Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Motor Dibakar Bos Sebab Pinjam Kereta Sampai Habis Petrol

11-6-2021 02:54 PM Komen: 15
Hanya kerana perselisihan faham, seorang lelaki bertindak membakar motosikal milik seorang pekerjanya dalam kejadian di sebuah kilang memproses ayam di Tasek Gelugor, Pulau Pinang Selasa lalu.

Suspek merupakan pemilik kilang berusia 40 tahun dipercayai berbuat demikian selepas tidak berpuas hati dengan mangsa yang meminjam keretanya sehingga kehabisan petrol dan rosak.


Kredit foto: PDRM

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 35 tahun mendakwa motosikalnya terbakar dan hanya tinggal rangka pada Selasa lalu.

"Dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan majikannya kerana sehari sebelum kejadian berlaku perselisihan faham antara mereka berdua," katanya.

Menurut Noorzainy, pada Isnin lalu, mangsa telah meminjam kereta suspek untuk berjumpa dengan kawannya di Kubang Menerong, Tasek Gelugor.

Bagaimanapun, kereta tersebut kehabisan petrol dan menyebabkan mangsa meninggalkan kenderaan tersebut di tepi jalan.

"Mangsa kembali semula bersama suspek keesokan harinya untuk mengisi petrol dan membawa balik kenderaan tersebut namun kenderaan itu tidak dapat dihidupkan, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Noorzainy berkata, suspek yang tidak berpuas hati kemudian menuju ke kilangnya lalu membakar motosikal milik mangsa.

Perbuatan suspek disaksikan ibunya dan seorang jiran yang cuba menghalang tindakan itu namun gagal.

Katanya, suspek juga dikatakan menghantar gambar motosikal yang sedang terbakar kepada mangsa.

"Hasil siasatan mendapati motosikal itu ditinggalkan suspek sejak seminggu lalu di kilang tersebut kerana mengalami kerosakan, katanya.

Susulan laporan mangsa, suspek kemudiannya ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah SPU kira-kira jam 1 petang Khamis.

Pihak polis turut merampas telefon bimbit, cebisan kain berwarna coklat yang terdapat kesan terbakar, pemetik api dan sekeping nombor plat kenderaan yang terbakar.

Noorzainy berkata, hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala saringan air kencingnya juga negatif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api.


Sumber: AWANI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 15
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 14-6-2021 08:12 AM
Nak cash ke cheque? Dibaginya cash terus. Dah pakai minyak orang sila isi balik yaaa

Lain-lain Komen

Quote shernazz 11-6-2021 03:07 PM
Ish3
Tu yang iols tak.suka.bg pinjam.kete
Kekqdamg tu guna petrol pastu bagi balik..petrol pung tinggal ciput..hahaa...hadoi.la
Quote annehuda 11-6-2021 03:11 PM
aku pun penah kene mcm ni.  pakcik pinjam motor, tak reti nak isi minyak. bila aku bawak mati tengah jalan ngam2 depan stesen minyak. rasa terbakar juga sebab motor aku minyak sentiasa penuh, plg kurang pun tangki tinggal separuh. lelaki mmg mcm ni sepanjang masa husnozon minyak ada lagi
Quote insulin 11-6-2021 03:11 PM
Kereta tak dapat start? Mungkin disebabkan oleh fuel pump kereta dia rosak kerana petrol yang dah habis.
Quote Jitu 11-6-2021 06:21 PM
hal kecik je tak pasal2 masuk jail
tukar je lah fuel pump dgn fuel filter pastu tolak lah gaji pekerja tu tak pun pecat je terus pekerja tu
Quote Jitu 11-6-2021 06:23 PM
annehuda replied at 11-6-2021 03:11 PM
aku pun penah kene mcm ni.  pakcik pinjam motor, tak reti nak isi minyak. bila aku bawak mati tengah ...

ehhh sori ye i bukan jenis lelaki mcm tu mesti penuh punya tank kecuali masa takda fulus
Quote Babai 11-6-2021 06:27 PM
annehuda replied at 11-6-2021 03:11 PM
aku pun penah kene mcm ni.  pakcik pinjam motor, tak reti nak isi minyak. bila aku bawak mati tengah ...

Jangan bagi sesiapa pinjam kenderaan kita. Itu yang terbaik.
Quote Belibis 11-6-2021 07:40 PM
Pakai moto rosak,pinjam kereta orang rosakkkk.apa la nasib malang.tapi kira okey la boss kasi pinjam,tapi tak reti nak bersyukur .
Quote LautBiru52 11-6-2021 08:18 PM
Sejenis tak pandai jaga barang. Harta orang rosak. Harta sendiri rosak. Haih
Quote angelofish 11-6-2021 08:50 PM
cash......
Quote Supersirap 12-6-2021 12:32 AM
Macam-macam hal masyarakat sekarang ni
Quote TomyamPuteh 12-6-2021 09:16 AM
Jiran mak aku lg syial. Pinjam blender smpai rosak. Pastu tuduh ank dia yg umo 4 thn pegi rosakkan
Quote CiliPadiSedap 12-6-2021 10:15 AM
annehuda: aku pun penah kene mcm ni.  pakcik pinjam motor, tak reti nak isi minyak. bila aku bawak mati tengah jalan ngam2 depan stesen minyak. rasa terbakar ju ...

Nasib baik xbakar pakcik tu
Quote batmana 12-6-2021 12:23 PM
TomyamPuteh replied at 12-6-2021 09:16 AM
Jiran mak aku lg syial. Pinjam blender smpai rosak. Pastu tuduh ank dia yg umo 4 thn pegi rosakkan:l ...

jiran tu tk le pakai,
nnti pinjam apa2, rosak, dituduh anak umo 4 tahun yg buat..

Quote sambaldurian 12-6-2021 12:45 PM
ak aritu bwk kete g ofis mls nk isi minyak, padahal satu bar dh. cuak jgk la tetiba lmbang petrol pump dh blinking2 dlm perjalanan, sebaik x jem sbb pkp , turun bukit sikit slepas naik bukit, lambang petrol dah x blinking dah. nmpak petrol pump terus isi 15 liter.
Quote nakkomenjugak 14-6-2021 08:12 AM
Nak cash ke cheque? Dibaginya cash terus. Dah pakai minyak orang sila isi balik yaaa

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top