Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ramai Orang Asli Tak Nak Vaksin Sebab Takut Mati

11-6-2021 10:47 AM Komen: 5
Takut mati antara alasan utama masyarakat Orang Asli di empat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku, Lipis menolak suntikan vaksin Covid-19.

Empat kampung berkenaan adalah Kampung Sungai Sekin, Kampung Sungai Garam, Kampung Paya Keladi dan Kampung Telok Gunung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, hasil pemantauan dan ziarahnya menerusi program Padang Tengku Menyapa sempena kempen pendaftaran imunisasi Covid-19 mendapati rata-rata penduduk enggan mengambil suntikan tersebut.


Mustapa Long (kanan) memujuk Orang Asli etnik Bateq mengambil vaksin di sebuah perkampungan Orang Asli di Padang Tengku di Lipis semalam.

Alasan yang saya terima macam tidak masuk akal iaitu takut mati yang mana hampir kesemua ketua isi rumah yang ditemui memberikan alasan tersebut.

Sekiranya semua ketua keluarga berkenaan menolak vaksin bermakna kira-kira 300 orang daripada keseluruhan 8,000 penduduk Orang Asli kawasan Padang Tengku enggan disuntik vaksin, katanya di sini, hari ini.

Menurut Mustapa usaha memujuk masyarakat Orang Asli terbabit dilakukan berterusan yang mana beliau berharap pakar psikologi daripada Jabatan Kesihatan akan turut membantu memujuk masyarakat Orang Asli.

Kita berdepan keadaan amat sukar untuk menyakinkan masyarakat minoriti etnik Bateq ini yang masih terikat dengan budaya turun-temurun di samping amalan berkaitan kepercayaan kepada alam sekitar dan sebagainya.

Setakat ini tiada lagi laporan penduduk Orang Asli di kawasan Padang Tengku dijangkiti wabak ini dan usaha memujuk mereka akan diteruskan bagi mencegah penularan wabak ini ke kampung Orang Asli pada masa akan datang,katanya.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan dicadang mewujudkan peraturan bagi mewajibkan rakyat mengambil vaksin khususnya di kawasan yang terdapat penularan kes serta di kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) termasuklah di perkampungan Orang Asli di negara ini.

Kalau ada peraturan yang boleh dikenakan kompaun kepada penduduk yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan alasan untuk membendung penularan wabak tersebut, mengapa pula tidak boleh digubal peraturan atau SOP wajib penduduk berkenaan mengambil vaksin atas alasan yang sama, ujarnya. 


Sumber: K! ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote iman_kasih 11-6-2021 04:05 PM
Deme ni bukan jenis taat tok batin ke? Pegang tok batin la. Fahamkan dia..nanti pandai2 la dia nasihatkan anak2 buah dia.

Lain-lain Komen

Quote Buritan 11-6-2021 12:47 PM
Jgnkan org asli.. aku dulu dulu pun tak yakin jugak.. even member aku cinok pun dia rasa tak konpidennnn
Quote jahcomel 11-6-2021 12:55 PM
Urang asli byk mkn akar kayu...ubat alami..
Quote Friska 11-6-2021 01:00 PM
Indonesia juga punya masalah yang sama suku pendalaman (kalau di Malaysia dibilang orang asli) ndak mahu divaksinasi terus mereka kabur jauh ke dalam hutan
Quote Itzy 11-6-2021 03:52 PM
lol takut mati hahaha, ko ingat nyawa kau tu selamanya ke wahai warga asli sekalian? silap1 org yg vaksin tu hidup lg lama dr ko yg tak vaksin. Ni sama macam geng antivaksin, degil nak mampus.
Quote iman_kasih 11-6-2021 04:05 PM
Deme ni bukan jenis taat tok batin ke? Pegang tok batin la. Fahamkan dia..nanti pandai2 la dia nasihatkan anak2 buah dia.

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top