Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dok Ketegaq Sangat Buat Majlis Kahwin Pasai Apa? Kan Dah Kena RM2,000

12-6-2021 03:22 PM Komen: 63
Butterworth: Menganjurkan majlis perkahwinan ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) membawa padah buat sebuah keluarga apabila dikompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Kesalahan itu dikesan ketika pasukan polis menjalankan operasi pemantauan SOP, di sini, semalam apabila mendapati sebuah rumah dipercayai mengadakan aktiviti sosial.


Kredit foto: PDRM

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar berada dalam kediaman itu.

"Tindakan itu melanggar SOP berikutan majlis perkahwinan adalah aktiviti yang tidak dibenarkan pada ketika ini.

"Justeru, penganjur majlis (tuan rumah) dan jurugambar masing-masing dikompaun RM2,000 atas kesalahan berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Difahamkan, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki penganjur bagaimanapun ia tidak bersesuaian diadakan dalam keadaan semasa negara berdepan penularan wabak Covid-19..

Noorzainy berkata, pihaknya rasa terkilan kerana terdapat individu yang masih gagal mematuhi SOP dengan menganjurkan majlis yang tidak dibenarkan.

"Sikap (individu) sebegini hanya mementingkan diri tanpa menghiraukan situasi terkini. Kedegilan mereka yang tidak patuh SOP menyebabkan usaha bagi menghentikan virus Covid-19 gagal.

"Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa akan membuat pemantauan dengan mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar," katanya.

Katanya, sebanyak 41 kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan pelanggaran SOP dikeluarkan, semalam.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 63
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sidewinder 14-6-2021 07:48 PM
dah tak tahan tu nak mencelop.....2k pun 2k laa demi lubang nikmat...panjat gunung

Lain-lain Komen

Quote uori 12-6-2021 03:26 PM
eleh banyak tu je? patut penjara lima enam tahun, tak pun hukum gali kubur untuk mangsa covid tujuh lapan bulan ke, baru ada akai
Quote MontanaHannah 12-6-2021 03:39 PM
kalau aku pun sanggup bayar


best ooooooooooo dapat nikkah dengan yang tercinta

dalam hati ada raudhah  wnagiiii semerbak harum

Dajjei sungguh laaaaaaaaaaaa xsempat nak menutuh ke celaka celaka ni semua

Quote manehnya 12-6-2021 03:40 PM
Ketegaq mampuih... Rumah tang mana niii haaaa.... Rasa besaq taraf hajah lop kottt
Quote aechae 12-6-2021 03:46 PM
Jurugambar pnya denda tu patut minta tuan rumah yg bayarkn, dh korg upah dia kn
Quote jagung5 12-6-2021 03:50 PM
manehnya replied at 12-6-2021 03:40 PM
Ketegaq mampuih... Rumah tang mana niii haaaa.... Rasa besaq taraf hajah lop kottt

tu la..I pun nak tau rumah dkt area mana..rasa belah bagan...nak tau family sapa
Quote anony-mous 12-6-2021 04:19 PM
Ketegaq sugguh. Tok kadi tu pon patut saman sekali. Setau iols penang xbenarkan nikah tempoh 2 weeks ni. Mcm mana boleh lepas?
Quote noor2 12-6-2021 04:21 PM
Patut rm200k denda.
Quote nesloice 12-6-2021 04:25 PM
demi like instagram
Quote mrsbale 12-6-2021 04:35 PM
Jurunikah xkan xtau SOP pejabat agama lagumana.
Mcmmn blh dpt kebenaran nih
Quote sukacactus 12-6-2021 04:35 PM
Ketegaqnya hampa!
Quote Piramida 12-6-2021 04:37 PM
Maaf cakap.. ramai juga yg masih bodoh ya... nak anjur majlis dan berkumpul.
Quote myoujin 12-6-2021 04:37 PM
Mahalnya bergambor... RMxxxx + Rm2k
Quote JunkMail 12-6-2021 04:38 PM
Orang dah bosan lah tu... Aku ni tinggal berapa persen je kesabaran ni rasa macam sat ni jugak nak drive balik kampung..
Quote aechae 12-6-2021 04:39 PM
anony-mous replied at 12-6-2021 04:19 PM
Ketegaq sugguh. Tok kadi tu pon patut saman sekali. Setau iols penang xbenarkan nikah tempoh 2 weeks ...

Rsa tok kadi xda ni...dh nikah dlu, ni utk amek2 gmbar je ni..nakkk jugak buat potoshoot musim2 covid gak
Quote MeghanK 12-6-2021 04:39 PM
ni kalau kena covid kompem ratib gomen gagal walaupun pada dasar nya memang sop caca marba tapi diri sendiri tu jaga la jugak..satu famili cacat otak
Quote makneng 12-6-2021 04:45 PM
Quote krustykrab 12-6-2021 04:47 PM
Sikitnya denda...patut penjara kan saja semua tu sebulan...
Quote sapeka 12-6-2021 04:49 PM
Family sapa ni?
Ngaku cepat
Hisshhh
Quote alieyrina 12-6-2021 05:00 PM
Sikitnya 2k. Penganjur kena la 20k. Ni bg pengajaran kt org lain sama. 2k celah gg bapak pgantin saja

Lihat semua komen(63)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top