Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

"Pesanan Orang Tua Penuh Kiasan, Tak Perlu Sentap Fikir Sebelum Komen" - Nurul Zahid

Oleh: Ct Cheery|11-6-2021 10:36 AM Komen: 25

Masih hangat di media sosial mengenai kenyataan pakar motivasi, Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad yang dikecam warganet selepas memuat naik video berkaitan jodoh di laman media sosialnya.


Video yang  memaparkan Prof. Muhaya mengatakan wanita " biarlah macam bodoh-bodoh sikit" jika mahu cepat mendapat jodoh turut di bidas pelatih pakar bedah, selebriti, dan doktor pakar lain.


Foto: Instagram Nurul Zahid


Datuk Nurul Hidayah atau lebih dikenali sebagai Nurul Zahid mempunyai pandangan tersendiri mengenai kenyataan pakar motivasi tersebut. 


Nurul Zahid telah berkongsikan pandangan menerusi entri di Instagram dengan mengatakan bahawa pesanan orang tua penuh dengan 'kiasan'. 


" Jodoh kita ni Allah yang tetapkan.


" Kalau orang tua-tua pesan dengan 'kiasan' tak perlu 'sentap'. Ambil yang positif dan fikir dahulu sebelum kita Komen dengan emosi," tulis Nurul.


Foto: Instagram Nurul Zahid


Nurul mengulas, buat-buat bodoh dan bodoh adalah dua pemahaman yang berbeza.



"Saya bagi contoh. Lelaki mana suka perempuan bossy, pentingkan diri, dia sahaja betul, perasan cantik, perasan pandai walaupun memang cerdik anugerah dekan setiap semester. Mungkin adalah kot lelaki suka ciri-ciri perempuan yang saya sebutkan tadi.


"Kebanyakkan lelaki Islam, Melayu, Asia suka perempuan yang berperwatakan keibuan, lembut tetapi tegas, hormat pada keluarga dia dan tahu membawa status seorang isteri apabila berkahwin.


"Buat-buat bodoh dan bodoh adalah dua pemahaman yang berbeza.


"Kita bincang dalam konteks 'Asia'.Lain dengan lelaki 'luar'. Cara didikan, agama dan pendedahan mereka berbeza. Nama pun pendapat, tak ada yang betul, tak ada yang Salah.


"Yang salahnya, sosial media digunakan untuk tunjuk perasaan, maki hamun. Lelaki baca pun seram. Defensive sangat. Kalau benda ini pun tak boleh nak bawak bincang, bayangkan kalau kahwin nanti?


"Jadi perempuan kena banyak sabar. Sabar adalah kunci segalanya bagi seorang wanita. Kalau kita rasa kita betul pun, bukan waktu tu jugak kita kena buktikan kita betul. Ada yang keras hati cakap, " Baik tak payah bersuami" - terpulang.


"Bagi saya bersuami adalah ibadah. Yang beragama Islam, kembali kepada apa yang Allah perintah," sambungnya.


Menurut Nurul, dia perlukan suami untuk membimbingnya. Dia tidak menafikan bahawa dalam perkahwinan sememangnya banyak dugaan. Tetapi apa yang perlu ada pada seorang isteri hanyalah kesabaran.


"Nak ikut perasaan memang boleh 'blah'. Tapi buat apa kadang-kadang hal kecik kita nak besarkan, sampai bila nak selesai? Bukan harta, bukan cantik, bukan pangkat yang menjadi kebanggaan seorang wanita tetapi kesabaran adalah kunci bagi perjalanan setiap yang bergelar wanita," tulisnya panjang lebar.


Rata-rata warganet bersetuju dengan Nurul Zahid di Instagram dan meninggalkan komen positif terhadap pendapat yang dikongsikan.


Foto: Instagram Nurul Zahid


Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Muhaya telah memberi maklum balas mengenai kenyataan 'Bodoh-bodoh sikit' di sosial medianya pada lewat petang, kelmarin. Diharapkan, penjelasan dan permohonan maaf yang dibuat Prof Muhaya dapat meleraikan perbalahan dan kekecohan yang berlaku dalam kalangan wanita di negara ini. - CARI


Sumber: Instagram Nurul Zahid dan Mingguan Wanita


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 25
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 14-6-2021 03:13 PM
tak suka juga anak berank ni. over

Lain-lain Komen

Quote KIM.K 11-6-2021 10:44 AM
sapa la ajar orang tua tu clickbait. mickey la kan
Quote Tinot7 11-6-2021 10:45 AM
Kening dia nihh masih kening buatan ke dakk??
Dah tak nampak la ni..
Quote helicornia 11-6-2021 10:46 AM
adoi panjangnya tulis.malas nak baca satu2.last2 justify kenapa dia kawin lagi (dgn laki org at that time)
Quote Skuau 11-6-2021 10:51 AM
Aku tulis balik ye...kalo x nak ' bodoh-bodoh'....boleh jer 'MEMANDAI-MANDAI'..xyh nak pening2 haper...
Quote Cyempaka 11-6-2021 11:40 AM
"Saya bagi contoh. Lelaki mana suka perempuan bossy, pentingkan diri, dia sahaja betul, perasan cantik, perasan pandai"

Dia xperasan ke dia pun ada semua sifat tu.. Tu laki dia ndak je kat dia.. atau laki dia telan je semua tu janji menikoh anak wak jahit.. senang dimasa hadapan


Diam la kau!
Quote riyadhK 11-6-2021 12:24 PM
Living proof isteri bodoh bodoh
Quote matchstick 11-6-2021 12:44 PM
Sibuk je ko hantu gigi
Quote LadyCarefree 11-6-2021 12:45 PM
Bersuami adalah ibadah. K. Buat bodo-bodo je la kan.
Quote AyaqMeloSuam 11-6-2021 02:20 PM
Jodoh bodoh kena ke dia.. ada ke dia mau jd bini no 2 pemandu teksi ka.. pemandu bus ka.. mamat despes ka ? Dia mau ka?
Quote yusryimran 11-6-2021 04:14 PM
anak ngan bapak 22 aku menyampah
Quote Normabaru 11-6-2021 04:22 PM
Jap... Dia ni sbb bodo ke rembat laki org..haaaa gittu...
Quote alesandra 11-6-2021 05:15 PM
Skuau replied at 11-6-2021 10:51 AM
Aku tulis balik ye...kalo x nak ' bodoh-bodoh'....boleh jer 'MEMANDAI-MANDAI'..xyh nak pening2 haper ...

Apa maksud ko memandai -mandai dlm konteks ini..?dah 2kali aku terbaca komen ni.eloborate plis.
Quote Skuau 11-6-2021 05:20 PM
alesandra replied at 11-6-2021 05:15 PM
Apa maksud ko memandai -mandai dlm konteks ini..?dah 2kali aku terbaca komen ni.eloborate plis.

bodoh2 dan memandai mandai xde maksud...ia perlakuan....bergantung kpd empunya badan berbeza drp seseorang dgn seseorang yg lain.
Quote sparkly 11-6-2021 10:25 PM
ko pun sama 2x5 la kak long oiiibebal, cakap je bnyk mcm tin kosong, propa je lebih
Quote gideoncross 12-6-2021 12:52 AM
yusryimran replied at 11-6-2021 04:14 PM
anak ngan bapak 22 aku menyampah

Iol imagine uol brbisik camni kat iol time kita tngh pilih2 smbil nak bli brg2 kat kdai runcit.
Quote gideoncross 12-6-2021 12:53 AM
riyadhK replied at 11-6-2021 12:24 PM
Living proof isteri bodoh bodoh

Sjenis pompuan kgemaran jejantz ummah Mulayu Meleis.
Quote rogayahtop 12-6-2021 01:55 AM
dlm bodo2 tu pompuan tgh sakit pun boleh dicaras la yer lmaoo
Quote yusryimran 12-6-2021 06:20 PM
gideoncross replied at 12-6-2021 12:52 AM
Iol imagine uol brbisik camni kat iol time kita tngh pilih2 smbil nak bli brg2 kat kdai runcit:lol ...

wahhh gituw katanya
Quote cmf_premierleag 12-6-2021 11:51 PM
diamlah betina bodoh
dah la rembat duit rakyat.penyamun sgt

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top