Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bingung Di Lapangan Terbang Lepas Jual Motor Bapa Untuk Jumpa Rakan Lelaki

10-6-2021 02:34 PM Komen: 26
Demi untuk bertemu rakan lelaki yang dikenali dalam talian di Jakarta, seorang gadis sanggup menjual motosikal bapanya bagi mendapatkan tiket penerbangan termasuk menampung kos perbelanjaan di sana.

Lapor Detik News, gadis masih bersekolah di peringkat menengah itu bagaimanapun ditemui di Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi dalam keadaan menangis dan bingung.



Melihat keadaannya dalam keadaan keliru, seorang wanita dikenali sebagai Monik yang bertugas di lapangan terbang berkenaan menghampirinya untuk menenangkannya.

Ketika itu saya melihat remaja tersebut seperti kebingungan, saya menghampirinya dan bertanya keadaannya. Ternyata dia dari Jambi dan hendak ke Jakarta untuk menemui rakan lelaki yang dikenali menerusi permainan dalam talian.

"Difahamkan, wang itu diperoleh hasil jualan motosikal ayahnya. Malah dipercayai dia memberontak dan nekad untuk bertemu lelaki itu tetapi tidak diteruskan kerana keluarganya mengetahui perkara itu setelah video mengenainya tular," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Eksekutif Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi, Agus Supriyanto menjelaskan, remaja itu adalah penumpang yang bakal berlepas ke Jakarta pada Selasa jam 5.45 petang.

"Status penerbangan tersebut dibatalkan kerana gadis itu sendiri yang membatalkannya.

"Lapangan terbang mempunyai peraturan untuk mereka yang bawah umur. Hanya kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun ditemani ibu bapa atau penjaga dibenarkan berlepas tetapi jika berlaku sebaliknya ia perlu pertimbangan sewajarnya.

"Namun, dalam kes gadis yang tular ini, dia tidak termasuk dalam kategori bawah umur dan berhak pergi ke mana sahaja tanpa perlu pengawasan ibu bapa," ujarnya.



Pada Selasa lalu, tular rakaman video memaparkan seorang gadis menangis dalam keadaan bingung sambil dipujuk seorang wanita di lapangan terbang di Jambi.


Sumber: Sinar Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 26
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 12-6-2021 07:08 AM
Memang kat sana pembeli motor ni bleh beli dgn budak2 camtu je ehh... Pehhh

Lain-lain Komen

Quote Kurex 10-6-2021 02:37 PM
Masih bersekolah tapi muka persis wanita yg dah berkerja
Quote damsel_fiji 10-6-2021 02:39 PM
birahnya kau dekkkk
Quote Artemesiaa 10-6-2021 02:45 PM
Siap ler kena pelangkung dek family dia nanti
Quote tikusmontok 10-6-2021 02:48 PM
Garitnya kaum friski@trisni (bukan nama sebenar) tunggu la tua sikit lagi naik tongkang masuk msia, jadi bibik pastu caras laki majikan.
Quote beta_carotene 10-6-2021 03:03 PM
bawah umur dh birah dek
tp kita xtahu apa kesusahan sheols

maybe broken family ke ape

Quote Boomibulat 10-6-2021 03:32 PM
Birahnya kao dekk!!!
Quote darkness 10-6-2021 04:15 PM
Alahai nak..nasib baik ada org baik tolong
Quote matchstick 10-6-2021 05:30 PM
Berita tulis budak ni dijumpai dlm keadaan bingung seolah2 nk imply yg bdk ni kena pukau ke..takde makna nye kena pukau ye..gatal bijiks je tu.
Quote user.name 10-6-2021 08:14 PM
hengatkan ko dah bodoh2 bengong tu cepat lah jodoh dengan bf tu ye dekk? hujunh2 kena dump dengan bf terus terdampar kat epot? maknanya ko tak cukup bodoh lagi dekk!
Quote Suchi 10-6-2021 08:19 PM
InsyaAllah lekas jodohnya menurut tante M
Quote RumiMenari 10-6-2021 09:19 PM
Dont make me change your plan versi friska
Quote ~boolean 10-6-2021 10:12 PM
kesian..tak perlu lah tunjuk muka budak tu..masih sekolah, entah2 bawah umur..

Quote imransulaiman 10-6-2021 11:08 PM
Kena ubat guna-guna ke?
Quote mawardia 10-6-2021 11:22 PM
Birah nya kau dek!
Quote CiliPadiSedap 10-6-2021 11:36 PM
beta_carotene: bawah umur dh birah dektp kita xtahu apa kesusahan sheolsmaybe broken family ke ape

Tulah nak judge lebih2 xboleh kecuali friska bik indon
Quote Megikari 10-6-2021 11:49 PM
Kalau adik aku ni memang aku hempuk2 dengan lesung biar bersambung balik sel2 otak dia
Quote tumpanglalu74 11-6-2021 12:02 AM
Edited by tumpanglalu74 at 11-6-2021 12:04 AM

Yamaha N-Max dengornye..  Tak la motor cabok.

2020-Yamaha-G150-EU-Milky_White-Keyvisual-001-01.jpg

Kot bapaknye berduit.  Idop pon maen game je macam anak orang senang betine ney..
Quote ikanmasin 11-6-2021 12:32 AM
bdk ni jual motor bapanya.pastu bdk lelaki  tu tak nak jumpa dia lah kan.tu panik lah kot kan.nak ckp apa lg kalau jumpa bapanya balik.kira nsb baik lah tak sampai ke jakarta lg kan..nsb baik jg ada org baik yg jumpa dia di airport tu..tkt kalau dah sampai jakarta lg bahaya jg utk anak gadis ni..
Quote AcikLijah 11-6-2021 04:55 AM
Time ko jual motor bapak ko xde pulak ko bingung dek. Sekolah pn x abis lagi dah bergetar mutiara korsani ko bila jantan ngayat lebih kurg. Kenal ms main games free fire lak tu, games tu anak sedara aku yg umo 4thn main dek, level kanak2 hingusan.

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top