Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Tutup Telefon Enam Bulan, Zynakal Berehat Guna Media Sosial

11-6-2021 09:00 AM| Komen: 5

Penyanyi lagu Sakit, Zynakal, 22, membuat keputusan mengambil tempoh 'berehat' daripada menggunakan teknologi dan sosial media.

Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli berkata, keputusan itu diambil ekoran mahu mengutamakan kesihatan mental dan fizikalnya.

Foto: IG

"Saya akan menutup telefon selama lima hingga enam bulan. Dalam tempoh ini, saya mahu menjauhkan diri saya daripada penggunaan teknologi termasuklah sosial media.

"Pada masa sama, saya mahu memberi fokus kepada penjagaan kesihatan diri sendiri, ubat-ubatan seperti dinasihatkan doktor. Saya juga mahu menulis lagu dan banyakkan membaca," katanya kepada BH Online.



Tambah Zynakal, keputusan itu demi kebaikan dirinya.

Meskipun begitu, penyanyi yang juga popular menerusi lagu Terbang itu berkata, mereka yang berdepan masalah kesihatan mental mempunyai kesan yang berbeza.

"Kesan sakit ini kepada setiap orang tidak sama, jadi setiap orang ada cara tersendiri untuk merawatnya," katanya yang pernah menjalani rawatan dan pemulihan untuk masalah Bipolar Mania pada 2019.



Baru-baru ini, Zynakal berhadapan dengan kecaman netizen selepas meninggalkan komen seperti menyindir budaya dan adat orang Sarawak pada hantaran terbaharu rakannya yang juga penyanyi rap terkenal, Yonnyboii.

Disebabkan itu, Zynakal berkata, dia tidak akan mengulangi kesilapan sama dan akan lebih berhati-hati dalam setiap komen yang ditinggalkan.

"Saya serik untuk tinggalkan komen sebegitu walaupun bukan niat nak mempersendakan adat atau budaya orang lain. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati untuk meninggalkan komen.

"Tetapi, Alhamdulillah, kali ini keadaan saya okay sahaja apabila dikecam netizen," katanya.



Dalam perkembangan lain, Zynakal yang juga anak saudara kepada penyanyi, Zamani kini dalam proses untuk menyiapkan albumnya.

Katanya, album berkenan sudah hampir 70 peratus siap. Ia akan memuatkan 12 lagu termasuk dua lagu yang pernah keluar sebelum ini. -CARI

Sumber: Berita Harian


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 5
Komen

Previous : Dikatakan Hilang Selepas Ke Gaza, Caprice WhatsApp Ustaz Ebit Lew

Next       : Netizen Trauma Tengok Video Kucing Jilat Puting Jaafar Onn

Komen Terbaru

Quote Perils 11-6-2021 07:31 PM
Tgk dia tetiber tringt uga uga . Berehat la

Lain-lain Komen

Quote cikatilia 11-6-2021 09:48 AM
So??? Tutup jah forever
Quote imanjannah 11-6-2021 10:13 AM
baguslahhh
Quote wirazam 11-6-2021 06:00 PM
Edited by wirazam at 12-6-2021 02:12 PM
cikatilia replied at 11-6-2021 09:48 AM
So??? Tutup jah forever


Amboiii...garangnya achik...dia minta achik pujuk rayu dia jgn tutup  phone tuh...muhahaha
Quote ImpianSeroja 11-6-2021 06:07 PM
Baiklah            
Quote Perils 11-6-2021 07:31 PM
Tgk dia tetiber tringt uga uga . Berehat la

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top