Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ahli Parlimen Korea Selatan Cetus Kemarahan Peminat BTS Kerana Tatu

11-6-2021 12:50 PM Komen: 35
Seorang ahli Parlimen termuda Korea Selatan memohon maaf selepas mencetuskan kemarahan peminat kumpulan K-Pop popular BTS.

Ryu Ho-jeong mencetuskan kemarahan selepas menggunakan gambar tatu seorang anggota kumpulan tersebut, iaitu Jungkook sebagai bahan untuk mempromosi kempen melonggarkan undang-undang tatu di negara ini, lapor AFP.


Kredit foto: Korea JoongAng Daily

Ho-jeong didakwa cuba membawa Jungkook ke dalam kancah politik oleh para peminat fanatiknya.

Korea Selatan mempunyai undang-undang tatu yang ketat, menyaksikan proses itu diklasifikasikan sebagai prosedur perubatan dan hanya boleh dilakukan oleh doktor bertauliah.

Mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang tersebut boleh berdepan dengan hukuman penjara.

Ho-jeong yang mengaku beliau juga merupakan antara peminat BTS, memuat naik gambar tatu Jungkook dalam akaun media sosialnya.

Dalam kempennya, Ho-jeong mengusulkan rang undang-undang untuk membenarkan artis melukis tatu diberi latihan untuk sah di sisi undang-undang negara ini.


Kredit foto: NME

Seorang daripada peminat BTS menggesa ahli Parlimen wanita berusia 28 tahun itu memadam gambar tersebut.

Jangan gunakan selebriti untuk kempen politik anda. Saya gembira kerana tidak lagi menyokong parti anda, tulisnya. 


Sumber: Utusan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 35
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote gideoncross 13-6-2021 10:51 PM
nazzse replied at 12-6-2021 11:19 AM
Kisah plak iols dgn maksud nya. Yg pasti semak diaorg ni. Semu benda pasal bts nak jadi isu. Minat ...

Iol bgithu je, xyah lh marah kat iol plak lol.

Lain-lain Komen

Quote batmana 11-6-2021 01:11 PM
cube check profil pengkritik tu, msti org pmpn.

tak abis2 sentap isu bodoh
Quote Kurex 11-6-2021 01:53 PM
Bts tu pun tak sedar korang wujud. Korang je yg bagai nak rak menyembah bts tu
Quote husna_amal 11-6-2021 02:36 PM
gelabah la peminat2 bts ni.
Quote edayildiz 11-6-2021 02:38 PM
gelabah btl peminat bts..i ni suka korea jgk tp i tade taksub mcm army..tp i dh strt suka plak dgr lgu bts..
Quote dudaberhias 11-6-2021 02:40 PM
Yang komen dan kecam tu pun semua perempuan huduh bbnu andartu. Bercermin mata, muka penuh jerawat, mata sepet. Takde kerja, menganggur, takde simpanan dan kerja perabih duit beli album kpop, bilik hodoh macam kuil penuh poster KPOP. Ataupun di ringkaskan sampah masyarakat. Sekian. Titik noktah.
Quote mawar_pink 11-6-2021 02:55 PM
peminat bts pon taksub sggh dgn ahli2 bts ni....
Quote setori_mori 11-6-2021 03:28 PM
edayildiz replied at 11-6-2021 02:38 PM
gelabah btl peminat bts..i ni suka korea jgk tp i tade taksub mcm army..tp i dh strt suka plak dgr l ...

Lagu bts sedap. Each member tu ada voice lain2 so mcm compliments la in a song bila bergabong
Quote nazzse 11-6-2021 03:42 PM
Army lembik. Buat rosak makna army je. Army = askar = gagah perkasa
Quote insulin 11-6-2021 03:46 PM
Kenapa la nak cacah tatu? Buat badan kau jadi hodoh je.
Quote syaz_lina 11-6-2021 03:51 PM
Biasa la bts tengah mencanak sekarang, politician ni pun opportunist. Sebab dah berjaya pinda akta bagi BTS tangguh dorang punya military service.
Quote bakingsoda 11-6-2021 04:02 PM
semoga populariti bts pupus dlm masa terdekat bawak skali army berkubur. kambus beramai2 blkg rumah @dudaberhias
Quote dudaberhias 11-6-2021 04:07 PM
bakingsoda replied at 11-6-2021 04:02 PM
semoga populariti bts pupus dlm masa terdekat bawak skali army berkubur. kambus beramai2 blkg rumah  ...

hey choiii!!!! tak layak army2 ni dikambuih belakang rumah iols, tak pasal2 nanti habis mampoih pokok2...

elok kambuih dekat lombong berhampiran tasik chini tu bagi di santap naga2 sampai kenyang... second option di semadikan dalam gunung berapi... campak jah semua dari atas kawah gunung krakatoa...
Quote ~boolean 11-6-2021 04:14 PM
dudaberhias replied at 11-6-2021 02:40 PM
Yang komen dan kecam tu pun semua perempuan huduh bbnu andartu. Bercermin mata, muka penuh jerawat,  ...

surprisingly, army bts yang aku kenal in real life dan online kebanyakan kerja bidang sains..medical officer, researcher, phd holder, biologist..kali pertama jumpa fans kpop group yang bukan bbnu semata-mata...
Quote sukacactus 11-6-2021 04:18 PM
Tau nama jungkook pasal berkhemah bersama si nopal dl tu je
Xde la aku kesah pasal bts ni semua, lps zaman aku dah pun
Quote c===8 11-6-2021 04:23 PM
artis berpasukan kpop ni cuma reti miming je kan?
Quote edayildiz 11-6-2021 04:34 PM
setori_mori replied at 11-6-2021 03:28 PM
Lagu bts sedap. Each member tu ada voice lain2 so mcm compliments la in a song bila bergabong

ni btl..i br start lyn lgu dorg lps kes bts x mcd aritu..so selalu scroll2 kt ig bdk2 dk post lgu bts..so i strt dgr jd suka tp tade la nk obses..suka dgr lgu jer
Quote mbhcsf 11-6-2021 05:13 PM
MP ni 28 years old - bawa isu org muda tattoo? hmm...??? tak ada isu yg more pressing ke di Korea ni? i mean wow laaa....Malaysia ni soal soal serious berbaris - darurat , Covid-19, PRU , now mageran ya ALLAH...
Quote surfin_net82 11-6-2021 05:31 PM
insulin replied at 11-6-2021 03:46 PM
Kenapa la nak cacah tatu? Buat badan kau jadi hodoh je.

Lepas gian.. kecik2 dulu susah nak dapt kertas kot
Quote helicornia 11-6-2021 08:44 PM
insulin: Kenapa la nak cacah tatu? Buat badan kau jadi hodoh je.

betul. nampak kotor je. kita ni sedangkan parut je pun lagi nak sental bagi hilang.dorang saja mencacatkan kulit. i komen general bukan kpd jungkook bts je. tk payah la perasan ada tatu nampak macho

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top