Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kajian tetapan semula genetik memungkinkan usia manusia boleh cecah 1,000 tahun - Saintis

10-6-2021 02:27 PM Komen: 14
Kajian itu turut mendapati, jika usia sel saraf diundur, seseorang itu akan mendapatkan semula memorinya yang lampau. – Getty Images/Daily Star


CAMBRIDGE –Saintis dari Universiti Harvard, England bakal memulakan kajian tetapan semula genetik yang memungkinkan jangka hayat manusia dipanjangkan sehingga ribuan tahun, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.

Pakar genetik,Profesor David Sinclair berkata, ujian yang akan dimulakan pada tahun 2023 itu sudah dilakukan ke atas tikus dan mendapati proses penuaan boleh diundur semula dalam otak dan organ-organ lain.

“Kami mendapati ada gen-gen embrionik yang boleh dimasukkan ke dalam haiwan dewasa bagi menetapkan semula usia tisu-tisunya. Proses itu hanya mengambil masa selama empat ke lapan minggu untuk menampakkan kesan.

“Misalnya, kami menjalankan uji kaji terhadap seekor tikus buta akibat proses penuaan dan neuron yang tidak lagi berfungsi terhadap otak. Neuron itu ditetapkan semula kepada usia lebih muda dan kini, tikus itu boleh melihat kembali.

“Selain itu, usia haiwan itu juga boleh dikembalikan tanpa menghasilkan ketumbuhan atau sel stem di dalam mata,” ujarnya.

Tambah Sinclair, kajiannya yang diterbitkan pada Disember tahun lepas itu turut mendapati jika usia sel saraf diundur, seseorang itu akan mendapatkan semula memorinya yang lampau.

“Namun begitu, pada akhirnya, semua ingatan mahupun maklumat genetik sekali pun akan merosot perlahan-lahan menerusi proses mutasi.

“Jadi, kehidupan abadi atau hidup selama-lamanya tidak akan mampu dicapai meskipun kita boleh menetapkan semula genetik badan selama beratus kali dan hidup beribu tahun,” jelasnya. – AGENSI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 10-6-2021 05:57 PM
Mesti bosan hidup 1k tahun..klu sihat cergas bagus la mcm atuk 95..btw nabi Nuh pun hidup 1000 tahun..

Lain-lain Komen

Quote Mopiko 10-6-2021 02:31 PM
walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang....apa gunanya
Quote acik79 10-6-2021 02:33 PM
Org tak beriman mmg la nak hidup sampai 1000thn... kalau boleh nak hidup selama2nya...
Quote ninja9 10-6-2021 02:55 PM
ada salahkah nak hidup beribu tahun ni...
Quote monreyes 10-6-2021 03:05 PM
dah x ghupa orang dah masa tu...
berkedut sejuta jadinya...
Quote dani-rox 10-6-2021 03:10 PM
Kalau sentiasa muda remaja mcm vampire okay gak.
Bayangkan ko jah yg hidup seribu tahun pastuh org sekeliling yg ko kenal dan sayang semua mati. Ulang2 sampai ko sendiri mati.
Tp dari sudut positif ko bole kerja dgn wiki, check dan betolkan fakta sejarah yg ko sendiri pernah alami dan tengok dgn bijik mata sundirik
Quote Skuau 10-6-2021 03:14 PM
Mopiko replied at 10-6-2021 02:31 PM
walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang....apa gunanya


Seribu tahun...takkan mungkin....
Quote MoonRise 10-6-2021 03:24 PM
Dah tu, umur bersara berapa plak. 900?
Mati la fresh graduate.

Quote Artemesiaa 10-6-2021 03:25 PM
Yang dah umur seratus lebih pun ramai tak sanggup nak teruskan kehidupan inikan pulak seribu
Quote LadyCarefree 10-6-2021 03:28 PM
acik79: Org tak beriman mmg la nak hidup sampai 1000thn... kalau boleh nak hidup selama2nya...


Gang muhaya ke duk judging orang.
Quote Friska 10-6-2021 03:31 PM
Bingung saya apa itu "kajian tetapan semula". Setelah saya dalami, ternyata study on genetic resetting
Quote manzilla 10-6-2021 03:41 PM
ninja9 replied at 10-6-2021 02:55 PM
ada salahkah nak hidup beribu tahun ni...

Salah. Nanti satu dunia penuh dengan siswazah menganggur.
Quote allshares 10-6-2021 05:49 PM
Mungkin kah utk kekal muda juga possible? Mesti pakar2 plastik surgery gelabah nenen
Quote Firenzza 10-6-2021 05:51 PM
Dah le tua menyusahkan org bakpe
Quote Boomibulat 10-6-2021 05:57 PM
Mesti bosan hidup 1k tahun..klu sihat cergas bagus la mcm atuk 95..btw nabi Nuh pun hidup 1000 tahun..

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top