Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Suami Panik, Isteri Terberanak Di Sekatan Jalan Raya

11-6-2021 03:57 PM Komen: 36
Kota Samarahan: Wanita selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua polis wanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching - Samarahan, malam tadi.

Dalam kejadian 11.50 malam itu, wanita berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, berkata, dia yang bertugas menjaga SJR bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki yang isterinya mahu bersalin.


Foto: Harian Metro

"Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak.

"Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, selepas itu dia dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, untuk menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, suami wanita itu yang berada dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan.

"Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu.

"Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan kain tuala yang dibawa," katanya.

Katanya, bayi bersama ibunya kemudian dibawa ke HUS untuk mendapat rawatan lanjut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 36
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chinta89 30-6-2021 01:44 AM
Dia x rasa tanda nk bsalin ke atau takde langsung sakit? Atau saje lengah nk g hospital?







Lain-lain Komen

Quote pxlbb 11-6-2021 04:21 PM
Plot twist: polis kenakan kompaun sbb dah bertiga dalam 1 kereta

Tahniah new mommy dan new daddy. Boleh la cerita kat anak cucu tempat lahir apak kau di SJR.
Quote Tinot7 11-6-2021 04:25 PM
Tahniah.. nasib baik dlm surat beranak la ni tak payah tulis beranak dlm keta ke apa..
Quote wallflower 11-6-2021 04:29 PM
Tinot7 replied at 11-6-2021 04:25 PM
Tahniah.. nasib baik dlm surat beranak la ni tak payah tulis beranak dlm keta ke apa..

yeke u.bkn ada ke ruangan utk tulis tmpt lahir??mudah juga sheols bersalin kan
Quote Tinot7 11-6-2021 04:31 PM
wallflower replied at 11-6-2021 04:29 PM
yeke u.bkn ada ke ruangan utk tulis tmpt lahir??mudah juga sheols bersalin kan

Nnt tempat kelahiran nak bubuh apa? SJR? Dalam keta?...
Dolu2 ada jahh org tulis lahir di rumah... jaman now, iols tak pasti.

Alhamdulillah dia mudah beranak.. kalau kelahiran yg bermasalah, musti sayu jahh...
Quote makcun14 11-6-2021 04:34 PM
Tahniah ! . Sihat yach tubuh badan sheols boleh bersalin dengan jayanya dalam kereta. Alhamdulillah..
Quote Hazi1975 11-6-2021 04:36 PM
Alhamdulillah tahniah...
Quote Buritan 11-6-2021 04:40 PM
pxlbb replied at 11-6-2021 04:21 PM
Plot twist: polis kenakan kompaun sbb dah bertiga dalam 1 kereta

Tahniah new mommy dan new  ...

Leh taruk nama rodblokiah
Quote edayildiz 11-6-2021 04:41 PM
Tinot7 replied at 11-6-2021 04:25 PM
Tahniah.. nasib baik dlm surat beranak la ni tak payah tulis beranak dlm keta ke apa..

dlu kena tulis dlm keta ke?
sng nya akak ni beranak..i selalu tgk perempian dlm family i semua beranak ssh..even mak i pun trauma kalau cite psl beranak
Quote Tinot7 11-6-2021 04:45 PM
edayildiz replied at 11-6-2021 04:41 PM
dlu kena tulis dlm keta ke?
sng nya akak ni beranak..i selalu tgk perempian dlm family i semua be ...

Seingat iols, bubuh beranak di rumah jahh..

Tak sumer org mudah nak veranakss..
Quote uori 11-6-2021 04:52 PM
dulu kalau beranak dalam kapal terbang, budak tu dapat tiket free seumur hidup bagai, jadi budak ni dapat lepas semua sekatan jalan raya seumur hidup ke macam mana?

Quote PristineOne 11-6-2021 04:52 PM
Buritan replied at 11-6-2021 04:40 PM
Leh taruk nama rodblokiah

Farah Schee Katani
Quote mzsnam 11-6-2021 05:03 PM
mudahnya lahir ank. Alhamdulillah
Quote luluaurora 11-6-2021 05:04 PM
alhamdulillah,
yg pnting smua selamat.
Quote 3480 11-6-2021 07:30 PM
Kwn2 aku ada yg terberanak dlm keta tp tempat lahir nama spital
Quote sfrnna 11-6-2021 07:49 PM
Teringat kat acik abby pun beranak dlm kereta kan dulu
Quote kelapaparut 11-6-2021 07:54 PM
Tinot7 replied at 11-6-2021 04:25 PM
Tahniah.. nasib baik dlm surat beranak la ni tak payah tulis beranak dlm keta ke apa..

alang2 da beranak sjr polis, ape kate polis bg percuma saman atau kompaun seumur hidup dr pdrm, mcm airlines2 bg free ticket for life kalu beranak dlm.kpl terbang
Quote Cece1234 11-6-2021 08:04 PM
Alhamdulillah selamat..
Quote dua_chzy 11-6-2021 08:57 PM
If luar nikah ni, harus dikecam senang beranak sebab Allah (konon) nak tutup aib kan.
Quote Tinot7 11-6-2021 09:13 PM
dua_chzy replied at 11-6-2021 08:57 PM
If luar nikah ni, harus dikecam senang beranak sebab Allah (konon) nak tutup aib kan.

Iols slalu dgr yg luar nikah senang nak veranakss.. tapi iols ada jahh jumpa yg kena operate caesar

Lihat semua komen(36)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top