Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Wakil Rakyat Tak Dengar Masalah Kita, Dalam Parlimen Pakai ‘Headphone' - Caprice

12-6-2021 02:31 PM| Komen: 30

Penyanyi rap Caprice dalam satu temu bual eksklusif OWH! MG baru-baru ini berkata, anak muda perlu berani dan diberi hak bersuara dan melontarkan idea.

Beliau berpandangan, anak-anak muda negara ini perlu diberi pendedahan itu demi masa depan Malaysia.


Kredit foto: Kosmo!

“Selamatkan anak muda, maksudnya selamatlah masa depan Malaysia.

“Orang lama (pemimpin) ni nak selamatkan diri, nak kuasa dan diri sendiri saja,” dakwa beliau.

Tambah Caprice, secara logik demi ummah dan rakyat, apabila bercerita pasal masa depan sebenarnya anak muda adalah masa depan.

“Kita nanti dah sembah ke bumi, anak mudalah masa depan kita.

“Saya rasa wakil rakyat sekarang tak dengar masalah rakyat. Mereka duduk dalam Parlimen pakai ‘headphone’,” ujarnya.

Caprice turut berpandangan kebanyakan wakil rakyat ini hanya muncul dan bersikap baik ketika memancing undi untuk pilihan raya.

“Apabila mereka dapat kuasa, duduk dalam Parlimen, mereka tak nak dengar atau tak mahu dengar suara rakyat?

“Saya rasa…. bukan saya saja, ada ramai anak muda di luar sana perlu bangkit dan jadi pemimpin baharu,” katanya.



Bagaimanapun, katanya, pandangannya itu bukan bermaksud orang lama ni tak bagus. Sebaliknya, menurut beliau, orang lama banyak ilmu dan orang muda perlu belajar.

Tapi pada masa sama, orang muda perlu ada idea baharu, hala tuju dan visi baharu untuk bersama-sama dengan orang lama.

“Cuma kebanyakan mereka ini, apabila orang seperti saya ‘ketuk pintu’, kita dikatakan nak tunjuk pandai pula. Sebenarnya kita nak bekerjasama. Idea orang muda,” katanya lagi.

Ditanya parti manakah yang menjadi pilihan untuk sama-sama menggerakkan misi pendidikan ini, Caprice menjelaskan lebih selesa bergerak sebagai parti bebas.

“Saya nak bersama-sama orang di luar sana, yang ada idea dan boleh jadi pemimpin dengan saya.

“Orang di luar sana dah muak dengan politik ni. Politik di sini selalu kena hentam atau malas nak layan.

“Ini bukan salah rakyat tetapi ia adalah kerana wakil rakyat tak buat kerja, tak turun padang dan tak dengar suara rakyat.

“Orang tak akan cari saya, kalau mereka boleh cari terus wakil rakyat yang mereka undi. Jadi yang bermasalah itu adalah wakil rakyat,” tambahnya lagi.

Ditanya mengenai kepercayaannya terhadap parti politik sedia ada, Caprice berkata, adalah lebih baik dia bergerak sebagai bebas sahaja terlebih dahulu.

“Apabila kita pilih Chelsea atau Manchester, kita akan ada sekutu-sekutu pula. Akhirnya dikatakan saya setuju dengan cara orang lama dalam pasukan itu.

“Saya tak mahu begitu. Saya suka parti-parti sedia ada buat pembaharuan, susun askar baharu, baru saya masuk dan bergerak sebagai satu pasukan.

“Telefon pun upgrade setiap tahun, takkan kita tak boleh upgrade minda orang kita.

“Saya hormat ramai pemimpin, saya rajin kacau pemimpin Malaysia. Apa yang saya keliru. Cuma kebanyakan pemimpin kita ada masalah untuk kerjasama. Mereka buat kepala sendiri.

“Macam perang, kalau tak bersatu, susah nak menang, susah nak buat kerja. Kalau ada kesatuan itu, impaknya akan jadi lebih kuat.

“Malangnya, pemimpin yang ada tidak bersatu,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 30
Komen

Previous : 'Kenapa Orang Biasa Tak Boleh, Tapi Artis Boleh Ambil Gambar Masa Suntik Vaksin?'

Next       : Wawa Zainal Dituduh Ciplak Rekaan Pembungkusan, Padu Aeril Zafrel Balas

Komen Terbaru

Quote tobobon 15-6-2021 01:18 AM
Untunglah anak orang ada2 x perlu risau mco..esok ada kerja ker takde...gaji ada ker takde...no wonder ada masa nak buat2 ala sjw

Lain-lain Komen

Quote Buritan 12-6-2021 02:39 PM
Koh koh koh kohhhhhhh... next election nak undi tajuddin lrt kiss laaa..
Quote Normabaru 12-6-2021 02:59 PM
Ko pon gol yg amik kesempatan sembang je lebat.. Ritu gaduh dgn nurin da setel lom
Quote slyfynx 12-6-2021 03:07 PM
Byk bunyik la mamat ni
Quote kivio 12-6-2021 03:10 PM
Kehkeh kapris tryin hard to stay relevant
Kalau x, nama tenggelam yo
Quote lavendernovella 12-6-2021 03:17 PM
Ada ker ahli politik yang betul2 bekerja utk rakyat tanpa niat buat untung dibelakang tabir?

Show me.
Quote tagas 12-6-2021 03:33 PM
Ko pun kalo jadik politician gitu jgk

btw sape mamat kecemprit nih

nak kata retis pelakon ke penyanyi

tak pernah nampak kat tv

takat sembang mambang

ala ala kencang kat socmed je
Quote irsa 12-6-2021 03:33 PM
Gigih heols skrg ya! Nmpk lantang menyuarakan pendapat.. Pak menteri semua dgr x apa yg disuarakan heols tu
Quote uori 12-6-2021 03:34 PM
sembangggggg kencangggggggg
Quote sleepandream 12-6-2021 03:41 PM
syed saddiq... yeo bee yin... nurul izzah... antara yg bagus kalau berdebat dalam parlimen...
mostly yang tua bangka meraban mengarut sajork
Quote evlinne 12-6-2021 05:23 PM
tagas replied at 12-6-2021 03:33 PM
Ko pun kalo jadik politician gitu jgk

btw sape mamat kecemprit nih

Lama x dengar perkataan kecimpret tu
Quote Cik_jantung 12-6-2021 06:06 PM
sleepandream replied at 12-6-2021 03:41 PM
syed saddiq... yeo bee yin... nurul izzah... antara yg bagus kalau berdebat dalam parlimen...
mostl ...

Dahla mengarut.. mencarut pulakk ..tak padan dgn tua.. gitula perangai masing..
Quote Nozot 12-6-2021 06:08 PM
So dear what did you do. Asyik memekak nak revoke ja. Tak penat ke.
Quote kotakominami 12-6-2021 07:09 PM
Ade..tok mat dgn tok pa
Quote Aikiko 12-6-2021 07:19 PM
evlinne replied at 12-6-2021 05:23 PM
Lama x dengar perkataan kecimpret tu

Apa maksud??
Quote QueenCaramel 12-6-2021 08:14 PM
Mamat ni sembang lebihhh..
Quote Rogue98 12-6-2021 08:16 PM
Dah xde duit nak modify kereta ke tu...
Quote LadyCarefree 12-6-2021 11:54 PM
Kesianlah mamat topinasi ni.
Quote abangnon 13-6-2021 01:03 AM
Bang non memang geli dgn budak ni... bajet good2 je . ingat Tun M nak pandang dia? #eh #opss
Quote minnie_mouse 13-6-2021 04:38 AM
Si topinasi ni asyik nk jd watak tempelan ja.. Bila sibuk bab ahli politik, dia timbul... Bila sebok dewabit ilang pon dia timbul konon umpama org penting dewabit... Hanya dia ja yg dpt contact dewabit.... Eiiiiii

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top