gaji deme besaq mcm tuh.. rasanya 100k USD per annum. Itu sblm tax.
Kawan iols keje kat ozzie, dia kira gaji dia mcm tuhh. Tak kira tax lagi. Lepas tax, byk utk dok sana, dan convert mmg byk.. tapi kena masak nasi lemak sendiri la kalau nak makan... giteww..
Quote nsagb 13-6-2021 12:47 PM
Perkataan pengkhianat tu mcm berat je bunyinya tapi mungkin lebih senang nak sampai pada masyarakat.

Pada iolss x ksh yg dpt tajaan / loan atau yg dpt offer kerja di oversea..kita mesti ada jati diri kuat dan sikap satu hari nanti aku nak balik tanah air nak berbakti semula pada keluarga agama dan masyarakat.Mungkin juga kurang rasa cintakan tanah air plus mcm2 masalah negara buatkan golongan2 ini xnk balik pada mereka baik kumpul duit selagi boleh peluang pun byk lebih  luas berbanding negara sendiri.

Iolls baru setahun jagung dekat seberang mmg banyak beza tanah air sendiri dgn sini tapi long term goal mmg nak balik Msia dan memberi manfaat pada negara{:hooray dan iolls sendiri x suka dgr org kutuk negara kita wlupun iolls kecewa dgn pentadbiran negara sendiri {:cryrun
Quote Tinot7 13-6-2021 12:48 PM
Psl Dr Amalina tuh iols setuju dgn dia. Kome jahh naive pikiaq minah tuh akan balik berbakti, padahal nanhadoo.. nih dah kawen org sana, lagi la memberikan dia passport utk dok sana selama2nya. Kome jahh naif..
Aritu dia tolong sgt baby tuh, sbb dia mmg nak masukkan dlm portfolio keje dia. Kome sedar ke tak? Ke nak kata, itu hak dia?
Quote djzara81 13-6-2021 01:20 PM
I got no problem with those yg nk stay kt overseas or tukar citizenship,,,tapi yg bangang spesis yg kutuk birth land melampau mcmlah dia byr income tax or contribute anything.
Quote ellejo 13-6-2021 01:28 PM
apa dia cakap tu betul.

kalo ko guna duit sendiri duit mak ayah utk sambung study pedulik apa la kan tapi ni guna duit kerajaan duit rakyat sila2 bayar balik full fees.  

takat denda semua boleh bayar.


Quote rogayahtop 13-6-2021 01:52 PM
lmaoo tulis pjg2 isi kosong last2 personal attack.

apa kena mengena amalina komen isu muhaya jd ipusing ke pengkhianat negara?

lepas tu dia sendiri keje 6 taun obersi, so masa 6 taun tu tak terasa pulak diri sendiri tu pengkhianat ke? ramai je lepas grad terus balik malaysia for good. takde pulak banyak bunyik ckp org lain tak balik tu pengkhianat. virtue signalling la sgt
Quote md_nana 13-6-2021 01:54 PM
agaknya bila dah belajar sampai oversea ni, terus nampak kekurangan malaysia ni. teringat farah Lee masa buat Master hr tu, bkn main kecam sistem pendidikan malaysia walhal dia pun dulu sekolah kerajaan jugak.
Quote matchstick 13-6-2021 01:56 PM
Tinot7 replied at 13-6-2021 12:48 PM
Psl Dr Amalina tuh iols setuju dgn dia. Kome jahh naive pikiaq minah tuh akan balik berbakti, padaha ...

Setuju..tapi kt porem ni tak boleh kutuk sheols..nt dituduh nye kita ni acik kepam tudung labuh takde bakti pada negara. Tak mcm sheols yg suci murni semenjak menolong baby tu
Quote mijot 13-6-2021 02:09 PM
wardina kt bod gosip pun sama...
gigih dok kutuk mesia..
Quote user.name 13-6-2021 02:17 PM

Quote mclaren 13-6-2021 02:46 PM
Lepas ni buat bond lah untuk biasiswa especially untuk critical jobs. Balik serve negara at least 5 years then lepas tu you are free to go wherever you want with the knowledge and experience you have gained. Tak lah ralat rakyat bayar tax yang masuk dana JPA tu
Quote mclaren 13-6-2021 02:48 PM
mijot replied at 13-6-2021 02:09 PM
wardina kt bod gosip pun sama...
gigih dok kutuk mesia..

If dia pergi dengan duit sendiri then whatever it is her opinion. Macam kita2 yang duduk sini ramai je kat CI kutuk negara sendiri. Wardina je kena?
Quote jazaa100 13-6-2021 02:57 PM
Tinot7 replied at 13-6-2021 12:44 PM
Tak rasa gaji deme besaq mcm tuh.. rasanya 100k USD per annum. Itu sblm tax.
Kawan iols keje ka ...

Betul.....takkn lah usd100k pmth....

Lihat semua komen(165)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top