Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Cukup Derita Itu Henti Tayangan, Sekuelnya Dijamin Lebih Mantap

10-6-2021 03:35 PM| Komen: 46

Drama lakonan Hisyam Hamid dan Ruhainie berjudul Cukup Derita Itu terpaksa dihentikan disebabkan terdapat babak tidak sempat dirakam berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Menurut Siti Rosmizah yang juga penerbit dan penulis karya itu, mereka tidak sempat menyiapkan episod 21 hingga 40 memandangkan penggambaran yang bermula Disember tahun lalu dihentikan beberapa kali.

Kata Siti Rosmizah, penggambaran pernah tertangguh selama 10 hari gara-gara salah seorang kru produksi dijangkiti Covid-19.






"Drama itu terpaksa dihentikan sampai episod 20 disebabkan kami tak dapat nak menghabiskan penggambaran disebabkan PKP.

"Ikutkan ada baki beberapa babak saja belum sempat dihabiskan. Sekarang tengah total lockdown tidak dibenarkan penggambaran. Sepatutnya ada episod 21 hingga 40... tapi bukan keseluruhan babak.

"Kami memerlukan lebih kurang 26 hari untuk habiskan penggambaran. Drama ini mula shooting pada Disember tahun lalu dan ada beberapa kali juga terpaksa dihentikan.

"Mula-mula disebabkan ada kru produksi positif dan Kami berehat selama 10 hari dan kemudian PKP kedua pula dilaksanakan," kata Siti Rosmizah kepada mStar.

Sebelum ini, Siti Rosmizah mengumumkan drama arahan pengarah Along Kamaludin itu terpaksa berhenti setakat 20 episod disebabkan penggambaran tidak sempat dihabiskan.



Rata-rata netizen di ruang komen meluahkan rasa sedih memandangkan episod terakhir meninggalkan banyak tanda tanya.

Dalam pada itu, Siti Rosmizah mengakui dia juga berasa kecewa apabila karyanya itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu dan berharap penonton terus bersabar serta menyokong drama tersebut.

Siti Rosmizah bagaimanapun tetap akur dengan keputusan kerajaan melaksanakan PKP atau 'total lockdown' kerana baginya, nyawa dan keselamatan semua orang lebih penting.

"Ramai penonton DM saya bertanyakan perkara itu. Sejujurnya sebagai penerbit dan penulis karya memang rasa sedih dan kecewa sebab terpaksa dihentikan.

"Tapi kita kena fikir nyawa dan keselamatan semua orang. Insya-Allah sebaik sahaja dibenarkan, kami akan terus jalankan penggambaran.

"Saya boleh beri jaminan, kesinambungan drama itu akan lebih beri impak dan lagi menarik. Saya harap semua bersabar dan teruskan menyokong," ujarnya.

Cukup Derita yang sepatutnya mempunyai 40 episod Itu ditayangkan di Slot Samarinda TV3 bermula 6 Mei lalu.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 46
Komen

Previous : Filem Geran kini 'mendunia', bakal ditayang di USA

Next       : -

Komen Terbaru

Quote irvene 13-6-2021 11:13 AM
wirazam replied at 13-6-2021 06:47 AM
Hello..yg pisau dll tu semua filem ye..mana nak sama dgn drama bajet ciput kul 7 nih..aduyaii


tahuu lahh oi. ini pandangan aku. menyibuk jek -,-

Lain-lain Komen

Quote haruslah 10-6-2021 03:38 PM
Drama2 melayu mmg suka buat cerita bodoh2 pompuan
Yg buat drama pun org pompuan gak....
Quote shernazz 10-6-2021 03:51 PM
Takyah sambung boleh ke?
Now iols follow cite yang hyppsensasi ttu..
Yang eira syazira n zarul.payung tu..
Memula.cam.best
Now cam.slow plak
Sana sini dok intip.bagai..makin pening iols..

Iols nak.buat tabata jap..petang nnt nak.main dgn anak2 plak..
Quote beta_carotene 10-6-2021 03:53 PM
baru perasan trend pompuan bodoh ni dtg dr drama melayu ye
asal heroin mesti bodoh

Quote jalfa 10-6-2021 03:56 PM
Abaikan lah hero n heroin ...aku suka tgk watak mak yik,mak ngah gayah,Pak mat terop hiburan bg aku tu
Quote mrsbale 10-6-2021 04:12 PM
Ya ampun
Udohnya heroin belakon menangis
Mau nangis btul dia tgk screenshot nih
Quote msamyrazi 10-6-2021 04:23 PM
boleh tak production2 house kat malaysia nie stop buat cerita berangan  macam nie? cuba lah buat

kisah seorang anak yang menjaga seorang ibu yang mempunyai autism  (cadangan) . kepayahan , makan hati bila ibu tersebut sering tantrum jika kemahuan nya tidak di turuti . ini tak , pi mai pi mai tang tu gak lak .
Quote Kurex 10-6-2021 04:25 PM
Ni ke yg katanya pengumuman kejutan sehingga buat orang tertanya2 tu? Kalau yg excited pun jenis acik2 yg layan drama lagha macam ni.
Drama yg buat acik2 syok sendiri hidup dalam fantasi drama sehingga membawa ke dunia realiti.

Apa je watak yg kau dapat? Balik2 watak sama yg tak berkembang. Gitu je la watak yg kau dapat sebab pengarah tau tara mana je bakat lakonan kau. Baguslah akak kau dah tak berlakon lagi lepas kawen. Lepas ni kau pulak yg terkubur dalam industry hiburan..

Biar kau ikut jejak mira basic & akak kau yg berwajah 40an. Tak payah dah muncul2 lagi. Tak payah orang rengsa tengok kau yg terkemut2 bibir menutup ketuaan wajah. Sama la macam orang rengsa tengok mira acah2 sopan periang padahal kalau takde orang, kentut kemain kuat!

Puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh dekat kau yg kata pengumuman yg buat orang tertunggu tunggu rupanya sekadar pengumuman sekual drama sampah je! Puihhhh

IMG_20210610_161630.jpg
Quote user.name 10-6-2021 04:26 PM
beta_carotene replied at 10-6-2021 03:53 PM
baru perasan trend pompuan bodoh ni dtg dr drama melayu ye
asal heroin mesti bodoh

heroin kena testosterone rendah kena bodoh2 sikit supaya cepat sampai jodoh dengan hero katanyehh

Quote NurAlia14 10-6-2021 05:28 PM
jalfa replied at 10-6-2021 03:56 PM
Abaikan lah hero n heroin ...aku suka tgk watak mak yik,mak ngah gayah,Pak mat terop hiburan bg  ...

Nk tgk mak yik dpt balasan je
Quote rosmahisham 10-6-2021 05:40 PM
Mula2 best lama2 mcm lembab je citer ni..bila hisyam hamid jd biol jd x  best dh nk layan..tp watak didi alias menjadi betul..asyik nipu & kredit diri sendiri je lawak.konpiden je reka cerita.tp mmg sedey tgk lakinye diperlakukn mcm tu. jahat betul ko yek!kijammm!
Quote ImpianSeroja 10-6-2021 06:49 PM
jalfa replied at 10-6-2021 03:56 PM
Abaikan lah hero n heroin ...aku suka tgk watak mak yik,mak ngah gayah,Pak mat terop hiburan bg  ...

Haha..setuju
Quote ImpianSeroja 10-6-2021 06:51 PM
Tgk cerita nie bkn sebab nk tgk hero n heroin nyer..tp nk tgk watak sampingannya yg lagi meletop dr watak utama
Quote dudaberhias 10-6-2021 06:59 PM
tak best... heroin kepam... hero kertu...
tapi yang pukul 7 tu lagi nak menangis... hero kertu muka berlubang2... ingatkan tv iols rosak...

elok la kambuih je terus tv tu...
Quote aemon 10-6-2021 07:41 PM
tak suka kemut berlakon.ape lg bila watak dia cakap dalam hati
Quote makadek 10-6-2021 08:18 PM
Muhayayayahaiya suka ni pmpuan bodo
Quote fadz84 10-6-2021 08:31 PM
dudaberhias replied at 10-6-2021 06:59 PM
tak best... heroin kepam... hero kertu...
tapi yang pukul 7 tu lagi nak menangis... hero kertu muka ...

La x memasal tv nk kna kambus.. hehehe
Quote budaktua 10-6-2021 08:31 PM
shernazz replied at 10-6-2021 03:51 PM
Takyah sambung boleh ke?
Now iols follow cite yang hyppsensasi ttu..
Yang eira syazira n zarul.pay ...

aku suka theme song dia...

org rumah pasang..dengo je la.. sambil ngadap lptop.. tk ikut pun... tp tau sikit2 yg cite mcm ala2 keluarga 69... betul ke..?

Quote AppropriateNick 10-6-2021 09:19 PM
beta_carotene replied at 10-6-2021 03:53 PM
baru perasan trend pompuan bodoh ni dtg dr drama melayu ye
asal heroin mesti bodoh

mmg ramai jek perempuan bodoh, esp yg bodoh pilih laki lebih miskin dan kerja lebih rendsh jawatan
Quote irvene 10-6-2021 09:34 PM
bagus lah dihentikan. naik menyampah drama melayu yg berepisod ni. last tgk drama ariana rose je. tapi apakan daya duk malaysia hadap je lah kan. hahahhaha. ohh btw kembalikan kegemilangan pisau cukur, manisnya cinta di cappadocia & istanbul aku datang. pisau cukur lama nau tak bersiaran. Bernard Chauly buat lagi cite mcm ni plishhh

Lihat semua komen(46)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top