Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Azzam Sham Cepat Sentap, Boleh Menangis Kalau Dikritik

10-6-2021 02:59 PM| Komen: 17

Mata pencariannya dalam bidang nyanyian buat waktu ini sedikit terganggu akibat pandemik yang masih berlarutan. Dek tekanan untuk meneruskan kelestarian kehidupan, penyanyi muda Azzam Sham itu bersikap terbuka melencongkan laluan kelananya ke cabang pelakon.

Jauh di sudut hatinya, penyanyi berusia 24 tahun itu masih mendambakan kerjaya seni suaranya akan terus bersinar.

Kredit foto: Kosmo

“Situasi sekarang nak buat persembahan pentas pun susah. Jadi saya kini mencari rezeki dalam bidang lakonan.

“Peluang berlakon sudah ada di depan mata, jadi saya ambil sahaja. Saya berlakon pun selepas mendapat nasihat daripada pihak pengurusan,” katanya.

Ujar Azzam, pada usia masih muda dan selagi kehadirannya dalam industri seni dipandang peminat, dia akan cuba mengaut sebanyak mungkin pengalaman yang ada untuk bekalan hari muka.


Biarpun berlakon bukan forte dalam kerjaya seninya, Azzam bersyukur peminat menerima kehadirannya dalam bidang lakonan.

“Saya sendiri pun tidak pandai nak menilai mutu lakonan saya. Tapi alhamdulillah, peminat menerima dan memberi sokongan pada kerjaya lakonan saya.

“Sejujurnya saya takut dengan kritikan,” kata pelakon drama Matilah Nak Kembali itu.

Tanpa berselindung, pemilik nama sebenar Muhammad Azzammuddin Lop Hisham berkata, dia sebenarnya takut untuk menerima kritikan, lebih-lebih lagi jika kritikan tersebut boleh menjatuhkan semangatnya.



Kata Azzam, dia boleh menangis jika dikritik kerana sukar untuk menerimanya.

“Saya sebenarnya tidaklah sekuat mana. Kalau kena maki memang saya boleh menangis. Senang cerita saya memang kuat sentap.

“Tapi mahu tidak mahu, saya kena terima kritikan itu sebagai kata-kata yang membina,” ujarnya.

Ditebak tentang kesediaannya keyakinannya untuk memegang peranan utama dalam lakonan, Azzam tertunggu-tunggu juga jika dia diberikan peluang untuk memegang watak berat.



“Saya tertunggu-tunggu untuk diberikan watak utama dan anggap itu sebagai satu cabaran. Saya akan ambil peluang tersebut untuk buktikan bahawa saya boleh berlakon,” katanya.

Menyentuh soal percintaannya dengan penyanyi Sheryl Shazwanie, Azzam tanpa berselindung memberitahu bahawa dia merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan gadis itu pada tahun hadapan.

Ujar Azzam, soalan tentang perancangan pernikahannya dengan Sheryl tiba-tiba menjadi bualan selepas rakan artis, Haqiem Rusli mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun nanti.

“Saya sebenarnya terkejut apabila Haqiem tiba-tiba membuka mulut untuk menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihannya pada tahun ini.

“Selepas Haqiem membuat pendedahan tersebut, ramai kalangan peminat Haqiem bertanyakan pula soal perancangan saya untuk berkahwin dengan Sheryl,” ujarnya.


Selepas diasak peminat, Azzam akhirnya membuka mulut tentang perancangannya untuk menikahi Sheryl pada tahun hadapan.

“Sebenarnya kalau ikut perancangan dengan keluarga, saya ingin menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan. Tetapi sebelum berkahwin, saya akan melalui proses merisik dan bertunang.

“Saya dan Sheryl pun sudah menghadiri kursus perkahwinan secara dalam talian pada Oktober tahun lalu. Mohon dipermudahkan semua urusan saya,” katanya.

Disoal tentang kesan populariti yang diraih bakal merudum selepas menamatkan zaman bujang, Azzam mendakwa dia tidak takut soal hilang populariti walaupun sudah dinasihati banyak pihak agar menimbang semula perancangan mendirikan rumah tangga pada usia muda.



Azzam percaya adanya rezeki selepas berkahwin dan yakin bahawa, jika sudah ditetapkan jodohnya datang lebih awal, dia tidak melihat statusnya sebagai suami suatu hari nanti akan menyekat perjalanan kariernya dalam bidang seni.

“Ramai peminat saya menyuarakan sokongan kepada saya untuk berkahwin. Saya rasa mereka (peminat) boleh menerima dan menghormati keputusan saya untuk berkahwin.

“Cuma saya berharap, jika benar mereka bersetuju dengan keputusan saya, sokong karier kami berdua sampai bila-bila,” katanya.

Biarpun sudah ada agenda untuk membawa kehidupan ke fasa baharu, buat masa ini Azzam belum merancang untuk membeli kediaman sendiri.

Kata Azzam, bapanya memiliki sebidang tanah dah merancang untuk mendirikan sebuah rumah di tanah tersebut jika ada rezeki suatu hari nanti.




Bercerita tentang buah tangan baharunya, Azzam bakal tampil dengan sebuah lagu bergenre rancak berjudul Baby Bambam.

Kata Azzam, sebelum ini dia cukup selesa membawakan lagu berentak balada. Justeru dengan kehadiran Baby Bambam, Azzam berharap peminat dapat melihat kelainan berbanding apa yang pernah dipersembahkan sebelum ini.

“Menyanyikan lagu berentak rancak memang menjadi cabaran untuk saya. Peminat sudah terbiasa mendengarkan saya mengalunkan lagu balada. Jadi saya berharap supaya lagu Baby Bambam ini dapat menarik halwa telinga mereka,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 17
Komen

Previous : "5 Tahun Naikkan, Sehari Je Hilang" - Nadzmi Adhwa Ralat IG Bisnes Lesap Digodam

Next       : "Maaf Kalau Video Rayyan Buat Awak Stress & Insecure" - Elfira Loy

Komen Terbaru

Quote eely_shana 11-6-2021 11:33 PM
Heols ni ada berlakon citer hantu kat astro. apa ntah tajuknya

Lain-lain Komen

Quote bakingsoda 10-6-2021 03:18 PM
bertambah retis bbnu nak kawin awal. ok lah dari bermaksiat khenn tajul sudah, ayie dah tunang, qiqiem dah nak kawin, mail ritu lupa pulak dia cakap ape eh.
Quote LadyCarefree 10-6-2021 03:26 PM
Semenjak dgn serilsendu ni azzam jd low class pulak dah perangai. Rupa pon dah jangkit hauk seril. Kepam je.

Maturekan kembali diri kau tu Azzam oi. Cemaner nak jadi laki nak jadi bapa? Ni dah terbalik. Lelaki pulak bodoh-bodoh nk bg gegirl rasa bagus
Quote mamajawie 10-6-2021 04:02 PM
Geli jehhh ni gosipp ke??who are yusss???{:dot{:dot{:dot
Quote user.name 10-6-2021 04:22 PM
LadyCarefree replied at 10-6-2021 03:26 PM
Semenjak dgn serilsendu ni azzam jd low class pulak dah perangai. Rupa pon dah jangkit hauk seril. K ...

testosterone azzam rendah sebab tu cepat sampai jodoh dengan serilsendu?
Quote Kurex 10-6-2021 04:34 PM
Bekas boss iols bangga yach kata artis kerja aeon. Dulu iols staff aeon (bahagian sama dgn retis ni). Iols tertanya2 retis mana kerja aeon. Kalau gini, jangan bangga kotttttttt. Iols tak kata azzam ni, tapi bekas boss iols tu. Masa starbuck baru nak bukak dekat bawah opis pun dia bangga sampai post dekat fb
Quote Firis 10-6-2021 04:44 PM
Alahaiii kne tegur kne maki pun nk sentap nk nangis,self confidence ko level brape?
Perempuan aku phamla klau nk kata cengeng pun,ni ermmmm
Quote iolss 10-6-2021 04:55 PM
who are youssss ??
sumpah acik xkenal nyahh
Quote Mulotkoyak 10-6-2021 05:00 PM
bakingsoda: bertambah retis bbnu nak kawin awal. ok lah dari bermaksiat khenn tajul sudah, ayie dah tunang, qiqiem dah nak kawin, mail ritu lupa pulak dia caka ...

Ayie tu sape lak cho?
Quote kembarsiti 10-6-2021 11:49 PM
Walaupun x berkenan ngn awek ko si seril tu tapi kalu dah jodoh uoll berdua nak wat camne ye dak. Tapi mak azzam ni bagi ke dia kawen? Mak die kan marah haritu time org usik2 azzam pasal kawen
Quote user.name 11-6-2021 12:00 AM

ayie kembar zizang tu kot



Quote ReginaGeorge 11-6-2021 01:12 AM
Tak payah la jadi entertainer kalau hypersensitive. Ko berlakon jer depan cermin.
Quote sleepandream 11-6-2021 03:06 AM
sarah suhairi dengan han byul tu nampakla juga karier  nyanyian theyols bersinar lepas keluar big stage... ada lagu sedap... heols ni terus krik krik yach....
Quote katakauu 11-6-2021 03:31 AM
apoooooo
Quote TomyamPuteh 11-6-2021 07:52 AM
Ank yg baik dia ni. Moga jodoh dia pun org yg baik2 juga.
Quote 7doors 11-6-2021 08:26 AM
Maaf..xda komersial value.
Quote slipar_jepon 11-6-2021 01:59 PM
fonennye ko dik. kbai
Quote eely_shana 11-6-2021 11:33 PM
Heols ni ada berlakon citer hantu kat astro. apa ntah tajuknya

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top